Sakit Itu Rahmat - kaellaaaa's

Saturday, March 24, 2018

Sakit Itu Rahmat


Assalammualaikum :)

Bila sakit kena banyak ingat Allah, sebab kenapa ? sebab Allah rindu rintihan hati umatnya, Allah rindu.
ما أَنْزَلَ الله دَاءً إلا أَنْزَلَ له شِفَاءً“Tidaklah Allah menurunkan satu penyakit melainkan Allah telah menurunkan untuknya ubat penyembuh,” (HR.Bukhari,no:5354)
Kaella sejenis yang allergic dengan kacang. Rasa macam tak masuk akal kan ? actually dulu masa kecil kaella suka makan kacang tapi pernah sekali kaella makan kacang dalam sehari banyak gila sampai gatal dekat leher then start masa tu kaella dah tak boleh nak makan kacang sampailah umur dah besoq sekarang ni ( nangis tepi katil :'( )

Nak di jadikan cerita kaella makan mee kuah kacang, niat dalam hati "nak rasa jer" bila dah makan sikit "eh sedapnye" then kaella pun makan jelah sampai habis, bila dah habis tu sedar macam takde apa jadi, tekak okey je. tapi 20 minit kemudian hah muncullah batuk-batuk. ingatkan batuk biasa jer tapi makin lama makin menjadi pula batuk ni. Lepas jer batuk-batuk hah mulalah gatal dekat leher, ni memang sah allergic dah naik dah ni, memang allergic dengan kacang ni tak boleh bawa bincang langsung. Tak puas lagi dengan batuk panas badan mula naik,. Lepas itu dari mula dah salahkan si KACANG yang tak bersalah padahal salah sendiri, nak juga makan MEE KUAH KACANG.

Alhamdulillah pagi ini dah okey. Dah siap makan ubat semalam, nasib baik pagi ni okey jer, kalau tak okey nak nye kerja tidor je.