Cuti Malaysia ke Singapore - kaellaaaa's

Advertisement

Cuti Malaysia ke Singapore

Assalammualaikum...

Apa yang harus kita buat kalau kita mendapat bonus 3 bulan? Kalau aku, aku gunakan untuk pergi
bercuti kerana kita dah kerja pagi petang dan berpenat membuat kerja. Apa bila dah dapat gaji dan
bonus. Aku apa lagi, terus buat plan untuk pergi bercuti dengan officemate aku. Plan ini aku dah
buat awal 3 minggu kerana aku dah tau yang kami akan bakal dapat bonus jadi, kami terus plan
nak pergi bercuti ke mana. Aku cadangkan pergi ke Singapura, walaupun dekat, just seberang tambak
johor sahaja tetapi aku tak pernah pergi ke Singapura lagi seumur hidup aku. Kamal, officemate aku
pun setuju juga dengan cadangan aku ni. Kami bercuti 3 hari 2 malam ja. Kami tak boleh cuti
lama-lama kerana banyak kerja akan tertangguh nanti. Jadi, kami decide just pergi ke Singapura.
Si Kamal dia cari tempat-tempat yang menarik terdapat di Singapura. Tugas aku pula adalah untuk
mencari tiket flight, mencari tempat untuk bermalam dan kira bajet perjalanan kami.

Aku mencari tiket flight dan book tempat penginapan kami di Traveloka kerana di Traveloka,
kita dapat mencari apa sahaja yang kita mahukan berkenaan dengan flight dan tempat tinggal sahaja.
Di Traveloka, aku mendapat diskaun semasa aku membeli tiket flight dan juga booked tempat
bermalam di Singapura. Traveloka akan membantu kita untuk mencari tiket penerbangan PROMO
dengan harga yang paling cepat dan mudah. Traveloka menawarkan tiket penerbangan murah kepada
sepuluh ribu laluan dan kita akan mendapat harga terendah setiap hari. Jadi, Traveloka memberi
aku dan Kamal untuk fly Kuala Lumpur to Singapore tanpa fikir pasal duit. Tersangat la mudah dan cepat. Memandangkan kami dari Kedah, aku pun cari bas
dari Kedah ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Harga tiket dari Kedah ke TBS dalam RM50.00
seorang. RM 100.00 di situ untuk kami berdua. Aku dapat tahu yang kami boleh naik bas dari
TBS ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dengan harga RM 11.00 sahaja. Kenapa kami
tak naik di Kedah atau Penang? Ini kerana kalau naik dari Kedah, harga tiket flight akan menjadi
2 kali ganda dan kami terpaksa transit dulu. Penang pula sama macam di Kedah iaitu harga tiket
flight lagi mahal. Bajet harga yang aku buat iaitu naik bas dari Kedah ke TBS, selepas itu,
dari TBS ke KLIA dan dengan harga tiket flight adalah lagi murah berbanding kalau aku naik
dari Kedah atau Penang untuk ke Singapura. Kami naik bas dari Kedah pada pukul 11 malam dan
sampai di TBS dalam pukul 4 5 pagi. Driver bas memang bawa laju kerana takda kereta sangat di atas
lebuhraya. Sampai sahaja di TBS, kami terus naik bas yang ke KLIA pada pukul 6 pagi kerana flight
kami ke Singapura pada pukul 9.30 pagi. Perkhidmatan bas yang dari TBS ke KLIA itu dipanggil
Jetbus. Perjalanan dari TBS ke KLIA mengambil masa dalam 1 jam 15 minit. Setelah sampai di KLIA,
kami terus pergi ke gate kami dulu supaya nanti tak kelam-kabut. Semasa menunggu untuk boarding,
kami pergi refreshing up diri kami dulu, makan breakfast juga dan membeli keperluan yang kami tak
semapt nak beli di Kedah. Pukul 8.45 pagi, kami boarding dan berlepas ke Singapura pukul 9.30 pagi.
Flight kami ini mengambil masa dalam 1 jam sahaja.
P/S cepat cepat tau download apps Traveloka kalau nak harga flight dan hotel yang terbaik!


Sebaik sahaja kami tiba di Terminal Changi Singapura. Kami mengguna aplikasi grabcar untuk ke
hotel yang aku booked untuk kami bermalam selama 3 hari 2 malam. Hotel itu adalah
Moni Gallery Hostel. Hostel ini sesuai untuk kami yang mahu tempat yang murah dan senang.
Hostel ini berdekatan dengan MRT station, jadi senang untuk kami nak berjalan. Konsep hostel ini
macam bilik dorm, ada katil 2 tingkat. Dan di situ, kita boleh berjumpa dengan pelbagai orang kerana
hostel itu menajdi tempat tumpuan para pelancong kerana harga yang murah dan berdekatan dengan
tempat-tempat yangmenarik. Singapura adalah negeri bandar yang mempesonakan yang mempunyai
beberapa ikon utama Asia yang terbaik. Ini adalah di mana kita dapat merasa masakan yang terbaik,
kehidupan malam, taman alam, muzium, pusat kesihatan dan pelbagai tempat yang patut ditemui.
Pada hari pertama aku di Singapura, aku ke Gardens by the Bay,
Taman Botani Singapura, Hutan Awan dan SuperTree Grove.


Masjid Sultan Singapore
Di waktu petang, memandu melalui Marina Bay, Promenade Waterfront dan Singapore Flyer untuk
merakam gambar bandar pada waktu malam. Kami mencadangkan kat korang untuk ke kawasan
Masjid Sultan untuk merasa makan murtabak cheese yang terkenal di situ. Bagi aku, murtabak itu,
memang sedap dan besar, 1 keping itu macam makan untuk 4 orang. Tapi aku dan kamal, kami
order 2 keping kerana terlalu lapar sangat. Terdapat lebih banyak bandar raya ini daripada hanya
pusat membeli-belah mewah. Selepas itu, kami berdua meneroka tapak bersejarah seperti
Pavilion Festival Lau Pa Sat, Boat Quay, Fountain of Wealth, Teater Victoria dan Bangunan
Mahkamah Agung Lama. Memang cantik bangunan-bangunan di sana. Kami juga menikmati
makan tengah hari di Pagoda Street. Selain dari tempat itu, kami ingin makan masakan asli
yang famous di Singapore selain dari murtabak cheese seperti Wanton Mee, Ketua Kari Ikan,
Oyster Omelette dan BBQ Sambal Sting Ray.

Aku nak cadangkan kepada korang, korang boleh menghabiskan malam korang di Sentosa yang
menawarkan aktiviti-aktiviti seperti Underwater World, menaiki kereta kabel panorama,
Dolphin Lagoon Show, dan Songs of the Sea. Memang terbaik!

Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan apabila datang bercuti ke Singapura.
Untuk yang datang dengan family, aku cadangkan korang pergi ke Legoland, Universal Studios,
Akuarium Sentosa SEA, KidZania, dan mengambil Safari Malam Singapura yang hebat-pasti
orang-orang muda pasti terpesona! Confirm korang takkan kecewa.

Post a Comment

0 Comments