Cara Edit Favicon Buat Blogger yang senang - kaellaaaa's

Sunday, June 7, 2020

Cara Edit Favicon Buat Blogger yang senang

Assalammualaikum | Cara Edit Favicon Buat Blogger yang senang

contoh Favicon Website
korang tahu tak apa favicon tu sebenarnya ? favicon tu adalah icon yang korang letak sebelah tittle dalam browser. Fungsinya adalah agar blog terlihat lebih unik dengan icon tersendiri. Favicon juga adalah icon yang menunjukkan website atau blogger kita. Memudahkan kita untuk melihat browser kita apabila kita membuka terlalu banyak browser dalam satu masa. Dalam posting kali ini kaella akan ajar macam mana sebenarnya nak buat favicon buat blogger yang simple dan paling senang.

  • cari icon yang korang nak buat Favicon untuk blog korang. Tapi, pastikan cari yang mempunyai background clear atau transparent agar memudahkan Favicon kita terlihat cantik dan kemas. Boleh cari di ( cleanpng ) satu benda yang kaella suka tentang website clean PNG ni memudahkan kita cari semua gambar yang mempunyai background yang bersih dan transparent. kan senang macam tu kan ?
  • korang boleh search gambar apa yang korang nak, jenis apa. sama ada nak letak huruf sahaja atau pelbagai. Tapi kalau korang tak jumpa yang menarik, boleh sahaja cari di Google tapi pastikan transparent tau.
  • Kemudian buka aplikasi PhotoScape DOWNLOAD SINI dan tekan pada editor. Masukkan gambar yang korang dah download tadi yang korang nak jadikan Favicon Blog korang. kemudian resize kepada 100PX / 200PX. setakat ini kaella menggunakan 200PX boleh sahaja upload dekat Favicon. 

  • Kemudian masuk kepada dashboard blog korang, klik bahagian layout, edit bahagian Favicon dan boleh tekan save.
  • Dah siap Favicon untuk blog korang.
Korang kena try tau. kalau dah try nanti jangan lupa Tag kaella. semoga berjaya!

8 comments: