Hari pertama yang huru hara - kaellaaaa's

Wednesday, January 3, 2018

Hari pertama yang huru hara


Assalammualaikum uols


SELAMAT TAHUN BARU! harap masih diterima ucapan tahun baru ni hehe 

oh ya, tak lupa juga nak ucap selamat bekerja untuk yang bekerja, selamat menjalankan tugas hari demi hari anda untuk 2018. 


nak di jadikan cerita first day kerja untuk tahun 2018 saya rasa sangat teruk. korang pula ? saya rasa untuk tahun 2018 ni agak mencabar sedikit. First kerja saya dah kena migrain ( sakit kepala ) teruk gila rasa bila migrain dah naik. masa mula-mula kena masih boleh tahan tapi sebabkan banyak kerja kena jalan sini jalan sana migrain makin teruk, sampai tak sedar kaki dah tendang besi dekat sekolah ( nangis ) sakit gila kot, rush punya pasal main jalan je sampai tak perasan dah tendang besi, kalau besi kecil takpe ni besi besar gedebuk pun bole tak nampak. sakit kepala tu pula lagi satu hal rasa nak hentak je kepala dekat dinding tapi tak boleh sebab masih sayangkan dekat diri sendiri hehe. makin lama makin teruk sampai asyik masuk tandas sebab rasa mual. ingatkan rasa mual je tapi at last tak tahan dengan rasa mual end up termuntah juga. korang dapat bayangkan tak ? kerja sampai jam 5 petang, kena tahan sakit kepala tu dari jam 2 sampai jam 5 petang rasa macam nak naik gila, nasib baik je tak pengsan tepi kelas, kalau tak malu je nanti. Baru first day dah teruk cemtu kehkeh and benda yang paling rare saya rasa saya pernah buat untuk tahun 2018 ni is vomit dekat tepi highway. sebabkan memang dah tak boleh tahan sakit kepala punya pasal lah tu sampai boleh muntah. korang rasa ? masa tu memang dah tak fikir apa dah, dalam hati kata "muntah jelah, nak buat macam mana lagi, dah memang tak tahan punya pasal" 


sampai dekat rumah memang dah tak layan apa dah, terus masuk tidur. hahahah korang bayang tak ? dah tak tengok apa jadi dekat rumah terus tidur dengan baju kurung, sedar-sedar dah tengah malam. korang yang pernah kena sakit kepala teruk macamni sampai muntah-muntah ni tahulah apa rasanya kan ? memang sakit kepala ni tak boleh nak bawa bincang langsung tau. 

so saya rasa first day kerja ni memang teruk la. pengalaman yang tak boleh nak lupa kot.