BELI ROAD TAX ONLINE MENGGUNAKAN MYEG - kaellaaaa's

Advertisement

BELI ROAD TAX ONLINE MENGGUNAKAN MYEG


Assalammualaikum | BELI ROAD TAX ONLINE MENGGUNAKAN MYEG

Musim PKP ni semua tak boleh nak gerak, semuanya kena buat online. Paling takut beli Insurans online sebab tak yakin. Pertama kali beli insurans kereta online dan road tax online. fuhh sejuk tangan oki nak tekan procced masa nak bayar.

Masa mula tu kaella berharap yang PKP ni habis sebelum roadtax kereta mati tapi apakan daya kita nak halang hentikan PKP ni. semuanya ada hikmah disebalik kejadian.


  1.  kena ada ID untuk MYEG. sila klik disini > ( MYEG ) 
  2. LOG IN kemudian pilih bahagian Jabatan Pengangkutan Jalan klik bahagian Road Tax Renewal / Baharui Cukai Jalan.
  3. Isi semua maklumat yang diminta seperti nama. MyID, nombor pendaftaran kereta dan tempoh pembaharuan cukai jalan
  4. siap isi semua korang boleh pilih sama ada nak ambik sendiri atau pun penghantaran melalui pos. kalau pilih penghantaran ke alamat rumah  ada caj penghantaran.
  5. selepas dah isi semua tekan butang procced 
  6. Maklumat road tax dan kos-kos yang terlibat akan dipaparkan. kalau setuju dan berpuas hati boleh terus buat bayaran confirm and pay
  7. untuk pembayaran tak perlu pergi ke ATM, boleh membuat pembayaran melalui perbankan internet atau akaun prabayar MyEG
  8. Selesai membuat bayaran. Boleh tunggu road tax sampai ke alamat yang anda minta.
  9. Jangan risau semua maklumat adalah sulit dan tidak ada hacker. 
Pengalaman kaella, Alhamdulillah sangat memudahkan. Tak perlu risau nak keluar rumah dengan keadaan yang tak berapa nak okey sekarang ni. Boleh buat dihujung jari tanpa perlu keluar rumah, tapi duit tetap keluar ok hehe

yang penting #KITAJAGAKITA #STAYATHOME #PUTUSKANRANGKAIANCOVID-19

Post a Comment

4 Comments

  1. Banyak urusan dah pakai online sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeap. musim sekarang kena tahu buat semuanya online je huhu

      Delete
  2. okay tak payah susah2 call agent mintak tlg dah haha

    ReplyDelete