AFY HANIFF D’MENC AIR FRESHENER - kaellaaaa's

Advertisement

AFY HANIFF D’MENC AIR FRESHENER


Assalammualaikum..

AFY HANIFF D'MENC AIR FRESHENER | Kaella part nak menyegarkan kereta kena pilih bau yang sesuai dengan hidung, sebab kadang-kadang ada pewangi kereta yang buat kita pening nak mutah dibuatnya kalau nak hidu. Lagi-lagi bab bau yang menusuk hingga ke lubang hidung yang paling dalam. 

Kaella suka dengan bau AFY HANIFF D'MENC AIR FRESHENER sebab tak buat pening kepala pun bila terhidu dan buat kereta bau segar sepanjang hari. Kecik comel loteh je botol tapi kecil-kecil cili api, sebab pewangi botol kecik ni boleh tahan sehingga 60 hari tau. Bukan sekadar kereta, ruang tamu, almari baju, tandas dapur dan sebagainya pun wangi dengan AFY HANIFF.


Ini adalah sebahagian daripada product AFY HANIFF. Terdapat banyak product AFY HANIFF yang takkan membuatkan korang lupa sebab semua product AFY HANIFF mempunyai wangi yang sangat sedap dan menyegarkan tau. Kaella selalu cuba pewangi botol sahaja yang lainnya belum cuba, tapi selalu jugak hidu bau dekat giant kalau dah lalu depan product AFY HANIFF ni sebab bau dia sedap.



Untuk kereta kaella lebih gemar menggunakan Green Apple. Bau sedap sebijik macam bau Apple, tapi jangan nak gigit kerusi kereta pulak lepas ni sebab nak rasa Apple tu hihi

Cara guna Afy Haniff D'menC Air Freshener :

1) Buka penutup botol
2) Tanggalkan penyumbat di dalam botol
3) Tutup semula penutup dan terbalikkan botol seketika
4) Gantung atau letakkan di permukaan yang sesuai

Mana nak cari product AFY HANIFF ? 

Jangan risau sebab product AFY HANIFF senang didapati di Giant, Survey, Tesco. Jadi jangan nak pening kepala kata susah cari product ni. Dengan harga mampu milik korang pasti dapat memiliki wangian yang korang suka. Korang yang minat dengan bau segar, harum,wangi semerbak boleh try product AFY HANIFF ni. Kalau dah beli komfem tak menyesal punya.

Post a Comment

0 Comments