March 2018 - kaellaaaa's

Saturday, March 24, 2018

Resepi Sambal Colet Belacan

7:58:00 PM 0
Resepi Sambal Colet Belacan
Assalammualaikum

Resepi Sambal Colet Belacan | siapa peminat tegar belacan macam kaella sila angkat tangan! hehe kaella kalau bab belacan memang minat tapi kalau dah makan kena makan banyak terus sebab kaella ada alahan dengan belacan. jadi rasanya hari ini kaella nak kongsi satu resepi sambal belacan yang boleh buat korang makan tak henti.

Bahan A
  • Bawang Merah ( 3 ulas )
  • Cili padi ( 10 biji )
  • Belacan ( 1 cube kecil )
  • Garam dan ajinomoto
  • Gula
Bahan B
  • Limau kapas
  • Cuka 
Cara-cara :

masukkan semua bahan A sekali dalam lesung batu, tumbuk sehingga semua bahan betul-betul hancur. Kemudian masukkan bahan B secukupnya, kalau nak rasa masam boleh letak limau kapas banyak tapi kalau tak suka masam boleh kurangkan, kalau takde limau kapas boleh guna cuka juga. kalau rasa nak buat kerja cepat boleh blend semua bahan tapi kalau nak rasa lagi sedap baik tumbuk dekat lesung batu, sebab nampak lagi fresh. 

Dah siap! Boleh di hidangkan dan makan. 

SELAMAT MENCUBA :)   

Sakit Itu Rahmat

1:41:00 PM 0
Sakit Itu Rahmat

Assalammualaikum :)

Bila sakit kena banyak ingat Allah, sebab kenapa ? sebab Allah rindu rintihan hati umatnya, Allah rindu.
ما أَنْزَلَ الله دَاءً إلا أَنْزَلَ له شِفَاءً“Tidaklah Allah menurunkan satu penyakit melainkan Allah telah menurunkan untuknya ubat penyembuh,” (HR.Bukhari,no:5354)
Kaella sejenis yang allergic dengan kacang. Rasa macam tak masuk akal kan ? actually dulu masa kecil kaella suka makan kacang tapi pernah sekali kaella makan kacang dalam sehari banyak gila sampai gatal dekat leher then start masa tu kaella dah tak boleh nak makan kacang sampailah umur dah besoq sekarang ni ( nangis tepi katil :'( )

Nak di jadikan cerita kaella makan mee kuah kacang, niat dalam hati "nak rasa jer" bila dah makan sikit "eh sedapnye" then kaella pun makan jelah sampai habis, bila dah habis tu sedar macam takde apa jadi, tekak okey je. tapi 20 minit kemudian hah muncullah batuk-batuk. ingatkan batuk biasa jer tapi makin lama makin menjadi pula batuk ni. Lepas jer batuk-batuk hah mulalah gatal dekat leher, ni memang sah allergic dah naik dah ni, memang allergic dengan kacang ni tak boleh bawa bincang langsung. Tak puas lagi dengan batuk panas badan mula naik,. Lepas itu dari mula dah salahkan si KACANG yang tak bersalah padahal salah sendiri, nak juga makan MEE KUAH KACANG.

Alhamdulillah pagi ini dah okey. Dah siap makan ubat semalam, nasib baik pagi ni okey jer, kalau tak okey nak nye kerja tidor je.

Monday, March 19, 2018

Segmen “Kaella Beloved Fellas”

11:27:00 PM 0
Segmen “Kaella Beloved Fellas”

Assalammualaikum

Memandangkan bloglist kaella dah expired date 28-2-2018 BACA SINI ), beside kaella baru jer ada masa untuk update blogger dek kerana kesibukan kerja, Jadi rasanya nak kena buat bloglist baru. Macam biasalah, kaella suka buat rules yang simple, so memang tak akan susahkan untuk korang join segmen kaella kalini. Tapi kali ini ada special sikit, kaella akan pilih seorang peserta segmen untuk menang hadiah misteri ( woop woop ) tapi kalau penyertaan ramai kaella akan buka dua pemenang untuk menang hadiah misteri. Yang tak menang pula macam mana ? eh eh no worry, yang tak menang kaella akan masukkan dalam bloglist AWESOME FELLAS for three month ( April - June )

