SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI - kaellaaaa's

Saturday, June 16, 2018

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Assalammualaikum...

Alhamdulillah, kali ini masih diberi kesempatan sekali lagi untuk bertemu dengan BULAN SYAWAL, semoga panjang umur dan bertemu lagi dengan RAMADHAN di tahun hadapan.

saya dengan ini memohon sepuluh jari memohon kemaafan kepada sesiapa yang mengenali diri ini. Memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki, mohon maaf andai ada terkasar bahasa tersasul kata. Kita ini hanya manusia biasa, tak lari dari melakukan kesilapan. Semoga apa yang jadi di hari lalu boleh di jadikan iktibar bersama.

Sebelum kaella nak kena tanya soalan yang tiap tahun "makcik bawang" akan tanya so better kaella jawab dulu, ye kaella masih lagi team beraya bujang, belum sampai seru lagi untuk beraya berdua, ini kan pula nak beraya bertiga ( auuuchhh ) insyaAllah kalau dah di izinkan Allah kaella akan beraya berdua ( doakan semoga jodoh kaella jumpa jalan tau hehe ) untuk jodoh kaella jangan nak sesat lama-lama ya ? hihi

Tapi lainnya raya bujang kali ini duit semakin kurang bukannya semakin banyak hehe rasa dah tua sangat bila dah mula bagi duit raya dekat anak buah, kalau sorang dua takpa. Tapi tak apa, i enjoy it. Disebabkan kaella dah berapa tahun dah kerja so tak salah rasanya nak berbagi rezeki sedikit, bukan dekat siapa pun kan ? dekat anak buah sendiri juga ni hehe Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah beri.

Tapi raya ni raya juga tau, jangan lupa pula nak jaga kesihatan. Makan tu makan juga na jangan lupa perut tu tak mampu nak terima banyak jenis makanan dan yang paling penting jangan nak makan banyak tau nanti berat naik mendadak kita yang nangis.

#TEAMRAYAPINK #TEAMRAYASINGLE #TEAMRAYASABAH

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN O-O YE ?