MR D.I.Y - kaellaaaa's

Wednesday, October 4, 2017

MR D.I.Y

Assalammualaikum 

lama rasanya saya tak update dekat blog ni, bukan apa sibuk sikit dengan kerja, lagi-lagi musim exam budak-budak sekarang ni dah mula. Banyak benda yang nak kena fokus. Biarpun dekat sekolah kerja saya duduk termenung ingatkan masa depan je, tapi tetap busy tau. hee 

By the way, kemarin plan asal nak pegi CKS je, nak beli barang rumah. Almaklumlah hidup bujang ni semua kerja kena buat sendiri. Tapi ternampak pula kedai MR D.I.Y ni, lepas beli barang rumah sekejap singgah MR D.I.Y ingatkan nak singgah cuci mata je tapi bila nampak benda "cute" ni. Mula-mula belek-belek je, cakap dalam hati "macam cantiklah" "weh! cutelah" "eh. murahlah". Disebabkan tangan ni gatal sangat nak juga barang tu, ambik jugalah. (nasib baik murah). 


Dah habis round satu tempat round lagi tempat lain, masuk bahagian lain nampak lagi benda "cute", so saya pun ambik jelah kan, (murah weh, murah!).. 



1. payung (rm10.50)
sebab memang perlu payung ni, lagi-lagi dengan cuaca panas sekarang ni, biasalah puteri lilin la katakan. Beside selalu pergi kerja naik bas, senang sikit nak sumbat payung kecik dalam beg.



2. kotak make-up (rm6.50)
sebab dekat meja solek bertabur sangat benda-benda kecik, so beli mini love ni. Actually, ada yang lagi besar dari ni tapi ni lagi cute weh.



3.Tin container (rm1.40)
sebab selalu sangat pin kecik hilang, so beli ini dengan harapan lepasni pin kecik dah tak hilang dah.

jadi, sesiapa yang belum pernah jejak kaki dekat MR D.I.Y ini, korang kena jejak kaki weh, sebab utama barang dekat MR D.I.Y murah giler! (biarpun ada yang mahal sikit) tapi mostly semuanya murah, lepas itu berbaloi. Last but not least, cute giler weh design dia. Kalau korang dah jejak kaki dekat MR D.I.Y tak sah kalau tak beli satu barang pun.