February 2019 - kaellaaaa's

Tuesday, February 19, 2019

Eh, Pen boleh padam ke ?

3:21:00 PM 16
Eh, Pen boleh padam ke ?
Assalammualaikum...

Eh, Pen boleh padam ke ? | Baru-baru ni kaella jalan dekat AA Stationary Penampang sebab nak beli barang tadika buat sekolah makcik. Terdetik pula dekat hati nak beli pen, padahal pen dekat rumah dah belambak tapi still nak beli yang baru hihi tamak sungguh naa.

Cuba punya cuba pen dekat situ kaella nampak satu pen ni, body pun cantik jer ada corak bunga macamtu. So kaella pun try tulis sikit dekat kertas then try padam menggunakan hujung pen ternyata benar, "boleh padam lah" excited punya pasal kaella try lagi main tulis lepastu padam lagi sampai puas hati hah lepastu ok ambik 4 jer jangan lebih terus bayar hihi

Harga untuk satu pen hanya RM0.95 sen. Berbaloilah kalau rasa nak borong banyak lepastu jual.

Keesokan harinya kaella try cari dekat popular kalau-kalau pen tu ada jual dekat situ. Nampaklah satu pen ni hujung pen tu ada sejenis pemadam sama bentuk dengan pen yang kaella beli, try tulis sikit then "boleh padam jugak ni" hehehe


Harga untuk sebiji pen ni agak mahal dalam RM6.90 sen. Kalau nak borong yang ni kaella rasa orang pun tak nak beli sebab mahal ni huhu

Korang yang nak pen macamni bolehlah try cari dekat kedai buku atau stationary yang berdekatan. Mana tahu esok-esok berguna juga pen ni. Lagi pun kaella sejenis tak suka dengan liquid paper. Annoying gila bila nak padam lepastu terpaksa tunggu dalam beberapa saat baru kering lepastu baru boleh tulis lagi. Ini boleh buat kaella lupa apa nak tulis lepastu. Hah bab ni kaella tak suka. Tapi guna pen ni tak yah risau kalau salah dah boleh padam kan senang hati macamtu hihi.

Wednesday, February 6, 2019

#RezekiDiKongsiBersama Giveaway By Mrs Pip

12:29:00 AM 17
#RezekiDiKongsiBersama Giveaway By Mrs Pip

Assalammualaikum...

#RezekiDiKongsiBersama Giveaway By Mrs Pip | Happy Birthday in advance Mrs Pip.. kaella rasa birthday mrs pip ni 09/02/1970 ni kot. 

Giveaway ni berlangsung sepanjang bulan Febuari 2019 , dan hari terakhir ialah pada 28/02/2019 jam 8 malam

Giveaway ni lama lagi tau tutup. jom ramai-ramai join. Siapa tahu ada rezeki menang pulak kalini..

Tuesday, February 5, 2019

Muka Breakout

11:32:00 PM 9
Muka Breakout

Assalammualaikum..

Muka Breakout | OKAY OKAY. Nasib baik cuti seminggu jadi bolehlah nak jaga muka dekat rumah. Harapnya duduk dalam rumah je tak keluar except for jemur kain dekat luar and etc.

Acctually, sebelum ni kaella ada beli satu moisturizer dan ada cuba patch test and it's look well to my skin, tapi bila dah pakai dekat muka mula-mula rasa okay jer tapi makin lama muka rasa gatal. Tapi yang nak naik marah ni kaella tetap guna product tu sebab masa guna kaella ada makan belacan so ingatkan sebab alergik naik. 


Makin lama muka dah makin merah so kaella stop guna product tu. As you can see kalau zoom dekat gambar kaella muka kaella merah gila. Dah la merah gatal pulak tu memang naik angin la kaella. Tak tahan dengan gatal tu hah dari tadi duk tepuk muka sendiri haha 

Bila muka dah breakout macam ni gatal lah tangan nak cari solusi nak baikkan kulit sebelum cuti habis. ( Harapnya muka boleh baik-baik dengan kaella ) jadi kaella terus terjah blog kak iman..

BACA SINI ( iman abdul rahim )

Alhamdulillah lepas baca dah sedar diri sikit muka dah teruk. ( okay sikit jer ) okay, esok nak keluar nak cari benda yang boleh setelkan breakout muka. Sebab tak tahan gila dengan muka yang asyik gatal.

Saturday, February 2, 2019

Kebaikan Susu segar Farm Fresh

12:59:00 PM 35
Kebaikan Susu segar Farm Fresh

Assalammualaikum...

Kebaikan Susu segar Farm Fresh | Dikatakan susu ini susah di cari di pasaran mahupun di pasar raya. Susu segar ini hanya dapat di beli melalui agent-agent susu Farm Fresh yang sah. Bukan sekadar bayi dan kanak-kanak sahaja yang sesuai minum susu ni bahkan orang dewasa juga sangat sesuai.



Antara kebaikannya ;

  • 1) Susu segar Farm Fresh cukup segar kerana produk jenama tempatan ini diproses di ladang di Johor dan Pahang dan sampai kepada pengguna dalam tempoh 48 jam.
  • 2) Susu segar Farm Fresh tiada pengawet, pewarna dan perasa tambahan.

  • 3) Susu segar Farm Fresh perisa kurma ini tiada gula tambahan, rasa manisnya datang daripada gula kompleks kurma yang sangat baik. Gula kompleks ini menghasilkan glukosa secara berperingkat.
  • 4) Susu segar Farm Fresh perisa kurma ini elok diminum ibu mengandung kerana khasiat kurma yang terkandung di dalam susu mampu menambah susu badan.
  • 5) Susu segar Farm Fresh perisa kurma elok untuk ibu hamil dan bayi di dalam kandungan.
  • 6) Anda akan rasa bertenaga sepanjang hari setelah minum susu segar Farm Fresh.
  • 7) Susu segar Farm Fresh  ini cukup eksklusif kerana sukar didapati di pasaraya. Anda perlu menghubungi ejen berdaftar untuk mendapatkan susu segar ini
  • 8) Farm Fresh turut mengeluarkan susu segar Farm Fresh perisa asli, coklat, cafe latte dan yang terbaru tongkat ali selain yogurt dan susu kambing asli.
  • 9) Kesemua minuman yogurt Farm Fresh mempunyai sekurang-kurangnya 50 Bilion Probitik yang bertindak membantu pencernaan serta memakan semua bakteria jahat.
  • 10) Produk terbaru Farm Fresh Cafe Latte Tongkat Ali mampu meningkatkan tenaga dan stamina selain bertindak sebagai anti kanser, anti kencing manis dan anti bakteria