SKIN DAMAGE

Assalammualaikum. 

So nak dikatakan aku ni takdelah nak flawless sangat tapi Alhamdulillah muka aku dah tak seteruk yang dulu. Aku bukan jenis perempuan macam perempuan lain, suka make-up, lepastu suka buat face routine nak kena pegi facial semua. Sebab aku memang malas kalau bab facial muka ni. (untung bakal laki aku nanti save duit)

Kalau nak cerita muka masa zaman remaja sekolah dulu, memang teruk gila, kalau nak tahu saya dulu bukan jenis nak pakai pencuci muka. Tapi ada satu masa tu muka hangus, hitam lebam lepas habis bersukan, so rasa macam "weh, macam mana nak putihkan muka ni ?" tetiba kawan aku sorang suruh aku test la satu pencuci muka ni, aku pun selamber je pakai dekat muka sebab excited pula nak guna pencuci muka, first time kot 😂😂
                       
Masa mula-mula pakai tu rasa macam "eh, best pula weh" 😌dekat seminggu juga lah aku pakai pencuci muka tu, lepas seminggu aku pakai pencuci muka tu tetiba ada pula jerawat sebijik tumbuh, masa mula-mula tumbuh tu tak expect pun jerawat tumbuh banyak, tapi makin lama makin banyak, dah kenapa muka ni ? 🤔🤔

So lepas aku perasan dah tumbuh banyak aku berenti pakai pencuci muka tu, aku stop je pakai pencuci muka tu, muka teruk, jerawat makin naik. 😫

Balik kampung siap atok aku cakap “ella ni dah jadi sumandak (remaja) nampaknya, jerawat sana sini” and I redho muka kena cakap teruk semacam sebab salah sendiri suka hati pegi pakai pencuci muka. Nak setahun lebih juga muka naik jerawat teruk, kalau jerawat seketul kecik takpe ni jerawat batu bata dekat pipi dan dahi. Masa tu aku rasa keyakinan aku nak keluar rumah tu down sangat, sampai nak pergi kenduri jiran depan rumah pun tak nak. Lepas aku stop pakai pencuci muka tu aku dah tak berani nak cuba pencuci muka, aku just berani ambik seketul lidah buaya sapu dekat muka. Itu je.
my second pencuci muka
Aku ada jugalah minta pendapat orang nak kurangkan jerawat lepastu banyaklah diorang punya pendapat. Lepastu aku google pencuci muka yang bagus untuk kurangkan jerawat batu bata. Google punya suggest punyalah banyak, tapi google punya google aku tertarik dengan satu pencuci muka ni, nama dia nano white, aku pun belilah sebab dia punya function untuk wajah yang berjerawat pun kira okey juga. Seminggu pakai pencuci muka ni okey je, tak rasa gatal dekat muka, lepas seminggu pakai aku dah mula yakin dah jerawat tak tumbuh lagi, sebab makin lama jerawat batu bata aku dah makin kurang dah, yang tinggal hanyalah bekas jerawat. Masa jerawat tu dah mula hilang baru terasa keyakinanku datang kembali. Perghhh

korang boleh nampak muka aku zaman 2012 jerawat masa tu banyak gila berkampung dekat pipi dan dahi 😭😭
Memang berkesan juga pencuci muka tu, dekat setahun aku pakai muka dah jadi okey dah, tak seteruk yang dulu dah, tapi lepas hilang jerawat batu dekat muka aku stop pakai pencuci muka tu, bukan sebab jerawat aku naik balik tapi sebab takde budjet nak beli hahahah yelah, pencuci muka tu mahal gile kot, aku bertahan beli dalam 5 kali je, lepastu aku dah tak mampu dah. Zaman sekolah kot, aku dapat duit dari mak ayah 3 bulan sekali je. Tapi tahun 2015 aku start pakai satu lagi pencuci muka (nanti aku cerita), dan pencuci muka tu la yang aku pakai sampai sekarang, still setia dengan product tu.



Alhamdulillah muka aku dah makin membaik dari yang sebelumnya. Keyakinan diri pun terserlah. wow gitu hehe