Pray II - kaellaaaa's

Advertisement

Pray II


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum J syukran and thankyou dan terima kasih buat yang sudi baca part I. kan awak ?
Awak, kini saya mula sedar, ketika kita ubah solat kita, itu maknanya kita sedang mengubah kehidupan kita. hidup kita yang dulunya alpa menjadi yang lebih baik, hebatnya solat ni kan ? beruntung buat siapa yang dapat merasai manisnya solat, indahnya ketika bertemu dengan Allah yang maha esa. Alahai iri hati pula dengan mereka yang dapat merasainya *nanges*

Awak, tau tak sebenarnya kita pun layak terima perasaan itu, kita layak merasai manisnya solat, layak merasai indahnya ketika berjumpa dengan Allah, cumanya kita kena banyak berusahalah, yelah sebab syurga tu bukan percuma, tiada perkara yang kita boleh buat dengan percuma semuanya kena ada usaha, terpulanglah dengan manusia itu sendiri, mahu ataupun tidak. Macam contoh kita nak beli cekelet *chocolate* tapi duit takdo, macam mana nak beli kalau duit takdo kan, so nak taknak kita kena juga usaha nak cari duit eventho sebenarnya benda tu bukanlah keperluan cumanya sebab “craving” yang teramat kau kene juga beli, so kene usaha juga cari duit, baru dapat makan cekelet, *mmmm yummy*.  Macamtu lah di ibaratkan kalau nak merasai manisnya solat tu. Kau kena usaha cari, kena usaha sedaya upaya yang boleh. Kalau orang lain boleh kenapa awak tak boleh kan ? kan awak ?

Awak, tau tak di setiap solat itu ada kebaikan yang tersembunyi, mungkin ramai yang tak tahu tapi tak mustahil ada yang tahu juga kan ? di setiap takbir, rukuk, sujud, duduk tahiyyat awal, duduk tahiyyat akhir. Semuanya ada kebaikan di sebaliknya. An example, SUJUD.  Awak tau tak maksud sujud tu apa ? sujud bukan setakat kita cium sejadah, sujud maksudnya kita meletakkan wajah kita di tempat yang paling rendah di atas tanah ini, bermakna kita telah meletakkan seluruh diri kita di atas tanah mengingatkan kita terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah, dan mengembalikan diri kita kepada tanah. Apabila kita sanggup meletakkan dahi dan diri kita ke tempat yang hina maka tidak mungkin kita akan bersikap sombong lagi terdahadap Allah yang menciptakan diri kita daripada tanah. Maka setiap kali sujud sewajarnya kita kena sentiasa  mengingati akan mati, apabila kita ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solat kita itu sebagai solat penghabisan kerana kita akan menghantarkan diri kita ke tanah. Kita seharusnya merasakan bahawa setiap kali kita sujud seolah-olah kita tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.

Awak, jom sama-sama lepasni kita sama-sama baiki solat kita. baiki benda yang kita selalu lupa, insya Allah kita baiki solat, semua benda kita buat nanti akan baik-baik sayang, ehh baik-baik saja hihi.


Assif. Assalammualaikum. 

Post a Comment

0 Comments