Berjaya pasangkan AdSense di tengah posting - kaellaaaa's

Advertisement

Berjaya pasangkan AdSense di tengah posting



Assalammualaikum...

Berjaya pasangkan AdSense di tengah posting | tadi saja blogwalking dekat blog orang, lepas lama blogwalking terbaca pula satu post berkenaan dengan Adsense. Habis baca kaella teringat pula dengan Adsense kaella yang lama tak jenguk dek kerana kesibukan kerja, bila lama tatap dekat nilai income yang kaella dapat sepanjang berblog ni kaella terfikir jalan macam mana cara nak naikkan income sekurang-kurangnya dalam seminggu adalah peningkatan, lama juga tau renung dekat nilai income tu, sebab sayang rasanya apply Adsense tapi tak gunakan kesempatan yang dah diberi ni.

Kaella pun ada terbaca satu post dari blog Sayidah Napisah tentang cara memasang iklan adsense di tengah artikel kaella pun tertarik memandangkan posting Adsense kaella hanya ada pada bawah header dan footer saja. Kaella pun dah mood tengah rajin cuba la jugak sikit-sikit tekan HTML code biar pun sebenarnya lama sangat tak main dengan HTML code ni.

Kaella cuba dengan cara sayidah tapi agaknya tak sesuai dengan template blog kaella sebab dah try semua cara macam mana sayidah ajar tapi semua tak jadi " memang sah tak ngam dengan template blog kaella" jadi kaella cuba pula dengan cara dari satu blog ni ( strukturkode.blogspot.com ) cara meletakan iklan adsense di tengah artikel postingan dan Alhamdulillah menjadi juga penambahan AdSense di tengah posting kaella, sebab lama dah cuba buat tapi asyik tak jadi je.


ini pun nak dua kali juga cuba buat ni, try and error orang kata. Tapi kali ni bernasib baik sikit sebab menjadi juga akhirnya. Mula-mula tu memang loading sebab iklan tak keluar tapi cuba tenangkan hati " oh, kata tunggu dua atau lima minit. sabar, sabar " bila cek balik timbul juga iklan Adsense dekat tengah posting. Alhamdulillah.

korang yang belum try and error iklan adsense ni boleh la gatal-gatal tangan dekat HTML code tapi sebelum edit pastikan ye korang save dulu HTML code yang lama takut menangis kang dah takde makne dah.

semoga berjaya untuk yang tengah mencuba!

Post a Comment

1 Comments

  1. akhirnya pake cara ini bisa meaikkan CTR adsense, terimakasih infonya

    ReplyDelete