August 2018 - kaellaaaa's

Friday, August 31, 2018

Taman Buaya ( Crocodile Farm ) Tuaran, Sabah

12:05:00 AM 0
Taman Buaya ( Crocodile Farm ) Tuaran, Sabah

Assalammualaikum...

Sekali sekala jalan tengok apa yang ada dekat Kota Kinabalu pun best jugak. Orang kata kena round habis dulu tempat kelahiran baru jelajah di seberang. Rupanya banyak tempat lagi kaella belum jelajah dekat Sabah ni biarpun dah nak 20 tahun tinggal dekat Sabah.

Kalini kaella terjah pulak Taman Buaya ( Crocodile farm ) yang bertempat di Tuaran, Sabah. Kaella sebenarnya excited banyak sebab memang jarang nak nampak buaya ni, lagi-lagi buaya besar ni, kalau nampak pun mungkin dalam jarak jauh tapi ni tak dah boleh tengok dekat jarak yang dekat. ( wooooooooooww )


Untuk harga kemasukan dikenakan ;
  • DEWASA ( RM30 )
  • KANAK-KANAK ( RM20)
  • DEWASA YANG MEMILIKI IC (RM16) LOCAL
  • KANAK-KANAK YANG ADA MYKID 4 HINGGA 12 TAHUN (RM8) LOCAL
  •  FREE UNTUK KANAK-KANAK DI BAWAH 4 TAHUN
Waktu beroperasi  / Harga Tiket Masuk Ke Taman Buaya Tuaran  

> Setiap hari 8:30am - 5:30pm
> Crocodile Show Time   

  • Isnin hingga Sabtu 11:00am/ 3:00 pm
  • Ahad & cuti umum 11:00 am/ 1:00pm/ 3:00pm 
  • Crocodile Feeding Time    : setiap 11:30am/ 01:00pm/ 03:30pm/ 04:30pm
  • Animal Feeding    : setiap hari Arapaima (10:30am), Monyet (11:45am/03:45pm),
  • Crocodile Talk : setiap hari 10:00am/ 02:00pm
Banyak lagi gambar buaya besar tapi tak mampu nak edit satu-satu hehe 

Taman Buaya di Tuaran merupakan salah satu ladang buaya terbesar di Sabah, menampung lebih daripada 1,000 buaya dan menjadi tarikan pengunjung tempatan dan asing (pelancong) yang ditubuhkan sejak Februari 2005 di sebuah kawasan tanah seluas 7 ekar bersebelahan dengan Lebuh Raya Sulaman, Tuaran. 


Di Taman Buaya juga ada menjual barang kraftangan berkaitan buaya, pertunjukan buaya dan banyak lagi. Sayangnya kami sampai lewat pada masa ni jadi tak sempat nak tengok pertunjukan buaya. Tapi still puas hati dapat tengok buaya beso-beso begaduh dalam air hehe 

Tamannya pun cantik tau, sempat jugak kitaorang photoshoot sikit gambar. 






artis gambar kakak saya dan adik saya. jurugambar takde gambar sebab semua gambar yang kena ambik buruk huhuhu ( nangis tepi katil )

Maklumat Perhubungan Taman Buaya Tuaran
   
Farm
a.  +60 088 793377 (0ffice)
b.  +6 088 793623 (Fax)

Admin (Alamesra)
a. +6 088 448622 (Office)
b. +6 088 448623 (Fax)

Lain-lain
a.  +6 019 8338336, +6 0128861021 (Sabah based)
b. +6 012 3188135 (Kuala Lumpur based)

Email   : weeyingchai@yahoo.com
            
credit to www.travelsabah.my



Friday, August 24, 2018

My wish list checked ✔

9:25:00 PM 1
My wish list checked ✔

Assalammualaikum..

Alhamdulillah untuk setiap rezeki yang kita dapat. Kaella pernah cerita dulu dekat blog kaella yang kaella ada WISH LIST  such as 


First of all, 
Wish list nak duit banyak tu Alhamdulillah untuk setiap rezeki yang kaella ada kaella kena bersyukur.

