TALK TO ALLAH #4 | Assalammualaikum.. hi
الحمد لله masih diberi waktu untuk hidup hingga ke hari ini. Apabila dikhabarkan berita pelawak terkenal arwah SYED UMAR MOKHTAR atau lebih dikenali sebagai Abam telah kembali kepada sang pencipta kita, Allah. sungguh hati ini bergegar, bukan kerana takutkan kematian tapi takutkan keadaan amalan kita sehari-hari, apa masih diterima Allah ? apa masih diberi waktu untuk kita esok hari ? apa masih ada harapan untuk kita ? apakah masih ada pengampunan buat kita ?
Banyak persoalan yang menjadi tanda tanya kepada diri kita kini, semoga pengakhiran kita nanti sebaik-baik pengakhiran.
korang pernah dengar cerita KISAH SEORANG PELACUR MASUK SYURGA ?
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " غُفِرَ لاِمْرَأَةٍ مُومِسَةٍ مَرَّتْ بِكَلْبٍ عَلَى رَأْسِ رَكِيٍّ يَلْهَثُ، قَالَ كَادَ يَقْتُلُهُ الْعَطَشُ، فَنَزَعَتْ خُفَّهَا، فَأَوْثَقَتْهُ بِخِمَارِهَا، فَنَزَعَتْ لَهُ مِنَ الْمَاءِ، فَغُفِرَ لَهَا بِذَلِكَ
Daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Seorang wanita pelacur diampuni oleh Allah. Wanita itu lalu berhampiran seekor anjing di sebuah perigi. Anjing itu hampir mati kerana kelaparan. Lalu wanita itu menanggalkan seliparnya, kemudian mengikatnya dengan tudung kepalanya, lalu mengambil air untuk anjing tersebut. Wanita itu diampuni kerana hal tersebut.
[Sahih al-Bukhari, Kitab Bad'i al-Khalqi, Bab Iza Waqa'a az-Zubab Fi Syarab..., hadis no: 3321]
[Sahih al-Bukhari, Kitab Bad'i al-Khalqi, Bab Iza Waqa'a az-Zubab Fi Syarab..., hadis no: 3321]
kisah ini menceritakan, betapa buruknya kisah lalunya itu takkan menjamin dia seharusnya masuk ke neraka. Sebab Allah janjikan untuk orang yang melakukan kebaikan akan ada balasannya di akhirat kelak. jadi kita tak boleh senang-senang nak hukum baik buruk seseorang. 1000 keburukan yang ada pada dia maka carilah 1000 kebaikan yang baik ada padanya, jangan hanya kerana 1000 keburukan itu kita menghukumnya dengan kejahatan yang seburuk-buruknya. jangan.
kaella selalu pesan dengan diri sendiri, sebelum cakap buruk dengan orang kaella akan ingat semua kebaikan yang dia lakukan kepada kaella supaya kaella boleh halang mulut sendiri nak mengata orang. kita manusia takkan lari dari kesilapan tetapi kita boleh menghindarkan diri dari membuat kesilapan. sepotong ayat yang keluar dari mulut kita pasti akan dihitung di akhirat kelak. jadi sebelum berkata-kata, fikir dahulu apa kebaikan dan keburukan daripada apa yang ingin kita katakan.
kita kena banyak pesan dengan diri kita sendiri, sebab kalau bukan kita yang pesan kepada diri kita, siapa yang akan mengingatkan kita ? kita sendirilah yang akan mengingatkan diri kita untuk setiap apa yang kita lakukan di dunia ini. sebab MATI ITU PASTI dan MATI ITU TIDAK TUNGGU WALAU SESAAT. cakap ayat ni buat kaella rasa getar di jiwa, betapa dekatnya kita dengan kematian yang pasti.
semoga pengakhiran kita semua baik-baik belaka. Ameen..
4 Comments
Good Sharing
ReplyDeleteSemoga Allah sentiasa melimpahi rahmat-Nya kepada kita
ReplyDeleteCikgu saya share. Kalau rasa sakit hati dengan seseorang, cepat-cepat istigafar dan minta Allah jaga hati, mulut dan perasaan agar tidak judge orang tu.
ReplyDeleteYup.. mati tu tak akan lambat dan tak akan cepat.. tepat pada masanya..
ReplyDelete