it's Holiday! - kaellaaaa's

Sunday, March 18, 2018

it's Holiday!


Assalammualaikum :)

Selamat Bercuti! Alhamdulillah cuti seminggu bolehlah rehatkan kepala otak, badan, dan fikiran dari kerja. Bukan setakat anak murid yang excited nak cuti, cikgu pun excited jugak tau. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki yang besar tahun ni, dapat dua kerja dalam sehari bolehlah buat saving nak kawin hehe 

Dah bermula dua kerja ni, memang sangat busy, sampaikan kerja dekat rumah hari sabtu dengan ahad je boleh siapkan, inikan lagi nak blogging, hmmm blogging dalam mimpi jelah. since kerja ni pagi sampai ke petang sampai rumah je dah nak magrib dek kerana jalan yang jammed bila sampai rumah tak dapat nak buat banyak kerja sebabnya mata cepat sangat mengantuk. ( doakan dapat saving banyak nak kawin, eh tak tak nak beli rumah hehe ) 

Blog pun sunyi sebab tak dapat nak post apa apa, dapat blogging pun sekejap je. tapi dah cuti ni,  insyaAllah akan lebih rajin nak blogging ( pray for me ) 

cuti seminggu bolehlah nak rehatkan diri. nanti dah buka sekolah hah mulalah busy sana sini. 

korang pula ? dapat cuti ke ? hehe