Assalammualaikum | Sakitnya Swab Test!
Kenapa Buat Swab Test ?
Entry Kali ini kaella nak cerita untuk kisah kaella sendiri 14 hari yang dah berlalu. Kaella kena buat Swab Test disebabkan menjadi contact rapat dengan beberapa orang Positif untuk Covid-19. Mula-mula kaella tahu kaella contact rapat dengan orang yang positif kaella jadi takut. Bayangkan kitaorang duduk kerja sebumbung, selalu bergaul. Perasaan kaella jadi serba takut masa mula-mula kaella dapat tahu perkara ini. Ye lah, Penyakit berjangkit ni kalau kita nampak kita boleh elakkan, tapi sayangnya kita tak boleh nak nampak penyakit ni dengan mata kasar kita, bahkan dengan pandangan mata halus sekali pun takkan nampak arah penyakit ini.
Tapi syukur Alhamdulillah, sepanjang masih bekerja dulu, kaella betul-betul amalkan SOP yang ditetapkan. Sampai muka kaella terkena dengan penyakit MASK ACNE. Kaella tak risaukan sangat benda tu, kaella hanya fokus kepada kesihatan. Selain itu, kaella amalkan juga pengambilan Vitamin C daripada Shaklee. Alhamdulillah sehingga hari ini kaella masih sihat dan syukur dijauhkan daripada penyakit ini.
Sakitnya Swab Test First
Sehari sebelum kaella swab, kaella risau gila dengan keadaan semasa kaella. kaella risau kalau-kalau keluar keputusan positif. Tapi syukur. 3 hari selepas swab keputusan kaella negatif. Sebelum swab banyaklah video, cerita orang katakan buat swab ni sakit sangat. Tapi bila diri sendiri yang kena, bagi kaella takdelah sakit sangat. Ibaratnya, korang mandi sungai, kemudian air masuk ke hidung terasa sehingga kepala. Korang pernah rasa tak macam tu ? Tapi itu bagi kaella lagi sakit sebab sampai kepala, yang ni tak, rasa sampai ke hidung saja. Jadi, jangan dengar kata orang buat swab test ni sakit. NO NO NO, tak sakit. 😅😅
Swab kali kedua kaella rasa macam ngilu sikitlah, sikit jer. Sebabkan dia nak kena stay cotton tu dekat hidung dalam 5 saat macamtu. Kaella tak nafikan swab kedua adalah sakit sikit, alah tapi dalam tempoh sekejap jer, takdelah lama sangat. Keputusan kedua pun syukur, keputusan kaella negatif untuk kali keduanya.
7 Comments
aduh... i selalu tkot klu org ckp sal swab test..hmm tapi alhamdulillah..its negative for u !! keep being healthy tau
ReplyDeleteAlhamdulillah negatif. stay safe okay
Deleteadoyai takut bila dengar pasal swab test ni nasib baik negatif. semoga dipermudahkan segala urusan kaella :) ♕Tiara Sapphire♕
ReplyDeletetakut sebenarnya, tapi buat2 kuat. stay safe okay
Deletetakutt..huhu
ReplyDeletealhamdulillah nasib baik negatif
Allah sakit ke..seram dgr..mudah-mudahan wabak ni cepat2 terhapus..Kaella take care ya!
ReplyDeleteWalaupun sekarang ni ramai kata xsakit, I olls masih takut jika terkena kontek rapat pesakit. Seram tau...
ReplyDelete