Lok Kawi Wildlife Park Kota Kinabalu - kaellaaaa's

Wednesday, August 15, 2018

Lok Kawi Wildlife Park Kota Kinabalu


Assalammualaikum...

lupa nak bagi tahu kaella ada buat part time kerja dekat tadika jadi kalau nak kaella ajar anak-anak bolehlah hantar. ok tak kaella memain jer.

nak di jadikan cerita anak-anak dekat tadika ni nak sangat tengok haiwan dekat zoo jadi kaella pun ambiklah satu tarikh bawa anak-anak ni pergi Zoo.

kitaorang target jalan jam 8:00 pagi tapi apakan daya janji melayu selalu lewat biarpun sedikit. kena tunggu semua anak-anak sampai sekolah baru kitaorang boleh gerak. Akhirnya anak-anak tiba di sekolah lebih kurang 8:10 pagi tengok semua dah tak sabar nak tengok haiwan, sebabnya dah nak dekat seminggu asyik borak tentang haiwan je. Jam 8:30 A.M rombongan sekolah dah mula jalan, dari pagi hingga ke bas la anak-anak asyik borak haiwan, tak sabar sangat dah tu, dekat bas meriah sangat anak-anak borak nak tengok itu nak tengok ini alahaii cikgu layankan jer.


tak sangka perjalanan kami ke Lok Kawi Wildlife berjalan lancar tanpa ada halangan. Alhamdulillah dimudahkan perjalanan kami dan tak sangka lagi rombongan sekolah sampai lebih awal dari yang di jangka, anak-anak excited sampai pakcik driver pun excited nak sampai cepat. Kitaorang sampai lebih kurang jam 9 A.M tapi Lok Kawi wildlife ni buka lebih kurang jam 9:30 A.M jadi maknanya rombongan sekolah sampai awal setengah jam. ni semua penangan anak-anak lah ni excited sangat.

Yuran kemasukan yang di kenakan sebanyak RM10 untuk MALAYSIAN RM5 untuk kanak-kanak dan RM20 untuk NON-MALAYSIAN. Memandangkan rombongan sekolah ni jadi kitaorang dapat free kemasukan ke Zoo Lok Kawi. Alhamdulillah. ( save budget cikgu )


Lepas dah urus anak-anak semua kitaorang pun dengar taklimat serba sedikit tentang peraturan di Zoo Lok Kawi kemudian baru bermula perjalanan tengok haiwan. Anak-anak jangan cakap excited giler sebabnye dah seminggu lebih asyik borak tentang haiwan jadi kali ni hah tengok puas-puas haiwan yang korang borak tu ye.


hahh masa ni best sangat tengok pertunjukan haiwan. Kalau nak ke Zoo Lok Kawi kena save the time la ye sebab nye jam 11;15 A.M dan jam 2 P.M akan ada pertunjukan haiwan. Pastinya menarik hati semua. part paling best bab ular sebab akhir pertunjukan tu hah bolehlah nak pegang ular kalau rasa nak ambik gambar sambil pegang ular huhu kaella mampu tengok dari jauh je kalau nak pegang apa semua alahai takde keberanian lagi.









Alhamdulillah. semua berjalan dengan lancar. Anak-anak pun Alhamdulillah takde masalah. Selamat pergi dan selamat pulang.


rugi tau tak pergi.

sebarang pertanyaan boleh hubungi :
LOK KAWI WILDLIFE PARK KOTA KINABALU 
+60 88-765 793
+60 88-765 710
+60 88-765 762