Resepi Sambal Colet Belacan - kaellaaaa's

Advertisement

Resepi Sambal Colet Belacan

Assalammualaikum

Resepi Sambal Colet Belacan | siapa peminat tegar belacan macam kaella sila angkat tangan! hehe kaella kalau bab belacan memang minat tapi kalau dah makan kena makan banyak terus sebab kaella ada alahan dengan belacan. jadi rasanya hari ini kaella nak kongsi satu resepi sambal belacan yang boleh buat korang makan tak henti.

Bahan A
  • Bawang Merah ( 3 ulas )
  • Cili padi ( 10 biji )
  • Belacan ( 1 cube kecil )
  • Garam dan ajinomoto
  • Gula
Bahan B
  • Limau kapas
  • Cuka 
Cara-cara :

masukkan semua bahan A sekali dalam lesung batu, tumbuk sehingga semua bahan betul-betul hancur. Kemudian masukkan bahan B secukupnya, kalau nak rasa masam boleh letak limau kapas banyak tapi kalau tak suka masam boleh kurangkan, kalau takde limau kapas boleh guna cuka juga. kalau rasa nak buat kerja cepat boleh blend semua bahan tapi kalau nak rasa lagi sedap baik tumbuk dekat lesung batu, sebab nampak lagi fresh. 

Dah siap! Boleh di hidangkan dan makan. 

SELAMAT MENCUBA :)   

Post a Comment

0 Comments