Girls, you are so expensive like DIAMOND - kaellaaaa's

Advertisement

Girls, you are so expensive like DIAMOND




Assalammualaikum 😊

Apa khabar ? Sihat ? Hopely korang semua sihat Alhamdulillah. Hmm macam biasalah, apa khabar iman di dada ? Cuma tak nak cakap banyak pasal iman, yes, i know iman ada naik ada turun, cuma nak ingatkan lahh, kita ni umat akhir zaman, bila-bila masa Allah nak terjadinya kiamat, "kun fayakun" jadilah, maka jadilah. Cuma tunggu masa yang sesuai saja. Sekarang ni pun macam-macam benda dah jadi, cuaca panas sana sini, ombak besar, bunuh membunuh, bom sana sini, kes rogol, fitnah berleluasa, kepercayaan hilang, gempa bumi,  itu ini ade je yang tak kena. Sampai masuk news cuaca berubah dengan mendadak. Look, saya bila dengar benda macam ni makin takut, bukan apa, makin takut kalau-kalau esok esok nyawa kita kena ambik, lepastu tak sempat pun nak minta maaf, nak minta halalkan makan minum semua, tu belum lagi kes kita mengata orang, ehh.. *tutup mulut* Astagfirullah.

Why am i saying "GIRLS EXPENSIVE LIKE DIAMOND ?"

Why ?

Haa girls tell you what, you are so expensive like diamond, YES YOU ARE. Semua perempuan pun actually very-very expensive. Sangat sangat.  Cuma terkadang diri perempuan sendiri yang buat diri dia tu tak nampak mahal, sebab apa ? Hah tepuk dada tanya iman. Ada sesetengah perempuan bila bercakap dengan orang tua lemah lembut budi bahasanya, baik tutur katanya, tapi sesetengah yang lain tinggikan suara lebih dari suara orang tua, leih ganas, hilang tutur kata lembutnya. Langsung tak terfikir hati seorang ibu ayah bagaimana. Allahu, mohon dijauhkan.

Ada sesetengah perempuan, bertutup penuh tapi tutur bahasanya hancur kelaut, ada yang tutup sekadar cukup-cukup tapi bahasanya lembut, sopan santun, ada yang orang cakap "kurang kain" tapi bahasanya, baik. Dan begitulah sebaliknya. Kita ni sekadar manusia, hukum menghukum syurga neraka bukan kita tapi Allah. Apa yang kita perlu buat, teruskan denngan kehidupan kita, buat apa yang Allah suruh, jauhkan apa yang Allah larang. Selagi kita hidup, buatlah apa yang Allah suruh, jauhkan apa-apa yang Allah larang kita buat.

Perempuan akhir zaman tak sama dengan perempuan zaman dulu. Saaaaaaaaaaangat berbeza perempuan zaman sekarang dengan yang dulu kala. Kalau nak saya list satu² memang kalau boleh sampai 5 entry pun tak habis. Zaman dulu kalau boleh terpandang lelaki pun dia dah rasa diri dia dah buat salah yang besar sangat, tapi beza dengan perempuan akhir zaman ni, hah siap buat contest sape paling lama tatap mata, sapa menang, lelaki atau perempuan. Hah macamtu la. Bukan ini sahaja tapi banyak lagi, cuma peringatan buat diri sendiri juga.

Niat saya bukan nak burukkan maruah wanita dimata siapa pun, cuma nak ingatkan, sebab saya sayang saya ingatkan, wanita tu sangatlah mahal. Jaga diri tu kalau boleh macam kau jaga barang kemas di tangan, kau taknak orang ambik duit tu, kau taknak orang sentuh sesuka hati, taknak orang pandang sesuka hati, kalau boleh kau sorang je yang nak pegang. Hah macamtulah.
Dulu betapa susahnya nabi angkat tinggi martabat wanita, tapi apa yang wanita akhir zaman balas ? Apa ? Fikir balik kepayahan nabi zaman dulu. Ingat.

So girls out there, jangan sampai diri sendiri buat diri kau tu murah, JANGAN ! Kau tu mahal jangan buat diri jadi murah sebab sesuatu perkara, sebelum buat fikir dahulu, jangan sesuka hati. Sayang diri tu. Buat apa yang Allah suruh, jauhkan apa yang dia larang.

Assalammualaikum. Assif 😊

Post a Comment

0 Comments