sakit itu penghapus dosa - kaellaaaa's

Monday, October 9, 2017

sakit itu penghapus dosa

Assalammualaikum semua ☺

Nak dikatakan minggu lalu minggu yang sangat down untuk saya. Kenapa ? sebab ini dah kira hari kelima aku demam ( syafakillah untuk diri sendiri ) . Nak dikatakan cuaca tak menentu tak tahulah sebab sekarang ni pagi sampai tengah hari tu panas macam biasa petang pulak hujan, dah berapa hari ni cuaca asyik macamtu jer.

First day demam,

Masa ni baru lepas habis makan Nasi Arab dekat Mashawi, masa pergi dekat restoran tu hujan jugaklah, tapi hujan renyai jer. So, saya pun redah jer hujan renyai sebab malas nak bawa payung jalan beside jalan masa ni tak bawa beg pun, malas ada barang banyak dekat tangan. ( senyum sengih acah-acah zul arifin ) lepas perut kenyang balik rumah lagi redah hujan, so nak dikatakan dua kalilah aku redah hujan ni. Sampai jer dekat rumah badan rasa sejuk ( maybe sejuk sebab hujan ) masa ni tak fikir pun badan dah mula nak demam, layankan jer sejuk badan, ambik selimut hah terus tidur ( nyaman sangat tidur dengan perut kenyang ). Dekat-dekat maghrib macamtu baru sedar diri ( alahai ketuk kepala sendiri ) bangun je kepala dah berat badan dah rasa sejuk semacam jer. Try duduk sekejap lepas tu bangun, masa bangun tu pergh “zuppppp!” laju gila sakit naik dekat kepala rasa macam nak pitam. Tapi kena gagahkan diri juga bersihkan badan lepas itu buat apa yang patut. Lepas solat isya’ sakit kepala makin teruk memang tak tahan dah, ambik selimut terus tidur sampai ke pagi. First demam ni tidur langsung tak lena, tiap sejam terbangun sebab perut tak sedap rasa nak muntah kepala pula berat ala-ala lesung batu.

2nd day demam

Ingatkan sehari jer badan dah sehat tapi tetap sama, rasa badan tak okey. Kena pula masa tidur semalam tu ada semut kecik masuk dalam telinga. Korang tau tak perasaan bila semut kecik merah tu masuk dalam telinga ? rasa dia macam kalau boleh masuk tangan ni dekat telinga dah lama saya masukkan lepastu tarik keluar semut kecik tu. Malam kedua tu tak boleh nak tido sebab kena tahan demam dengan sakit telinga. Sehari tu kerja aku nangis jer sebab tak tahan dah.

3rd day demam

Hari ketiga demam okey sikit masa pagi, takdelah teruk mana, jadi saya gagahkan diri pergi dekat hospital. Lepas balik dari hospital demam naik lagi, masa dekat hospital tadi panas badan turun pulak, bila balik rumah panas badan naik lagi. Demam ni macam tahu-tahu jer saya nak pergi hospital. Malam ketiga ni memang perit, telinga bengkak sampai ke pipi, nak makan susah, nak bercakap susah. Demam pula makin naik dia tak nak turun. Sehari tu kena tahan dengan perut kosong, demam naik, sakit kepala, sakit telinga.

hasil dari Hospital
4th day demam

Bengkak pipi dah kurang, sakit telinga kurang sikit Cuma tak boleh dengar orang nak cakap. Sampai kawan dekat rumah nak mengamuk asyik ulang jer apa dia nak cakap dengan saya. Demam pun dah kurang sikit. Alhamdulillah. Baru kurang demam sikit dah acah-acah sihat 100% tau, saya boleh pergi jalan-jalan lagi dengan kawan dekat event. Rasa bahagia sikit bila badan dah mula nak membaik, berapa hari ni asyik tido awal jer. Semua kerja terbengkalai tak buat sebab sakit.

5th day demam

Alhamdulillah saya dah sihat.

Masa demam berapa hari ni saya amalkan minum air sebanyak yang boleh, makan ubat ikut masa, sebelum tidur makan sebijik Forever Absorbent-C dan kena paksa diri buat kerja, biarpun kerja yang ringan-ringan sebab mama saya selalu cakap “kena lawan sakit bukannya nak layan sakit”. ( peringatan dekat diri sendiri juga ) dah sihat sekarang ni barulah boleh menaip sikit, ni masa demam nak buka laptop pun tak larat. Alhamdulillah.