Second, 
Nak ada lesen memandu sendiri dan Alhamdulillah dengan usaha nak kumpul duit sendiri sambil-sambil ambik lesen pun dah tercapai. AKHIRNYA AKU LULUS TEST JPJ  )

Third, 
Nak ada camera SONY RX100 MARK III . memandangkan kaella dah fikir masak-masak dan compare dengan yang lain, jadi kaella tukar kepada camera CANON EOS M10 dan Alhamdulillah wish list ketiga tercapai eventho tak dapat camera yang kaella wish dulu. Tapi so far this camera is so good. I LOVE IT! 

Cuma nak bagitahu, kena sentiasa bersyukur dengan rezeki yang kita dapat. Kena sentiasa berfikiran positive dan jangan pernah salahkan takdir dengan rezeki yang kita dapat dengan jalan hidup kita, sebab kita tak sedar di sebalik kehidupan yang perit ada rezeki yang terselit cuma kita tidak sedar kerana terlalu mengejar rezeki yang kita nak. 


Monday, August 20, 2018

Fobancort ointment

11:25:00 PM 0
Fobancort ointment


Assalammualaikum..

kaella dari kecik ada masalah kering kulit kaki dan cepat luka. Sebelum kaki mula luka kaella ada hiking setelah sekian lama rasanya tak memandang keidahan alam semestar. Memandangkan tempat yang kaella hike kalini lebih tertumpu kepada sungai dan air terjun jadi tak sah kalau kaki tak kena dekat air. Sekejap masuk air sekejap dekat tanah. 

kaki kaella lebih kurang macamni bila dah makan makanan alah 
Lepas jer hiking kaki kaella dah mula rasa pedas, dalam hati alahh takde apanya ni. Sampai rumah bersihkan diri baru sedar kaki dah luka. ( tepuk dahi sendiri ) ubat dah memang habis so tak boleh nak buat apa. yang ada ubat dari hospital jer. kaella bukan tak percayakan hospital tapi kadang berkali-kali pergi hospital dapat ubat yang sama bila dah sapu still takde apa yang jadi. Jadi bagi kaella, kaella lagi prefer guna ubat dekat klinik atau beli dekat pharmacy. 

Krim Fobancort digunakan untuk jangkitan kulit, dermatitis dan bintik-bintik yang terkena, jangkitan kulit, keradangan kronik, luka terkena dan kegilaan, impetigo, tindak balas autoimun, jangkitan kulit bakteria dan lain-lain keadaan. Krim Fobancort juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan dalam panduan ubat ini.
Krim Fobancort mengandungi Betamethasone Dipropionate dan Asam Fusidic sebagai bahan aktif.
Krim Fobancort berfungsi dengan menggalakkan sintesis protein anti-radang tertentu; menghalang sintesis perantara radang tertentu; menghalang pengeluaran protein yang diperlukan untuk pertumbuhan bakteria;
Hoe Pharma mengeluarkan Krim Fobancort.
Maklumat terperinci yang berkaitan dengan penggunaan, komposisi, dos, kesan sampingan dan ulasan Fobancort Cream disenaraikan di bawah.

disarankan guna ubat ni sebab kaki dah luka masa tu
RM11.75

Penggunaan Krim Fobancort

Krim Fobancort digunakan untuk rawatan, kawalan, pencegahan, & peningkatan penyakit, keadaan dan gejala berikut:
  • Jangkitan kulit
  • Dermatitis dan bintik-bintik yang dijangkiti
  • Jangkitan kulit
  • Keradangan kronik
  • Pemotongan dan keganasan yang dijangkiti
  • Impetigo
  • Reaksi autoimun
  • Jangkitan kulit bakteria

kaella ingat mula-mula tu memang nak beli ubat yang kaella selalu guna tapi bila pergi pharmacy dia sarankan guna ubat ni, kaella memula memang tak berani nak guna ubat lain tapi takpe try jelah mana tahu mujarab, hehe 

so far so good. Alhamdulillah 4 hari kaella guna ubat ni kaki dah mula membaik, luka dah kurang dan bekas kulit semakin baik seperti yang asal. Kecil tapi berbaloi untuk kesihatan. Lepasni senang sikitlah kalau kaki luka lagi dah tahu ubat apa yang sesuai hehe 







