Lulus Ujian Komputer Kelas D - kaellaaaa's

Tuesday, November 21, 2017

Lulus Ujian Komputer Kelas D


Assalammualaikum uols J

One of my wish list 2017 ialah dapat lesen kereta biarpun sebenarnya penakut bawa kereta. Alhamdulillah berkat kerja hari-hari ditambah dengan tahan hati tak pergi shopping, tak makan dekat restoran mahal-mahal dapat jugak saya tunaikan hajat sendiri nak ambil lesen memandu.

Masa mula-mula tu taknak juga ambik, ingatkan nak ambik tahun depan tapi gagahkan diri juga ambik tahun ni sebab target kalau boleh memang nak habiskan awal tahun 2018. So dengan niat yang tersangat kuat ni, saya gagahkan diri juga ambik lesen and yes! Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.

Lepas 6 jam duduk dekat kelas dengar ceramah cikgu memandu akhirnya saya balik dengan sijil ( #DoneCeramah ) sebabkan target nak habiskan awal tahun 2018, so 4 hari lepas ceramah saya sambung pula ujian computer. You know what guys, lepas dari kelas ceramah tu saya langsung tak baca buku yang kena bagi tu, apatah lagi nak belek tengok-tengok dalam buku tu, langsung takde. Jadi dengan semangatnya saya book exam computer acah-acah dah boleh jawab exam padahal tak tau apa-apa pun. Sampai malam ke empat tu boleh pula dada ni nak gegar vaganza sebab esok nak exam tak baca apa pun lagi, dah lah mood kelaut malas nak baca. Tapi saya buat relax je tak baca buku pun, siap tengok tv lagi sampai tengah malam ( HA HA HA )

Dalam jam 11 malam macamtu baru ada mood nak belek buku yang kena bagi ni, tu pun belek tengok gambar jer, lepastu hah tutup buku masuk bilik, main game. Esok pagi menggelabah sampai masuk kerja sebab tak prepare apa pun lagi untuk exam. saya ambik exam jam 10 pagi, jam 8 pagi baru nak baca sikit-sikit, ulangkaji sikit baca apa yang rasa-rasa keluar je. Sampai member dekat kerja siap bagi tunjuk ajar cara nak jawab exam ( thankyouu ) masa on the way nak pergi kelas ujian tu adalah juga baca sikit sambil tengok tepi jalan sign apa yang ada. Sampai dekat kelas ujian, tangan saya sejuk gila weh! Jawab exam je kot kalau gagal boleh ambik lagi. Tapi melayanglah duit rm35 kalau gagal. Sebabkan target nak habis awal so kalau boleh saya taknak gagal ujian computer ni. Lepas register then ambik gambar semua dah boleh masuk kelas ujian.

Masa jawab tu adalah gelabah sikit, tapi lama-kelamaan gelabah dah hilang dah. Jawab ujian tu pun relax je, sebab masa panjang juga. Lepas jawab bahagian A sambung bahagian B, Alhamdulillah nampak markah pun lulus juga tu hehehehe so masa jawab bahagian yang ada 50 soalan tu, I relax cool down jer sebab tak nak rush sangat. Jawab punye jawab habislah masa, tekan je selesai tekejut gila tengok markah sendiri. Dalam hati “aku ke yang jawab ni?” “apa aku baca semalam?”

47/50 
Alhamdulillah dengan cubaan pertama saya lulus ujian komputer. Tak sangka juga boleh lulus ujian komputer ni sebenarnya. So lepasni dah boleh buat lesen L dah then sambung kelas seterusnya.