Assalammualaikum
J
Saya jenis
orang yang selalu sakit kepala, bila nampak cahaya yang terlalu terang sakit
kepala tu pandai datang, bila terlampau buat kerja datang lagi, bila period
dan bila terlebih tidur. “Tak pergi cek dekat hospital ke ?” bukan tak
pergi cek, saya dah pernah cek dua kali dah dekat hospital dan respon para
doctor yang saya jumpa sama “sakit kepala tu biasalah” “tak ada apa-apa yang
perlu dirisaukan juga” “nanti lepas makan ubat okelah tu” bukan kata tak
percaya dengan doctor cuma tidak tahan dengan sakit kepala yang kerap kali
datang. Jadi saya fikir kalau nak diharapkan doctor saja sakit kepala datang
lagi, jadi saya cuba perubatan BEKAM.
Apa itu
BEKAM ?
Mungkin
masih ramai di antara kita yang tidak tahu apa itu BEKAM. BEKAM
ialah kaedah membuang toksid dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan
kulit sepertimana yang diamalkan Rasulullah SAW ( صلى الله عليه وسلم )
dan para sahabat. Ia dikatakan boleh membantu mengubati penyakit, insya Allah
dengan izin-NYA.
Jenis-jenis
BEKAM :-
1-Bekam kering
2- Bekam
Basah
3- Bekam
Api (tetapi tidak digalakkan)
Faedah
Bekam :-
Membantu menghilangkan pening dan migraine
Membantu membuang angin dalam badan, melegakan
pernafasan dan sistem perkumuhan
Membantu memecahkan Lemak
Membantu memulihkan ketegangan urat leher,
belikat, pinggang dan urat sendi di kaki
Membantu mencegahkan kebas kaki dan membantu
meredahkan serangan angin ahmar
Mengeluarkan darah toksid dan melancarkan
peredaran darah tersumbat
Biarpun
pada mula memang agak takut juga untuk berbekam sebab ini pertama kali dalam
hidup saya buat perubatan BEKAM ni tapi sampai bila nak kena takutkan ?
so saya beranikan diri juga untuk buat BEKAM. Ada yang kata “perempuan
dah tiap bulan buang darah toksik buat apa nak buat bekam lagi ?” iya memang
tiap bulan perempuan buang darah toksid tapi berbekam itu terapi perubatan
untuk penyakit tertentu. Jadi tidak ada salahnya jika perempuan pun
berbekam.
Saya buat
bekam dirumah sendiri sebab ada kenal dengan seorang ni (perempuan) memang buat
terapi bekam datang kerumah, jadi rasa lagi selesa sebab buat dirumah sahaja
tanpa datang ke mana-mana tempat. Hari itu saya di tawarkan dengan 3 jenis
bekam, sama ada mahu bekam seluruh badan, kecantikan atau pun migrain.
Memandangkan masa tu memang sering sakit kepala jadi saya ambik bekam
migrain. Masa mula-mula buat tu dia ada tanya sama ada nak bekam atas
kepala atau dahi, jadi saya fikir kalau bekam atas kepala rambut kena cukur,
kalau bekam dekat dahi pula adalah nanti tertinggal kesan cop mohor dekat dahi,
dalam hati kata daripada botak atas kepala baik buat dekat dahi, biarlah ada
cop mohor yang penting rambut tak kena cukur hehe. Memandangkan masa tu pun
cuti jadi tak kesah sangatlah kalau berbekam dekat dahi, at least boleh
berperap dalam rumah takdelah orang asyik pandang dahi kau je sebab dah
bertanda ala-ala Hindustan pula hehe .
Alhamdulillah,
lepas berbekam kepala rasa ringan sikit, sebab sebelum ni memang kepala rasa
berat sangat dan asyik mengganggu kerja harian. Benda paling saya
tak suka bila dah mood rajin nak buat kerja tapi sakit kepala asyik mengganggu.
“iklan tv kata makanlah panadol active-fast”, memang kesan dia sangat FAST tapi takkan tiap kali sakit kepala kena makan
panadol kan ? beside mak sya tak berapa nak galakkan asyik makan panadol, takut
beri kesan sampingan biarpun kesannya sangat FAST
untuk legakan sakit kepala.
Korang pula
macam mana ? dah pernah test terapi perubatan bekam tak ? kalau nak saya
recommended dengan orang yang bekamkan saya
haritu, servis dia pun cun melecun tau, siap bagi discount lagi, tapi
hanya untuk orang yang tinggal dekat Sabah sahaja.
0 Comments