RESEPI AYAM MASAK SUP KUNYIT ( KUNING ) - kaellaaaa's

Advertisement

RESEPI AYAM MASAK SUP KUNYIT ( KUNING )



Assalammualaikum..

Oh ya lupa, Hello December! Tak terasa semakin menghampiri di penghujung 2018. So kalini kaella nak kongsi pula resepi orang nak diet ni. Fuhh! Iaitu RESEPI AYAM MASAK SUP KUNYIT ( KUNING )



Bahan-bahannya ;
½ ekor ayam
1 Batang serai ( diketuk )
5 biji cili padi
1 sudu makan kunyit serbuk
2 keping asam
4 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
2 potong halia
Minyak masak
Garam & gula

Cara-caranya ;
  1. Potong ayam mengikut size yang korang suka kemudian cucikan sehingga bersih. Kaella bab sup tak makan sangat kulit ayam jadi kulit ayam kaella buang.
  2.  Panaskan minyak masak. Kemudian tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan pula serai, cili padi dan asam keping. Gaul rata ye 
  4. Kemudian masukkan serbuk kunyit dan gaul rata lagi.
  5. Masukkan air mengikut kesesuaian, tunggu sehingga mendidih kemudian masukkan pula ayam yang telah di potong tadi.
  6. Akhir sekali masukkan garam gula secukup rasa.
  7. Tadaaaaaa! Ayam masak sup kunyit dah siap.


Selamat mencuba.

Post a Comment

0 Comments