TALK TO ALLAH #3 - kaellaaaa's

Advertisement

TALK TO ALLAH #3


Assalammualaikum..

لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا  
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya

sejak kaella tahu kaella patah kaki kaella selalu positifkan diri dengan apa yang jadi. Biarpun masa mula kena kaella tak boleh terima kenyataan langsung yang kaki kaella patah. Tapi apakan daya kella nak menghalang benda yang dah jadi dekat kaella, kaella tak upaya nak halang benda yang sudah ditentukan terhadap diri ini. kaella hanya mampu bersabar dan terus bersabar dengan keadaan kaella, kena positifkan diri untuk terima kenyataan yang tulang kaki kaella dah patah. 

kaella yakin dengan semua benda yang jadi dengan kaella ni pasti ada hikmahnya. benda yang jadi ni bukan saja-saja jadi dengan kaella, benda yang jadi ni sebab Allah tu sayang dengan kaella, rindu dengan rintihan hambanya. 

bagun pagi setiap hari kaella akan positifkan diri dengan benda yang dah jadi ni, kaella taknak dengan benda yang jadi ni kaella jadi down macam seminggu kaella tahu kaki patah. selalu bagi semangat dekat diri sendiri walaupun sebenarnya hati tengah nangis. selalu kuatkan diri walaupun sebenarnya dah jatuh, sihatkan diri walaupun dalaman tengah sakit, sebab kaella yakin benda yang jadi ni bukan benda yang sia-sia, benda yang jadi ni kaella takkan kena kalau kaella tak mampu, nyatanya kaella lagi mampu untuk bagun dan terus bangun ke depan. Allah ada di sisi kaella bantu kaella bangun dari jatuhnya semangat kaella, bantu kaella kuatkan diri yang sedang jatuh. 


Rasulullah saw. juga bersabda:

” للمؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف وفي كل خير، احرص على ما ينفعك
واستعن بالله ولا تعجز”

“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim)
korang tengah ada masalah ? jangan leka dengan masalah kita, jangan sebabkan satu masalah korang jatuh, sama macam saya jatuh kerana masalah yang pasti ada jalannya. kuatkan semangat, Allah sentiasa membantu kita walau dimana pun kita berada, Allah sentiasa ada untuk hambanya walau apa pun yang jadi dengan hambanya. kerapkan berdoa kepadanya agar dipermudahkan segala urusan hidup. dipermudahkan oleh Allah jalan menuju keimanan. selalu positifkan diri dengan benda-benda baik yang terjadi terhadap diri kita. ada kalanya ia datang kepada kita hanya untuk memberi pengajaran kepada kita yang alpa dengan dunia ini. teruskan mencari cinta ALLAH.


Post a Comment

6 Comments

  1. be strong kaella! Semoga cepat sembuh! ^^

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam. semoga dipermudahkan segala urusan kaella. aamiin

    ReplyDelete
  3. i had a very good read here. thnk you kaella

    ReplyDelete
  4. banyakkan berdoa, semoga dipermudahkan segala urusan. nice sharing :)

    ReplyDelete
  5. cara paling terbaik untuk meluahkan dan meminta.
    hati akan jadi tenang insyallah =)

    ReplyDelete