Assalammualaikum | TALK TO ALLAH #5
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan). #11:6
Kaella percaya, rezeki bukan hanya terletak pada banyaknya wang ringgit yang kita miliki tapi juga pada setiap perkara yang baik-baik jadi dengan kita.
Bukan niat untuk menyalahkan takdir, tetapi niat agar sentiasa menjadi orang-orang yang sabar walau apa pun yang terjadi dan jadi orang yang sentiasa bersyukur denganNYA. Bulan ni, kaella rasa lost sangat, kewangan kaella jatuh mendadak, hutang bertambah, semua benda jadi tidak kena, ada saja yang hati inginkan. Kaella sampai tak sanggup nak hadapi semua benda. Tapi kaella gagahkan demi keluarga yang jauh di kampung. Teringat wajah ibu ayah saat mereka bersusah payah dalam apa juga keadaan. Kenapa kaella tak boleh seperti mereka ? kenapa kaella tak sekuat mereka ? kenapa aku lost ?
Kaella jadikan keluarga kaella sebagai penguat kaella dalam mencari apa yang patut. Bulan lalu kaella ada cerita tak sempat nak update blog disebabkan masih dalam keadaan nak pindah rumah. Masa pindah kaella banyak gunakan duit. Kena bayar rumah, kena tolong mak ayah, kena bayar yuran study. Sampai satu tahap kaella terpaksa berhutang. Lagi-lagi tempat kaella kerja ni kena ada pembuangan pekerja disebabkan terkesan yang amat besar dengan COVID 19. Tapi syukur. Masuk gaji kaella langsaikan semua sebab risau banyak hutang. Biar baki sedikit yang penting semua perkara dah bayar dahulu. Kaella tak kisah makan nasi dengan telur mata, yang penting keluarga kaella tak merasa apa yang kaella rasakan pada masa ini. Itulah yang kaella cuba sembunyikan daripada keluarga, risau menjadi asbab untuk mereka risau dengan keadaan kaella. Tapi syukur 💕 syukur 💕 kaella dapat langsaikan semua benda.
Bila fikir lagi, kaella banyak mengeluh sebab tu semua perkara jadi serba tak kena. semua perkara jadi salah. Jadi kaella ingatkan diri kaella agar tak jadi orang yang selalu mengeluh dengan pelbagai perkara. Duit boleh dicari, kebahagiaan itu sukar untuk diperolehi. Biar kita berpenat sekarang. Tapi benda ini sebenarnya jadi penguat untuk diri kaella sendiri untuk tidak terus menyalahkan takdir kehidupan kaella. Syukur dengan dugaan yang datang dalam kehidupan. Semoga semakin menjadi orang yang kuat 💪🏻
8 Comments
May Allah ease your journey sis kaella :)) InshaAllah!
ReplyDeletesemoga Allah mudahkan semuanya :') biasalah manusia kadang tak sengaja mengeluh, don't be so hard on yourself 🙆♀️
ReplyDeletesemoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan kaella :) ♕Tiara Sapphire♕
ReplyDeleteBersusah dahulu, bersenang kemudian, insyaallah.
ReplyDeleteyang penting kumpul pengalaman ;)
salahkan takdir, i selalu asked myself if its okay if i do that?sigh
ReplyDeleteRezeki bukanlah ukuran duit semata
ReplyDeletesemoga semua yang disini selalu sehat dan banyak rezeki, aamiin
ReplyDeleteInsya Allah Ada rezeki Kaella Tu. Mama pun Rasa Wang ringgit bukan rezeki utama Kita.. yg penting adalah kesihatan Dan anugerah keluarga yg berkasih sayang
ReplyDelete