Assalammualaikum..
I'm officially a part time student | Alhamdulillah for every little things i've got. Tahun lalu banyak achievement kaella tahun ni kena capai pula hasrat kaella 4 tahun lalu untuk menyambungkan pelajaran.
Bukan tak nak sambung belajar cuma dulu waktu dan kewangan tak mengizinkan dan sekarang Alhamdulillah aku diberi kesempatan untuk belajar lagi biarpun sebenarnya umur dah semakin meningkat. Kebanyakan orang selepas habis SPM akan terus sambung belajar tapi ada sesetengah pelajar dia tak sambung pun. Cemburu ? ya dulu aku cemburu gila dengan member yang habis SPM terus dapat masuk University tapi begitulah perancangan, perancangan Allah lebih baik. Tapi aku bersyukur sekarang aku dah achieve banyak benda sebelum aku dapat sambung belajar ni. Itulah Allah kata, ada hikmah di sebalik semua kejadian.
Dan sekarang Allah bagi lagi kesempatan untuk aku sambung belajar. Jadi pelajar separuh masa ni kena banyak bahagikan masa dengan betul. sekarang kaella sibuk dengan sekolah sampaikan assignment pun kaella belum sempat nak siapkan. Tahun ni kena susun atur masa dengan betul supaya kelak tak menyesal.
sambung belajar seratus peratus guna duit poket sendiri. Makan minum semua guna duit sendiri. Tahun ni kena kurangkan bershopping sebab dah ada komitmen baru. Kena bijak uruskan kewangan.
Doakan kaella dapat lalui hari-hari part time student dan part time teacher ni ye.