Syarat penyertaan : 
  • Buat post tajuk "Kaella Beloved Fellas"
  • Letakkan banner dan backlink kan ke entry ini
  • WAJIB follow ( http://thekaellaaaa.blogspot.my/ )
  • kena follow Google+ ( cikkaella )
  • kena follow Instagram ( @kaellaaaaa )
  • Like Facebook ( thekaellaaa ) 
  • after done, comment dekat bawah berserta link entry yang korang buat. 
oh by the way, korang tahu tak maksud FELLAS ? FELLAS bermaksud "kawan rapat". So, takdelah nak kusutkan kepala korang nak tahu maksud FELLAS ni. hehe 


oh ya, lupa nak bagi tahu, segmen ni kaella akan buka sehingga 31 March 2018 tau, tapi kaella akan umumkan pemenang seminggu selepas segmen ini berakhir. ( sorry for my packed schedule :'( ) untuk pemenang kaella akan pilih secara rawak menggunakan kaedah cabutan nama secara manual, tak guna random.org. 

so guys. jemput join segmen plus menang hadiah misteri kaella tau!  

Tarikh tutup segmen sehingga 31 March 2018 






Birthday Giveaway by Mrs Pip

10:38:00 AM 0
Birthday Giveaway by Mrs Pip
klik banner untuk join 

Assalammualaikum

Pagi isnin masa cuti ni, bolehlah join giveaway rakan-rakan blogger. Jom semua ramai-ramai join giveaway by Mrs Pip. Lagi best syarat untuk join sangat simple ( the best rules most i like ).

Tunggu apa lagi ? GA ini akan tamat pada 8 April 2018 tau, so jangan lepaskan peluang nak join GA ini. Lagi best ada hadiah menarik wuhuhu. So ? tunggu apa lagi ? jom join! 

Sunday, March 18, 2018

it's Holiday!

1:13:00 PM 0
it's Holiday!

Assalammualaikum :)

Selamat Bercuti! Alhamdulillah cuti seminggu bolehlah rehatkan kepala otak, badan, dan fikiran dari kerja. Bukan setakat anak murid yang excited nak cuti, cikgu pun excited jugak tau. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki yang besar tahun ni, dapat dua kerja dalam sehari bolehlah buat saving nak kawin hehe 

Dah bermula dua kerja ni, memang sangat busy, sampaikan kerja dekat rumah hari sabtu dengan ahad je boleh siapkan, inikan lagi nak blogging, hmmm blogging dalam mimpi jelah. since kerja ni pagi sampai ke petang sampai rumah je dah nak magrib dek kerana jalan yang jammed bila sampai rumah tak dapat nak buat banyak kerja sebabnya mata cepat sangat mengantuk. ( doakan dapat saving banyak nak kawin, eh tak tak nak beli rumah hehe ) 

Blog pun sunyi sebab tak dapat nak post apa apa, dapat blogging pun sekejap je. tapi dah cuti ni,  insyaAllah akan lebih rajin nak blogging ( pray for me ) 

cuti seminggu bolehlah nak rehatkan diri. nanti dah buka sekolah hah mulalah busy sana sini. 

korang pula ? dapat cuti ke ? hehe 

Thursday, March 1, 2018

Wonderful March Giveaway by Raydah Alhabsyi

10:42:00 PM 0
Wonderful March Giveaway by Raydah Alhabsyi
klik banner untuk join :)
Assalammualaikum uols.

Wonderful March Giveaway by Raydah Alhabsyi | it's not to late to say "hi there March." i hope that my March will have a lot of joy, happiness, peaceful and no cry. ( cause i cry a lot on February )

since my mood is full of wonderful beautiful butterfly, so come on people do join Raydah Giveaway. Like seriously, the rules is so simple as ABC ( you won't believe me until you click on that banner )