Hargai ibu bapa anda sebelum mereka pergi - kaellaaaa's

Advertisement

Hargai ibu bapa anda sebelum mereka pergi


Assalammualaikum.

Memang tak di nafikan ye semua orang dalam dunia ni ada ibu dan bapa, yelah sebab kita takkan lahir tanpa wujudnya ibu dan bapa kita. sebagai seorang hamba Allah, kita tidak mampu memiliki masa depan namun kita mampu merancang apa yang kita harus lalui di masa hadapan. Berapa lama jangka hayat kita masih ada ? berapa lama lagi yang kita ada ? persoalan ini kita takkan pernah temui jawapannya kerana kita sendiri tidak tahu sampai bila dan berapa lama lagi masa yang kita ada. Kalau kita tahu sudah tentu kita nak hari-hari yang kita lalui itu kita penuhkan dengan kasih saying, tapi kita hanya Hamba Allah.

Sejak dari zaman dulu lagi kita sering dengar kisah seorang anak tidak menghormati ibu bapa mereka, anak Berjaya kemudian meninggalkan ibu bapa mereka bersendirian, merasa beban dengan hak penjagaan kemudian menghantar mereka ke rumah orang tua, merasa satu bebanan apabila ibu bapa tidak merestui / mengiyakan permintaan seorang anak dan banyak lagi.

Jujur, bagi saya, dengar tajuknya sahaja, saya sudah merasa simpati dengan ibu bapa yang merasa benda sebegitu, dalam hati “anak jenis apa macam ini, tak reti nak berterima kasih” kadang rasa marah dengan anak yang melalukan sedemikian terhadap ibu bapa mereka, Allahu, sungguh kejam. Dulu selalu Nampak hanya dalam telefilem tapi sekarang sudah banyak tersebar di merata-rata. Saya rasa sesiapa pun dengar kisah macamtu mesti rasa sedih yang teramat, belum lagi apa bila merasa kehilangannya insan yang tersayang. Peritnya hanya tuhan yang tahu.

Ibu bapa adalah insan yang terpenting dalam hidup kita, jasa mereka takkan ddapat diukur dan tak akan dapat dinilai dengan wang ringgit. Jasa mereka membesarkan kita sehingga bersusah payah dari pagi ke petang hanya untuk menyara kita, takkan dapat kita balas sehingga mati.

Hargai mereka selagi mana mereka masih ada di sisi kita, jangan apabila sudah tiada barulah tau menghargai. Sayangi mereka selagi mereka masih ada dengan kita, jangan sesekali lukakan hati mereka. Bagi saya, lukakan walau sedikit hati ibu bapa sudah buat saya merasakan beban yang amat besar sedang saya pikul. Rasa macam “berdosanya saya buat macamtu dengan ibu bapa” jangan ye. Hargai mereka, andai ditakdirkan besok mereka tiada lagi kita tak akan ada masa lagi untuk hargai mereka, sayangi mereka selagi ada waktu. Sejahat mana pun mereka, seburuk mana pun mereka, setegas mana pun mereka, seganas apa pun mereka, sayangi mereka, sebab kita takkan pernah tau kenapa mereka harus lakukan sedemikian terhadap kita, semua yang ibu bapa kita lakukan itu bersebab, jangan mudah menghukum orang, kemudian buat kita macam tahu segalanya padahal sebaliknya.


Hargai ibu bapa anda selagi masih ada, jangan sampai menyesal di kemudian hari

Post a Comment

0 Comments