Sunday, August 19, 2018

Review BIG BROTHER (2018)

10:05:00 PM 0
Review BIG BROTHER (2018)

SYNOPSIS 

He has just started work as a high school teacher but Henry Chen is already facing a crisis: his school might be scuttled by the government. The battle-hardened veteran and his students, the combative Jack, ADHD Bruce, video-game fanatic Chris, tomboy Gladys and Indian-Pakistani Gordon, are now trying to defend the school from being disqualified. Even though his students are poorly-qualified in both conduct and academic performance, Henry tries his best to help them, even resorting to unconventional teaching methods to smooth any problem they face.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Beliau baru saja mula bekerja sebagai guru sekolah menengah tetapi Henry Chen sudah menghadapi krisis: sekolahnya mungkin dipecahkan oleh kerajaan. Veteran yang bertempur dan pelajarnya, Jack penyerang, ADHD Bruce, fanatik permainan video Chris, tomboy Gladys dan Indian-Pakistani Gordon, kini cuba mempertahankan sekolah daripada dibatalkan. Walaupun pelajarnya tidak berkelayakan baik dalam prestasi dan prestasi akademik, Henry berusaha sebaik mungkin untuk membantu mereka, walaupun menggunakan kaedah pengajaran yang tidak konvensional untuk melicinkan masalah yang mereka hadapi.
Director : Kan Jia Wei
Cast : Donnie Yen Ray Lui Chen Kang Yu
Release Date : 16 august 2018

RATE 10/10

Reason : tak tahu dari mana minat gila movie fight ni. Dari dulu lagi memang minat movie fight mungkin sebab tu tak berapa minat dengan filem cinta cintun tv3. suka gila dengan jalan cerita movie ni sebab takda kaitan dengan cinta-cinta ( i means love with a woman ) lagi-lagi dengan jalan cerita dia tolong anak murid dia sebaik yang dia mampu, sebab itu mendidik bukan benda yang senang, kau kena lalui dahulu baru boleh judge kerja cikgu tu senang atau tidak. Bab kau kena jaga budak paling nakal lagi satu hal, budak gangster lagi dua hal, belum lagi bab budak kuat mengadu dekat mak bapak die sampai kau kena tengking dengan ibu bapa walhal salah anak tapi nak juga menangkan anak dia. cerita ni juga menceritakan betapa penting hubungan ibu bapa dengan anak, sebab ibu bapa adalah cerminan untuk anak-anak. Baik buruk ibu bapa jika di tunjukkan di hadapan anak-anak begitulah anak-anak contohi ibu bapa mereka, sebab tu depan anak-anak tunjukkan benda baik kalau boleh jauhi benda buruk kita tunjuk dekat anak-anak. ( aku cakap act macam mak-mak pulak ) hehehehe korang kena tengok tau sebab saya tengok sampai nangis. nampak tak citer dia ni touching giler hehe

Wednesday, August 15, 2018

Lok Kawi Wildlife Park Kota Kinabalu

9:40:00 AM 0
Lok Kawi Wildlife Park Kota Kinabalu

Assalammualaikum...

lupa nak bagi tahu kaella ada buat part time kerja dekat tadika jadi kalau nak kaella ajar anak-anak bolehlah hantar. ok tak kaella memain jer.

nak di jadikan cerita anak-anak dekat tadika ni nak sangat tengok haiwan dekat zoo jadi kaella pun ambiklah satu tarikh bawa anak-anak ni pergi Zoo.

