Assalammualaikum...
Kali ini kaella nak cerita pulak perjalanan kaella dan keluarga keluarkan kereta untuk kegunaan ibu. kaella ni bukanlah orang yang berada, sekadar makan minum yang mencukupi itu sudah memadai. Alhamdulillah.
awal tahun 2019 ni kaella ada cuba untuk keluarkan kereta, masa ini ibu kaella taklah kerja. sekadar menghantar kuih muih ke sebuah sekolah sahaja. Bincang dengan seorang dealer ni urus sampai urus tak lepas tak dapat. mungkin masa tu niat hanya suka-suka sebab nak guna kereta jer. huhuh
so end up, kaella berhenti urus kereta tu. malas la katakan.
hujung tahun baru-baru ni ibu kaella bagitahu dah dapat tender dekat sebuah sekolah ni. so kitaorang macam, nak guna kereta ni angkut barang sana sini payah ni. kita try la keluarkan kereta ni.
so yang ni kitaorang tak berharap sangat kereta ni keluar ke tak. yang penting try je. kalau dapat, dapat! kalau tak, takpe it's okay!. sebab kitaorang niat nak keluarkan untuk kegunaan ibu.
minta, doa dengan Allah ;
"ya Allah. kami nak keluarkan kereta ni, untuk kegunaan ibu kami. permudahkanlah jika ini yang terbaik"
doa biar simple biar jelas. Allah tu maha mendengar.
4-5 hari lepas kitaorang hantar permohonan, dealer whatsapp kata permohonan lulus!. ya Allah. tak sangka secepat ini. dealer kata dah boleh sign agreement dan kereta yang kami nak tu memang tengah ada stok dekat kedai. so kiranya lepas sign agreement dah boleh ambik kereta dealer kata.
Allah tak bagi keluarkan kereta awal tahun sebab Allah nak bagi yang lebih baik. hujung tahun Allah jawab doa kaella. kereta lulus. tak sangka.
perjalanan kitaorang nak keluarkan kereta tu sangat-sangat dipermudahkan. urusan kami berjalan dengan lancar saja tanpa ada halangan sepanjang berurusan dengan dealer tu. Alhamdulillah.
kaella percaya kuasa doa. Kita minta dengan Allah, cepat atau lambat pasti Allah akan jawab. apa-apa yang kaella buat kaella akan bagitahu dengan Allah dulu. sampai nak beli satu barang pun kaella akan bagitahu Allah dulu. " ya Allah, kaella nak beli barang ni, kalau ini yang terbaik permudahkan" simple dan sampai. kalau digerakkan hati tu, beli. kalau tak digerakkan hati tu maksudnya ada yang lebih baik. kena selalu fikir positif untuk semua perkara yang kita lakukan.
3 Comments
Allah akan bagi bila kita betul2 ready..
ReplyDeleteDia maha mengetahui.. =')
alhamdulillah.. berkat doa dan niat utk mudahkan urusan ibu..
Allah permudahkan segalanya..
alhamdulillah.. berkat doa yang ikhlas dan spesifik.. tahniah untuk kaella dan keluarga..
ReplyDeleteDia adalah senjata org mukmin.. tahniah kaella
ReplyDelete