Kuching Sarawak Bumi Kenyalang - kaellaaaa's

Advertisement

Kuching Sarawak Bumi Kenyalang


Kuching Sarawak Bumi Kenyalang | Assalammualaikum. Alhamdulillah masih diberi kesempatan bertemu lagi. kaella dah cuba nak rajinkan diri blogging tapi kerja harian tak mengizinkan untuk blogging ( jeles lettew )

Harini nak cerita sikit percutian ke Sarawak. Macam mana boleh sampai Sarawak tu yang tak tahu, actually kitaorang tak plan pun sebenarnya nak pergi Sarawak ni tapi tak tahu macam mana ntah boleh jalan juga pergi Sarawak.

Sebabkan tarikh saya dengan kawan saya pergi sini masa kerja so kitaorang terpaksa beli tiket malam punye. Sampai Sarawak lebih kurang jam 9 lebih dan sampai dekat hotel pulak dalam jam 10 macam tu lah. So dah sampai hotel kitaorang letak barang  dekat bilik then sambung jalan dekat luar, saja nak ambik angin malam, beside kitaorang tengah lapar masa tu, hah tu la kene jugak keluar nak cari makan. Hehe

The next day,

Pagi tu kitaorang bangun lambat sikit sebabkan penat kerja di tambah dengan cuaca bilik yang boleh buat kitaorag tidur tak ingat dah ada dekat negeri orang hehe. Pagi tu kitaorang jalan pergi seberang laut, nak beli kek lapis. Sebab orang kata tak sah tak beli kek lapis Sarawak kalau pergi Sarawak ni.. untuk pengangkutan nak pergi kampung seberang ni boleh naik bot. masa kitaorang pergi tu cuaca agak panas dekat atas kepala tapi nasib baik bot yang kitaorang naik tu ada atap, so takdelah nak kena panas. Boleh relax duduk dekat bot sambil hirup udara yang segar.


Sampai dekat MIRA CAKE HOUSE boleh rambang mata nak pilih kek mana satu yang nak kene beli, yang best dekat kedai ni, siap boleh rasa mana satu kek yang kita nak beli,boleh makan dan rasa. Kalau berkenan di hati bolehlah beli dengan senang hati, harga pun agak murah berbanding dengan harga yang dah di bawa masuk ke Sabah. So memang berbaloi wehehe


Dah puas hati beli kek kita sambung beli IKAN TERUBOK MASIN SARAWAK. orang kata tak beli ikan ni rasanya tak puas hati, tapi kitaorang beli pun sebab mak kirim kata nak makan ikan terubok ni hehe lokasi pun tak jauh sangat, ada jer dekat sebelah kedai mira cake house ni


Habis jer round beli cake beli ikan masin kitaorang pegi dekat UPSIDE DOWN HOUSE KUCHING. Hah dekat sini yang bestnyer part nak ambik gambar jer sebab dah namanya upside down memang tempat pun tunggang tebalik la namanya kan ? hehe kalau tak tahu nak posing macam mane ? hah jangan risau sebab nanti pekerja dia akan ajar korang macam mana cara nak posing dengan betul di setiap sudut rumah. Hehe



Hari dah nak petang kitaorang sambung lagi jalan dekat AEON MALL SARAWAK ( if  I’m not mistake ) mall ni baru je bukak sebenarnye. So kitaorang jalan-jalan jer cari makan lepastu cuci mata hehe






The night day,

Kitaorang pergi jalan-jalan cari makan dekat waterfront. Memandangkan hotel kitaorang tak jauh dari waterfront ni so kita ambik jalan terbaik dengan pergi waterfront jalan kaki je, beside rugi la kalau tak nikmati pemandangan malam hari di Sarawak, lagi-lagi dekat tempat yang banyak lampu warna warni. The best dekat waterfront ni, orang ramai dan yang menariknye sepanjang perjalanan ade jer busking yang buat persembahan. Bukan setakat busking je siap ada orang menari lagi tau. The best part kalau tengah malam kitaorang suka jalan dekat JAMBATAN DARUL HANA. Rugi kalau tak naik jambatan ni dan jalan sampai ke hujung jambatan, kalau nak rasa gegar badan boleh berdiri tengah-tengah jambatan  tu, and korang akan rasa macam mana rasanya kalau kapal duk tengah laut bila ombak tengah kuat. Sambil jalan tu bolehlah nikmati permandangan malam di bumi Sarawak.
Dah penat jalan dekat jambatan kitaorang sambung jalan cari makan pulak. Dah siap makan tu kitaorang pun balik bilik dan terus tido. Balik hotel pun dah nak tengah malam, kaki pun lenguh sebabnya asyik jalan sana sini non stop weheehe    
muka terlebih cahaya ni tak tahulah kenapa
permandangan dari atas jambatan

Post a Comment

0 Comments