Resepi Biskut Double Chocolate Chips Rangup - kaellaaaa's

Advertisement

Resepi Biskut Double Chocolate Chips Rangup

Assalammualaikum..

Bahan-Bahan:
1 cawan mentega unsalted (227g), suhu bilik1/2 cawan gula kastor3/4 cawan gula perang2 biji telur1 1/2 sudu kecil esen vanilla2 cawan tepung gandum 1/2 cawan serbuk koko 3/4 sudu kecil baking soda 1/4 sudu kecil garam 1 1/2 - 2 cawan coklat chip (semisweet) 1/2 cawan badam cincang (almond nib), bakar seketika

Cara Penyediaan: 1. Panaskan oven pada suhu 170°C. Ayak tepung gandum bersama serbuk koko, baking soda dan garam. Dalam mangkuk berasingan, putar mentega bersama gula kastor dan gula perang sehingga putih.

2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sehingga kembang. Dengan kelajuan perlahan, masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dan putar sebati. Masukkan pula coklat chip dan badam.

3. Kacau sehingga adunan sekata dan rehatkan doh seketika. Griskan dulang dan lapik dengan kertas baking.

4. Scoop dengan pencedok ice cream atau sudukan adunan di atas dulang dengan jarak yang jauh kerana biskut akan mengembang apabila dibakar. Bakar selama 15-20 minit.

Tips: Untuk mendapatkan biskut yang lebih tebal tapi rangup, masukkan doh yang sudah di scoop ke dalam peti sejuk selama lebih kurang 1 jam sebelum dibakar.



















kaella bab coklat number satu nak cuba semua. Nampak sedap nak cuba juga. Tapi bila dah berat ++ ni kena kurangkan manisan, tapi masih ambik dalam kuantiti yang sedikit. Yang penting tak nangis bila tengok makanan macam ni hihi 

Post a Comment

0 Comments