Berbuka Puasa Di Kak Kiah Cake House - kaellaaaa's

Thursday, June 7, 2018

Berbuka Puasa Di Kak Kiah Cake House


Assalammualaikum..

Alhamdulillah. Bila dah duduk dekat rumah bujang ni memang malas tu lahai tak boleh nak di kalahkan tau. Kena lagi bila dah berkumpul dengan geng yang satu kepala "gila" dengan kita hehe. so kali ini ada rezeki lebih nak berbuka dekat luar, selalu berbuka beli dekat bazaar, tak ape la kan sekali sekala berbuka dekat kedai hehe

Kalini berbuka dekat KAK KIAH CAKE HOUSE dekat Kingfisher. Kedai ni kalau nak dicerita memang masakan sedap, jangan sangka cake house takde makanan nasi dan mee tau, ada jugak. kedai ni lebih kurang sama dengan Secret Recipe, cumanya ini kedai kecik yang baru nak membesar ( semoga murah rezeki kedai kak kiah ni )

1. minuman ; 

Terliur tak ? kaella dah tengok awal pagi dah la puasa lahai macam nak order semua. tapi bulan puasa. Nanti tak pasal-pasal membazir pula masa bulan puasa ni hehe bila dah habis cuci mata akhirnya kaella order MILO HAUS sebab tekak dah haus dah dan air MANGGO LASSI

2. Makanan : 
 
Masa kenyang ni tengok gambar cemni rasa lapar lagi tau, alahai perut. Tapi kaella order CHICKEN AGLIO OLIO, SPICY BUTTER CHICKEN, SPAGHETI BOLOGNESE dan BLACKPAPER MEATBALL. 

3.Dessert :
Kaella masa ni order churros tapi patah hati sebab masa kitaorang makan dekat Kak Kiah churros takde la pula. Tapi disebabkan taknak patah hati so kaella order NUTELLA PIE 


Last but not least 


hah yang ni advance punya, sebab kawan kaella yang order. ( saranghae my fellas ) 

Bagi yang nak booking atau nak tempah kek atau nak makan makanan kak kiah tapi malas nak jalan jangan risau ye, sebab ni zaman moden semua boleh buat hanya di hujung jari.

klik untuk pertanyaan lebih lanjut
atau boleh terus call tanpa segan silu dekat kedai KAK KIAH yang berdekatan dengan anda. 

selamat menjamu selera!