BERBEKAM UNTUK PERTAMA KALINYA - kaellaaaa's

Wednesday, August 16, 2017

BERBEKAM UNTUK PERTAMA KALINYA


Assalammualaikum J

Saya jenis orang yang selalu sakit kepala, bila nampak cahaya yang terlalu terang sakit kepala tu pandai datang, bila terlampau buat kerja datang lagi, bila period dan bila terlebih tidur. “Tak pergi cek dekat hospital ke ?” bukan tak pergi cek, saya dah pernah cek dua kali dah dekat hospital dan respon para doctor yang saya jumpa sama “sakit kepala tu biasalah” “tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan juga” “nanti lepas makan ubat okelah tu” bukan kata tak percaya dengan doctor cuma tidak tahan dengan sakit kepala yang kerap kali datang. Jadi saya fikir kalau nak diharapkan doctor saja sakit kepala datang lagi, jadi saya cuba perubatan BEKAM.

Apa itu BEKAM ?

Mungkin masih ramai di antara kita yang tidak tahu apa itu BEKAM. BEKAM ialah kaedah membuang toksid dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit sepertimana yang diamalkan Rasulullah SAW ( صلى الله عليه وسلم ) dan para sahabat. Ia dikatakan boleh membantu mengubati penyakit, insya Allah dengan izin-NYA.

Jenis-jenis BEKAM :-

1-Bekam kering
2- Bekam Basah
3- Bekam Api (tetapi tidak digalakkan)

Faedah Bekam :-

  Membantu menghilangkan pening dan migraine
*      Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan
*      Membantu memecahkan Lemak
*      Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki
*      Membantu mencegahkan kebas kaki dan membantu meredahkan serangan angin ahmar
*      Mengeluarkan darah toksid dan melancarkan peredaran darah tersumbat

Biarpun pada mula memang agak takut juga untuk berbekam sebab ini pertama kali dalam hidup saya buat perubatan BEKAM ni tapi sampai bila nak kena takutkan ? so saya beranikan diri juga untuk buat BEKAM. Ada yang kata “perempuan dah tiap bulan buang darah toksik buat apa nak buat bekam lagi ?” iya memang tiap bulan perempuan buang darah toksid tapi berbekam itu terapi perubatan untuk penyakit tertentu. Jadi tidak ada salahnya jika perempuan pun berbekam.

Saya buat bekam dirumah sendiri sebab ada kenal dengan seorang ni (perempuan) memang buat terapi bekam datang kerumah, jadi rasa lagi selesa sebab buat dirumah sahaja tanpa datang ke mana-mana tempat. Hari itu saya di tawarkan dengan 3 jenis bekam, sama ada mahu bekam seluruh badan, kecantikan atau pun migrain. Memandangkan masa tu memang sering sakit kepala jadi saya ambik bekam migrain. Masa mula-mula buat tu dia ada tanya sama ada nak bekam atas kepala atau dahi, jadi saya fikir kalau bekam atas kepala rambut kena cukur, kalau bekam dekat dahi pula adalah nanti tertinggal kesan cop mohor dekat dahi, dalam hati kata daripada botak atas kepala baik buat dekat dahi, biarlah ada cop mohor yang penting rambut tak kena cukur hehe. Memandangkan masa tu pun cuti jadi tak kesah sangatlah kalau berbekam dekat dahi, at least boleh berperap dalam rumah takdelah orang asyik pandang dahi kau je sebab dah bertanda ala-ala Hindustan pula hehe .
  
Alhamdulillah, lepas berbekam kepala rasa ringan sikit, sebab sebelum ni memang kepala rasa berat sangat dan asyik mengganggu kerja harian. Benda paling saya tak suka bila dah mood rajin nak buat kerja tapi sakit kepala asyik mengganggu. “iklan tv kata makanlah panadol active-fast”, memang kesan dia sangat FAST tapi takkan tiap kali sakit kepala kena makan panadol kan ? beside mak sya tak berapa nak galakkan asyik makan panadol, takut beri kesan sampingan biarpun kesannya sangat FAST untuk legakan sakit kepala.

Korang pula macam mana ? dah pernah test terapi perubatan bekam tak ? kalau nak saya recommended dengan orang yang bekamkan saya haritu, servis dia pun cun melecun tau, siap bagi discount lagi, tapi hanya untuk orang yang tinggal dekat Sabah sahaja.