Sabah Beach Villas - kaellaaaa's

Saturday, February 24, 2018

Sabah Beach Villas


Assalammualaikum uols.

Bercuti di tempat yang aman dan damai itu pasti pilihan semua kan ? terutama buat mereka yang hidup di tengah bandar, yang sering menghadap jammed sana sini, kesibukan kota yang tidak pernah ada hentinya, kerja yang tidak pernah ada pengakhirannya. Begitu bahagia bila dapat lari dari semua ini, biarpun hanya sehari dan akhirnya di abadikan sebagai kenangan yang terindah.


last year, saya dengan my BFF sampai ke jannah (insyaAllah Ameen) pergi bercuti dekat Sabah Beach Villa. sebulan sebelum bercuti kami dah book hotel dekat Sabah Beach Villa melalui laman web Expedia . Harga pun lagi murah kalau nak di bezakan bila walk in, sebab kitaorang dapat 35% dari harga asal untuk sebuah hotel, the best things is kitaorang booking and pay at the counter, so its means kitaorang tak bayar 1 sen pun masa mula-mula book dekat Expedia.com kita orang cuma bayar dekat counter bila dah sampai tempat bercuti. 



BILIK ?

Bilik yang kami dapat sangat-sangat selesa, i tell you, korang takkan menyesal kalau datang dekat sini, at first kitaorang plan nak pergi 5 orang tapi yang sorang tu tak confirm pergi ke tak. Masa mula-mula member kitaorang tu kata tak jadi nak pergi, so kitaorang book bilik yang muat hanya untuk 4 orang tapi last minute dia confirmkan balik nak join, masa mula tu kitaorang memang risau gila sebab takut bilik yang kitaorang book tu tak muat untuk 5 orang tapi bila dah sampai dekat sana "lebih 5 orang pun muat kot dalam satu bilik" sangat selesa dan besar orang kata berbaloi dengan harga yang kitaorang tempah. 



BILIK MANDI ?

Jangan nak kata bilik mandi dia kecik, besar tau! siap ada tab mandi lagi. For your information, bilik yang kitaorang book tu siap ada dua bilik mandi, so tak payah nak gaduh siapa dulu nak mandi, tapi boleh gaduh siapa dulu mandi dekat tab mandi heheheheheheheheh 


APA YANG ADA DALAM SATU BILIK ?

ada tv with decoder Astro. So boleh layan music kalau bosan dan boleh layan movie kalau tak tahu nak buat apa. Dapur masak pun ada, so bolehlah tunjukkan kehebatan memasak dekat dapur masak, peti sejuk pun ada, bolehlah sejukkan hati yang tengah panas, eh.





SURROUNDING SABAH BEACH VILLA ?

Dah namanya BEACH mesti ada pantai, so korang boleh mandi dekat pantai sampai puas hati ( p/s tapi jangan main dekat dalam sangat tau ) dan terdapat juga pool, but the sad is kalau perempuan muslimah yang rasa nak mandi dalam pool kena ada pakaian mandi kolam seperti yang di nyatakan. so kitaorang rasa nak nangis juga sebab tak dapat mandi pool padahal itu memang main first tau, tapi takpa ada laut untuk pilihan kedua hehe so kitaorang hanya mandi dekat laut ( sobs sobs ) tempat pun bersih memang bebas daripada sampah sangat selesa dengan udara yang bersih.

jadi, untuk korang yang rasa-rasa nak merasa tempat yang tenang boleh bercuti dekat sini. tak rugi tau. best for one family and also for friendship.







tunggu apa lagi !? Book la dekat Sabah Beach Villa sekarang.