Kenapa anda harus jelajah Sabah - kaellaaaa's

Advertisement

Kenapa anda harus jelajah Sabah


Assalammualaikum

Memandangkan diri saya sendiri asalnya dari sabah. Yes, negeri di bawah bayu “Land below the wind”. Sebagai salah seorang yang memang berasal dari negeri ini, saya akui memang banyak lagi tempat perlancongan yang belum saya jejaki, mungkin nanti kena jejak tempat menarik dengan si dia, eh ? hahaha

GUNUNG KINABALU
 Terletak di Kundasang, Sabah.
Well, semua orang tahu sabah memang terkenal dengan Gunung Kinabalu, lagi terkenal selepas bencana gempa bumi yang baru-baru berlaku haritu, tapi itu tak membuatkan pelancong untuk patah semangat nak jejak kaki ke Gunung Kinabalu, kan ? saya sendiri belum jejak Gunung Kinabalu ni, yelah sebab stamina pun belum cukup kuat nanti kang kalau naik gunung tak kuat stamina, pengsan nanti kang bahaya padahnya.

Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah.

PULAU-PULAU SABAH

Lets enjoy! 

Selain daripada itu, sabah juga terkenal dengan pulau. Antaranya pulau manukan, pulau sapi, pulau mabul, pulau sipadan, bohey dulang dan pulau laying-layang.

Dalam banyak-banyak pulau di sabah, saya baru pernah jejak kaki ke satu pulau sahaja, iaitu pulau manukan. Sayangnya pulau yang lain belum ada masa nak jejak *nangis tepi katil* tapi soon insya Allah kalau tak ada halangan saya mesti kena jejak kaki dekat pulau-pulau yang lain pula dengan syarat mesti kena pergi dengan si dia. Eh hahaha

DESA CATTLE DAIRY FARM

Kalau anda seorang yang bercita-cita tinggi nak pi New Zealand, tapi tak cukup duit, tak payah risau, sebab Sabah dah ada New Zealand hehe. Orang kata tempat ni acah-acah New Zealand gitu sebab cuaca dekat sini memang sejuk sebab tempat ni betul-betul dekat Gunung Kinabalu, so tak hairanlah orang cakap ala-ala New Zealand macamtu. Lagipun, tak rugi tau datang sini, kalau tak mampu nak naik Gunung Kinabalu, takpe dekat sini boleh tengok puas-puas Gunung Kinabalu, sebab memang clear sangat kalau nak tengok dari Desa Cattle ni, but make sure korang kene datang masa cuaca cantik, sebab sayang kalau datang masa embun tebal, tak nampak Gunung Kinabalu.

Tarikan sebenar di sini adalah ladang lembu, mengeluarkan kira-kira 900,00 liter susu setahun. ladang 199 hektar dan kebanyakan lembu memerah susu adalah Friesians, pengeluar susu tertinggi semua baka lembu. Ia merupakan tempat yang ideal untuk seisi keluarga, di mana terdapat aktiviti seperti memberi makan anak-anak lembu dengan susu botol, memberi makan kambing dengan rumput, bagaimana susu diproses serta proses memerah susu boleh didapati untuk semua. Anda semua juga boleh merasa susu segar yang sudah diproses tau.




SEPILOK ORANG UTAN REHABILATION CENTRE

Sepilok Orang Utan ini terletak di Sandakan sabah, disini anda boleh lihat bermacam-macam jenis Orang Utan dari yang kecik sampailah yang dewasa, eh korang boleh tengok dengan jarak dekat juga tau hee So siapa yang tak pernah lagi Nampak Orang Utan ni macam mana, bolehlah datang ke Sepilok Orang Utan di Sandakan. 


MALIAU BASIN

Rasanya jarang kita dengar nama Maliau Basin disebut-sebut dan tidak ramai yang berpeluang memasuki kawasan hutan asli Lembangan Maliau atau biasanya orang panggil sebagai Maliau Basin yang terletak di bahagian tengah selatan Sabah-Keningau. Memang susah sebenarnya mahu masuk ke Maliau Basin ni. Kunjungan cuma diberikan kepada mereka yang diberikan kebenaran untuk melawat oleh Yayasan Sabah. Kalau mahu tau, Maliau Basin ni merupakan hutan dara kelas pertama di Malaysia yang sememangnya mengandungi ekosistem paling terlindung dan tidak terusik di dunia. Nak dikatakan tempat ni memang cantik, tengok gambar pun dah tau cantik (eventho tak pernah pergi pun sebenarnya) tapi akan ku jejak juga tempat ni nanti dengan si dia. Eh hahaha




Sebenarnya, banyak lagi tempat menarik dekat Sabah ni, cumanya kalau nak cerita semua tempat takut tak cukup ruang pula, tapi kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang tempat menarik di Sabah, boleh google dekat sini Sabah tourism . Apa-apa pun jangan risau kalau nak datang Sabah, sebab orang-orang dekat sini takkan makan orang punyelah, makan nasi jugak. Lagipun masyarakat Sabah ada banyak kaum yang buat korang pasti akan jatuh cinta dengan Sabah, and pasti nak datang lagi nanti. 

So enjoy! 

Post a Comment

0 Comments