September 2018 - kaellaaaa's

Saturday, September 29, 2018

AFY HANIFF D’MENC AIR FRESHENER

10:17:00 AM 0
AFY HANIFF D’MENC AIR FRESHENER

Assalammualaikum..

AFY HANIFF D'MENC AIR FRESHENER | Kaella part nak menyegarkan kereta kena pilih bau yang sesuai dengan hidung, sebab kadang-kadang ada pewangi kereta yang buat kita pening nak mutah dibuatnya kalau nak hidu. Lagi-lagi bab bau yang menusuk hingga ke lubang hidung yang paling dalam. 

Kaella suka dengan bau AFY HANIFF D'MENC AIR FRESHENER sebab tak buat pening kepala pun bila terhidu dan buat kereta bau segar sepanjang hari. Kecik comel loteh je botol tapi kecil-kecil cili api, sebab pewangi botol kecik ni boleh tahan sehingga 60 hari tau. Bukan sekadar kereta, ruang tamu, almari baju, tandas dapur dan sebagainya pun wangi dengan AFY HANIFF.


Ini adalah sebahagian daripada product AFY HANIFF. Terdapat banyak product AFY HANIFF yang takkan membuatkan korang lupa sebab semua product AFY HANIFF mempunyai wangi yang sangat sedap dan menyegarkan tau. Kaella selalu cuba pewangi botol sahaja yang lainnya belum cuba, tapi selalu jugak hidu bau dekat giant kalau dah lalu depan product AFY HANIFF ni sebab bau dia sedap.



Untuk kereta kaella lebih gemar menggunakan Green Apple. Bau sedap sebijik macam bau Apple, tapi jangan nak gigit kerusi kereta pulak lepas ni sebab nak rasa Apple tu hihi

Cara guna Afy Haniff D'menC Air Freshener :

1) Buka penutup botol
2) Tanggalkan penyumbat di dalam botol
3) Tutup semula penutup dan terbalikkan botol seketika
4) Gantung atau letakkan di permukaan yang sesuai

Mana nak cari product AFY HANIFF ? 

Jangan risau sebab product AFY HANIFF senang didapati di Giant, Survey, Tesco. Jadi jangan nak pening kepala kata susah cari product ni. Dengan harga mampu milik korang pasti dapat memiliki wangian yang korang suka. Korang yang minat dengan bau segar, harum,wangi semerbak boleh try product AFY HANIFF ni. Kalau dah beli komfem tak menyesal punya.

Wednesday, September 26, 2018

Berjaya pasangkan AdSense di tengah posting

1:05:00 PM 0
Berjaya pasangkan AdSense di tengah posting


Assalammualaikum...

Berjaya pasangkan AdSense di tengah posting | tadi saja blogwalking dekat blog orang, lepas lama blogwalking terbaca pula satu post berkenaan dengan Adsense. Habis baca kaella teringat pula dengan Adsense kaella yang lama tak jenguk dek kerana kesibukan kerja, bila lama tatap dekat nilai income yang kaella dapat sepanjang berblog ni kaella terfikir jalan macam mana cara nak naikkan income sekurang-kurangnya dalam seminggu adalah peningkatan, lama juga tau renung dekat nilai income tu, sebab sayang rasanya apply Adsense tapi tak gunakan kesempatan yang dah diberi ni.

Kaella pun ada terbaca satu post dari blog Sayidah Napisah tentang cara memasang iklan adsense di tengah artikel kaella pun tertarik memandangkan posting Adsense kaella hanya ada pada bawah header dan footer saja. Kaella pun dah mood tengah rajin cuba la jugak sikit-sikit tekan HTML code biar pun sebenarnya lama sangat tak main dengan HTML code ni.

Kaella cuba dengan cara sayidah tapi agaknya tak sesuai dengan template blog kaella sebab dah try semua cara macam mana sayidah ajar tapi semua tak jadi " memang sah tak ngam dengan template blog kaella" jadi kaella cuba pula dengan cara dari satu blog ni ( strukturkode.blogspot.com ) cara meletakan iklan adsense di tengah artikel postingan dan Alhamdulillah menjadi juga penambahan AdSense di tengah posting kaella, sebab lama dah cuba buat tapi asyik tak jadi je.


ini pun nak dua kali juga cuba buat ni, try and error orang kata. Tapi kali ni bernasib baik sikit sebab menjadi juga akhirnya. Mula-mula tu memang loading sebab iklan tak keluar tapi cuba tenangkan hati " oh, kata tunggu dua atau lima minit. sabar, sabar " bila cek balik timbul juga iklan Adsense dekat tengah posting. Alhamdulillah.

korang yang belum try and error iklan adsense ni boleh la gatal-gatal tangan dekat HTML code tapi sebelum edit pastikan ye korang save dulu HTML code yang lama takut menangis kang dah takde makne dah.

semoga berjaya untuk yang tengah mencuba!

Saturday, September 22, 2018

MALAYSIA DAY COLOUR RUN

9:10:00 PM 0
MALAYSIA DAY COLOUR RUN

Assalammualaikum..

MALAYSIA DAY COLOUR RUN | okey, kali ni kaella tertarik pula nak join RUN yang di anjurkan oleh POSTGRADUATE STUDENT ASSOCIATION (PSA) dan COLLABORATION WITH UMS  ni. Sekali sekala ikut lari best juga, last week baru habis hiking jadi rasanya takda masalah nak join run walau tak training sekalipun hihi ( acah kaki kuat padahal naik tangga jer dah bising sakit betis )



Yuran RUN kalini nampak lebih murah dari yang kaella pernah join sebelum ni. Alhamdulillah kali ini kebetulan pula dapat Early Bird ( first 100 ) jadi kaella dengan kawan kaella bayar RM20 sahaja.


Jarak cuma 5KM. Semput juga lari naik turun bukit, harapnya berat pipi lepas ni dah kurang. 

BEFORE RUN
AFTER RUN
The best things is cabutan bertuah dia semua hasil daripada UMS sendiri, antaranya sayur-sayuran, telur, beras, ayam dan cabutan bertuah yang paling menarik adalah ikan yellow fin tuna seberat 2kg. Sayangnya no kaella tak bertuah sangat hari ini jadi bawa pulang peluh je hihi



nampak tak betapa ramainya yang join, apa tak bertuah no macamni huhu sedih tak menang ikan tuna

p/s sorry for the bad background. antam jer sebab semua berebut nak ambik gambar 

Monday, September 10, 2018

Segmen Bloglist September - Disember 2018

11:38:00 AM 0
Segmen Bloglist September - Disember 2018

Assalammualaikum..

Lama rasanya kaella tak join segmen bloglist ni, memandangkan kaella free tengah cuti sekolah bolehlah layan blog sikit, tapi bila dah kerja alahai nak buka laptop pun tak daya hehe

By The Way jom ramai-ramai join segmen  Syamimi Saad ni. Syaratnya sangat simple. Jom join !