kitaorang target jalan jam 8:00 pagi tapi apakan daya janji melayu selalu lewat biarpun sedikit. kena tunggu semua anak-anak sampai sekolah baru kitaorang boleh gerak. Akhirnya anak-anak tiba di sekolah lebih kurang 8:10 pagi tengok semua dah tak sabar nak tengok haiwan, sebabnya dah nak dekat seminggu asyik borak tentang haiwan je. Jam 8:30 A.M rombongan sekolah dah mula jalan, dari pagi hingga ke bas la anak-anak asyik borak haiwan, tak sabar sangat dah tu, dekat bas meriah sangat anak-anak borak nak tengok itu nak tengok ini alahaii cikgu layankan jer.


tak sangka perjalanan kami ke Lok Kawi Wildlife berjalan lancar tanpa ada halangan. Alhamdulillah dimudahkan perjalanan kami dan tak sangka lagi rombongan sekolah sampai lebih awal dari yang di jangka, anak-anak excited sampai pakcik driver pun excited nak sampai cepat. Kitaorang sampai lebih kurang jam 9 A.M tapi Lok Kawi wildlife ni buka lebih kurang jam 9:30 A.M jadi maknanya rombongan sekolah sampai awal setengah jam. ni semua penangan anak-anak lah ni excited sangat.

Yuran kemasukan yang di kenakan sebanyak RM10 untuk MALAYSIAN RM5 untuk kanak-kanak dan RM20 untuk NON-MALAYSIAN. Memandangkan rombongan sekolah ni jadi kitaorang dapat free kemasukan ke Zoo Lok Kawi. Alhamdulillah. ( save budget cikgu )


Lepas dah urus anak-anak semua kitaorang pun dengar taklimat serba sedikit tentang peraturan di Zoo Lok Kawi kemudian baru bermula perjalanan tengok haiwan. Anak-anak jangan cakap excited giler sebabnye dah seminggu lebih asyik borak tentang haiwan jadi kali ni hah tengok puas-puas haiwan yang korang borak tu ye.


hahh masa ni best sangat tengok pertunjukan haiwan. Kalau nak ke Zoo Lok Kawi kena save the time la ye sebab nye jam 11;15 A.M dan jam 2 P.M akan ada pertunjukan haiwan. Pastinya menarik hati semua. part paling best bab ular sebab akhir pertunjukan tu hah bolehlah nak pegang ular kalau rasa nak ambik gambar sambil pegang ular huhu kaella mampu tengok dari jauh je kalau nak pegang apa semua alahai takde keberanian lagi.









Alhamdulillah. semua berjalan dengan lancar. Anak-anak pun Alhamdulillah takde masalah. Selamat pergi dan selamat pulang.


rugi tau tak pergi.

sebarang pertanyaan boleh hubungi :
LOK KAWI WILDLIFE PARK KOTA KINABALU 
+60 88-765 793
+60 88-765 710
+60 88-765 762
 

Wednesday, August 8, 2018

Hilang !

9:32:00 PM 0
Hilang !



Assalammualaikum, apa khabar ? rasa lama tak bersua dengan para blogger. Tapi kali ni kaella bukan nak cerita tentang movie pulang pulak ye, kaella nak mengadu hilang dari blog dah dekat dua bulan dah, blog pun sunyi sepi *nangis tepi katil*

Akhir-akhir ni kaella macam busy semacam, sampaikan nak hadap laptop pun takde masa, ini kan pula nak blogwalking. Dalam hati selalu rindu nak menulis, nak membawang dekat blog, tapi apakan daya masa terlalu mencemburui diri ini. Lepas Hari Raya terus senyap jer bukan apa, jadual kerja dengan jadual diri sendiri sangat pack sampai nak belah dua badan tapi sayangnye badan ada satu je hehe

Jadi ? harap semua sihat dan sentiasa semakin rajin, jangan nak malas macam kaella ye ?

So, say HI sikit dekat comment . ada tak yang rindu dengan kaella ?