Aplikasi berguna bagi mengelakkan kanak-kanak ketagih dengan Permainan Game - kaellaaaa's

Advertisement

Aplikasi berguna bagi mengelakkan kanak-kanak ketagih dengan Permainan Game

KLIK GAMBAR UNTUK TERUS KE PERMAINAN

Aplikasi berguna bagi mengelakkan kanak-kanak ketagih dengan Permainan Game | Assalammualaikum hi.

kadang-kadang kita penat nak bagitahu anak-anak agar tidak terlalu bermain dengan permainan game yang ada di telefon pintar kini. Begitulah sifat kanak-kanak mereka sukakan hiburan di umur muda mereka namun sebagai ibu bapa hendaklah mendidik anak dengan sebaik mungkin kelak berguna bagi mereka hingga ke dewasa.

Aplikasi ini sangat berguna tidak kira kepada anak-anak, pelajar sekolah, ibu bapa, guru-guru dan sebagainya. Lagi-lagi kepada pelajar yang kian membangun dengan Pendidikan Abad 21. Semakin moden teknologi dunia maka semakin membangun anak-anak dengan teknologi yang ada. 

Apa yang ada dengan Quizizz ? 
  • Aplikasi ini menyediakan soalan yang senang difahami untuk anak-anak atau pelajar, soalan akan muncul di skrin setiap dan mereka boleh  menjawab soalan dengan pantas dan mengkaji semula jawapan mereka pada akhir soalan.
  • Boleh digunakan oleh para pelajar menggunakan Komputer, Tablet mahupun Telefon pintar
  • Guru-guru yang mempraktikkan pembelajaran Abad-21 boleh mencipta soalan sendiri kemudian diajukan kepada setiap pelajar dengan menggunakan teknologi yang ada.
  • Guru-guru juga boleh mencipta soalan mengikut kehendak mereka sesuai dengan silibus pembelajaran mereka di Sekolah. 
  • Aplikasi ini juga terdapat had 500 pemain yang boleh menyertai permainan Quizizz dengan syarat memiliki sambungan internet yang berkelajuan tinggi bagi membolehkan semua orang bermain dari tempat yang sama.
  • Quizizz ini juga mempunyai pelbagai Bahasa sesuai dengan kefahaman kita.
  • Aplikasi ini juga PERCUMA untuk semua pengguna.
Boleh digunakan di Sekolah ?

Ya, Boleh! Tidak dinafikan kesemua Sekolah yang ada kini mempraktikkan pembelajaran Abad-21 dimana pelajar lebih cenderung kepada teknologi, dengan kegunaan Aplikasi kini banyak membantu para pelajar untuk lebih meminati pembelajaran dan menggunakan teknologi dengan sebaiknya. 

Ibu bapa di rumah juga boleh menyesuaikan anak-anak dengan memberikan soalan-soalan kuiz pelbagai subjek ikut kehendak mereka, ini dapat membantu mereka untuk kurang tertumpu kepada permainan game. 

Aplikasi QUIZIZZ mempunyai banyak soalan yang sudah banyak disediakan oleh pengguna QUIZIZZ
Aplikasi ini boleh mencari pelbagai soalan yang tersedia ada selain daripada mencipta soalan untuk kegunaan sendiri.

klik pada soalan yang korang nak kemudian boleh PLAY. 
Aplikasi ini sangat berguna untuk kegunaan semua. korang kena cuba tau! Aplikasi ini boleh dicari di carian Google, " QUIZIZZ" AND READY TO STUDY!

Post a Comment

10 Comments

  1. wah !! sangat bermanfaat untuk anak2 akak ni.. nanti boleh try.. hee~ terima kasih untuk review nya dik..

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam. sangat menarik. boleh la guna pasni ^_^

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam boleh lah try download quiz ni

    ReplyDelete
  4. Boleh try ini. Thank you for sharing Kaella

    ReplyDelete
  5. Wah bagusnya aplikasi nih, nak try lah nanti

    ReplyDelete
  6. TQ Kaella share.. akak baru download..

    ReplyDelete