TALK TO ALLAH #6 - kaellaaaa's

Advertisement

TALK TO ALLAH #6

 

Assalammualaikum | TALK TO ALLAH #6

Dalam entry kalini kaella nak cerita sikit KUASA DOA KELUAR RUMAH. Nampak biasa sahaja tapi sebenarnya doa ini adalah satu doa yang terbaik buat kita bila kita berada diluar rumah. 

kaella pernah lalui satu detik kalau salah langkah Nauzubillah rasanya kaella dah lama masuk hospital. Nak dijadikan cerita kaella sejenis setiap keluar rumah, sambil jalan menuju kereta sambil tu kaella baca doa, baca ayat kursi, kadang sampai terlebih over terbaca niat naik kenderaan sebelum naik kereta 😂 tapi yelah sapa sangka, sekecil-kecil doa ni mampu jaga perjalanan kita sehari. Back to my story, kaella pandu kereta dekat highway tengah malam, mata pun memang tak berapa nak okay sebab masa tu lupa kaca mata dekat rumah, masa kaella nak masuk simpang kanan nak buat U-turn kaella tengok kereta belakang laju tapi dia dekat lorong kiri, tapi bila kaella masuk dekat lorong kanan dia pun nak masuk kanan sedangkan kaella dah masuk lorong kanan masa tu, tapi sebabkan speed kereta yang dia bawa tu laju dan sikit lagi nak langgar kereta kaella, saya jadi tak tentu arah, hati kalau boleh masa tu nak terkeluar, rasa nak gugur jantung tapi syukur Alhamdulillah dapat dielakkan, dapat terhindar daripada semua benda. 

Kaella tak dapat nak bayangkan kalau masa tu kereta yang speed tu rempuh kaella dari belakang, naya kaella boleh putar satu kereta, tapi syukur Alhamdulillah tiada apa yang berlaku. 

Next point pula, kaella ada tengok satu channel youtube ni, dia buat content merungkai dengan makhluk Allah di tempat yang selalu terjadinya kemalangan dan kebanyakkan video tu katakan "DOA KELUAR RUMAH" ada makhluk Allah yang katakan "kami boleh baca hati mereka sama ada mereka baca doa keluar rumah atau pun tidak"  korang dapat bayangkan tak jin tu cakap macam tu, korang boleh imagine tak kalau korang keluar rumah tak baca doa ? boleh tak ? 

Kita memang tak boleh nak percaya apa yang Jin katakan sebabnya sifatnya pendusta, tapi apa yang baik kita amalkan yang buruk kita ketepikan. 

Sebab tu kaella selalu ingat setiap kali keluar kena baca doa, setiap kali kita buat satu benda kita baca doa. sebab kita takkan tahu satu doa tu mampu bantu kita dalam pelbagai hal yang kita lalui, okey ? 👌🏻 korang lepas ni jangan lupa selalu baca doa tau. 


ni antara doa yang kaella selalu amalkan tiap kali keluar rumah, korang kena amalkan jugak tau! 😉 

Post a Comment

0 Comments