( GAMBAR SUMBER GOOGLE )
Assalammualaikum | PKPB BUAT WARGA SABAH
Berita terbaru selepas diumumkan buat daerah Tawau, Lahad Datu, Kunak, Semporna yang mana terlebih dahulu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kemudian disusuli pula ke bahagian Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan. Kini berita terbaru lagi kepada daerah Sandakan, Papar juga Tuaran.
Seperti yang korang tahu, kaella adalah anak kelahiran dibawah bayu Sabah. Kini menetap di Kota Kinabalu dan sedang melaksanakan PKPB.
Mula-mula kaella tak dapat nak bayangkan PKPB tanpa keluarga buat kali kedua ni, sebab sebelum ni kaella PKPB bersama keluarga. Kini hanya melaksanakan bersama sahabat. Tapi dituruti kerana inilah jalan yang terbaik bagi membaik putih keadaan ke arah yang lebih baik. Dunia semakin tenat. Lagipun risau keselamatan keluarga yang jauh nun disana. Kalau nak diikutkan minggu ni kaella nak balik kampung, saja nak jumpa family sebab dah sebulan lebih tak jumpa. Tapi kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Tak sempat kaella pulang ke kampung sudah digemparkan dengan berita PKPB buat daerah Kota Kinabalu.
Hari pertama PKPB kali ni kaella masih boleh survive dengan ambik masa bersama blog, twitter, email dan banyak. Hari kedua kaella risau benda sama akan semakin membosankan. Kaella mohon doa semua, agar rakyat Sabah semakin sihat dan dijauhkan dari penyakit berjangkit. Buat kaella, benda ni sebenarnya adalah kelalaian diri kita sendiri. Sebab terlalu leka dan terlalu biasa dengan keadaan terbaru membuatkan kita Alpa bahawa kita sebenarnya belum menang lagi dalam menentang gejala ni. Jangan asyik menjadi orang yang sering menunding jari kearah orang, sering menyalahkan kesilapan orang dan tidak berusaha dalam membaiki diri sendiri. AllahuAkhbar!
Bagi kaella, kaella tak menyalahkan sesiapa dalam penyebaran ini. Cuma kesal dengan segelintir rakyat yang mengambil lewa dengan peningkatan ini hari demi hari. Jujur bagi kaella, bila dengar peningkatan kes kaella semakin risau, nak melangkah kaki keluar sahaja pun kaella rasa risau. Apatah lagi berjalan sana sini. Risau dengan keadaan sendiri, dengan keadaan keluarga di Kampung halaman. semoga semuanya terhindar daripada segala gejala dan penyakit.
Doakan kami tau 😢😭 #KitaJagaKita #PrayForSabah #StaySafe
|
12 Comments
Semoga dijauhi daripada penularan wabak ini.
ReplyDeleteIkuti SOP dan amalkan norma baharu.
Ameen. terima kasih.
Deletesedih mcm ni :( sbb org lain yg bwk masuk ke sabah kan.. moga2 cepat terputus wabak ni.. amin.. take care tau
ReplyDeletethankyouu 💕💕
DeleteStay safe ye
ReplyDeletethankyouu, doakan 💕
Deletestay safe! take care kaella!
ReplyDeletestay safe kaella. ray kat sini pkpb jugak.
ReplyDeletestay safe kaella.. jaga diri,,jaga kesihatan baik2
ReplyDeleteStay safe Kaella. Buat semua warga Sabah yang berada dalam PKPB semoga sabar dan kuat. Harap kes kembali menurun dan terus zero. Aaminn
ReplyDeleteStay safe kaella dan keluarga. Sama2 kita doakan kes covid semakin berkurang 💪
ReplyDeleteSemakin merebak virus ni.. stay safe ye mama doalan semuanya baik2 aje
ReplyDelete