Monday, July 24, 2017

SKIN ROUTINE


Assalammualaikum J

Dalam entry SKIN DAMAGE saya ada cerita bagaimana perubahan drastic muka saya yang penuh dengan jerawat batu bata kan ? so kali ini saya akan cerita tentang bagaimana saya merawat muka saya yang sudah pulih dengan produk baru.

Selepas muka dah makin membaik, saya mula pakai pencuci muka nivea, mula-mula tu memang rasa takut, takut kalau benda lama berulang lagi, tapi saya percaya dengan nivea (sebab dah lama pakai produk nivea) actually saya dah lama pakai produk nivea, mula dari lotion lepastu baru beralih dengan pencuci muka.

Berapa kali saya cuci muka dalam sehari ?
Saya cuci muka 2 kali sehari, pagi awal bangun tidur tu petang sebelah magrib. Kalau rajin datang saya cuci muka 3 kali sehari. Pagi, petang dan malam sebelum nak tido.


Okey, yang ni pula saya guna setiap pagi, tapi kadang malas juga nak tompok cream ni dekat muka pagi-pagi, tapi kalau nak muka cepat baik kena rajinlah tompok cream ni awal pagi. Untuk cream malam biasanya saya tak pakai sebab lagi suka muka free dari segala apa produk, prefer air wudhu saja. (yang ini pun kena rajin tau!)


Yang ini saya jarang guna, sebab malas (tutup mata) hailaaa saya ni kalau bab cream memang malas sikit. Nak muka cantik tapi malas. (ketuk kepala sendiri) tapi cream ni bagus tau, kena guna sebelum tompok make-up dekat muka, kalau korang dah pakai rasa macam “wowww, make-up I tahan lama wuu” tapi actually tompok bedak je kot dekat muka.


Yang ini saya rajin sikit nak guna, sebab yelah muka dah tompok cream campur dengan bedak bahagi dengan cream sebelum make-up sama dengan muka yang kotor. (math tak boleh blah) so sebelum nak cuci muka kena rajin juga sapu toner ni, lagi-lagi sebelum solat, haih memang kena rajinlah, sebab ada sesetengah bedak/make-up tak boleh nak ditembusi dengan air wudhu ini kan pula nak tembus ke hati awak, oke oke kidding. Jadi jangan malas nak buang kotoran make-up tau.

Yang ini saya guna lepas seharian dekat luar ditambah muka yang dah macam kuih pau ni. Balik rumah sapu toner, lepastu cuci muka dengan pencuci muka yang ini. Lepastu cuci lagi muka dengan pencuci muka yang mula-mula saya bagi tahu tadi. So there you go, muka yang bersih dari segala macam.

I also rajin tau pakai ni hehe I use this dalam dua/tiga kali seminggu, nak hilangkan white head dengan hidung plus nak cabut bulu-bulu kehidupan yang ada dekat muka hehe korang kena try tau ni!

Last but not least, saya guna bedak ini je tompok dekat muka, sebab bedak ni boleh matikan jerawat yang baru nak tumbuh tau, hehe tak caya boleh try sendiri. Dah lama juga lah pakai bedak ni, since sekolah menengah lagi and still guna sampai sekarang. Alhamdulillah. Tapi make sure kena tompok Cream sebelum guna make-up dulu tau baru boleh tompok bedak ni, I sure make-up akan tahan lebih lama.

Actually produk nivea ni ada banyak lagi, tapi saya just guna yang saya dah list dekat atas ni je, sebab  harga produk ni pun bukan alang-alang, kira 2x5=10 sama dengan produk nano white yang saya guna dulu, saya ada cerita dekat sini SKIN DAMAGE  Tapi disebabkan saya dah kerja dan adalah duit sikit bolehlah beli pencuci muka dengan duit sendiri  (rasa survive dengan tenang lol ). Make sure juga korang drink a lot of water tau, tapi air mineral okey, bukan air manis. sebab kalau minum air manis I takut muka you terlalu manis untuk di tatap (tutup mata)

Oh and yes, produk nivea ni ada juga untuk lelaki tau, so lelaki di luar sana, sesapa rasa muka dia berminyak bolehlah usha pencuci muka nivea for man, lepastu dah boleh aca aca nak usha perempuan dekat luar sana macam iklan dekat tv3 ( jangan dengar nasihat tak baik ni )

You guys boleh check it out dekat sini NIVEA.COM kalau nak tahu lebih lanjut tentang produk nivea and you guys should try it. Memang baik punya.


What about you guys ? guna apa untuk muka ? 

Friday, July 21, 2017

SKIN DAMAGE

Assalammualaikum. 

So nak dikatakan aku ni takdelah nak flawless sangat tapi Alhamdulillah muka aku dah tak seteruk yang dulu. Aku bukan jenis perempuan macam perempuan lain, suka make-up, lepastu suka buat face routine nak kena pegi facial semua. Sebab aku memang malas kalau bab facial muka ni. (untung bakal laki aku nanti save duit)

Kalau nak cerita muka masa zaman remaja sekolah dulu, memang teruk gila, kalau nak tahu saya dulu bukan jenis nak pakai pencuci muka. Tapi ada satu masa tu muka hangus, hitam lebam lepas habis bersukan, so rasa macam "weh, macam mana nak putihkan muka ni ?" tetiba kawan aku sorang suruh aku test la satu pencuci muka ni, aku pun selamber je pakai dekat muka sebab excited pula nak guna pencuci muka, first time kot 😂😂
                       
Masa mula-mula pakai tu rasa macam "eh, best pula weh" 😌dekat seminggu juga lah aku pakai pencuci muka tu, lepas seminggu aku pakai pencuci muka tu tetiba ada pula jerawat sebijik tumbuh, masa mula-mula tumbuh tu tak expect pun jerawat tumbuh banyak, tapi makin lama makin banyak, dah kenapa muka ni ? 🤔🤔

So lepas aku perasan dah tumbuh banyak aku berenti pakai pencuci muka tu, aku stop je pakai pencuci muka tu, muka teruk, jerawat makin naik. 😫

Balik kampung siap atok aku cakap “ella ni dah jadi sumandak (remaja) nampaknya, jerawat sana sini” and I redho muka kena cakap teruk semacam sebab salah sendiri suka hati pegi pakai pencuci muka. Nak setahun lebih juga muka naik jerawat teruk, kalau jerawat seketul kecik takpe ni jerawat batu bata dekat pipi dan dahi. Masa tu aku rasa keyakinan aku nak keluar rumah tu down sangat, sampai nak pergi kenduri jiran depan rumah pun tak nak. Lepas aku stop pakai pencuci muka tu aku dah tak berani nak cuba pencuci muka, aku just berani ambik seketul lidah buaya sapu dekat muka. Itu je.
my second pencuci muka
Aku ada jugalah minta pendapat orang nak kurangkan jerawat lepastu banyaklah diorang punya pendapat. Lepastu aku google pencuci muka yang bagus untuk kurangkan jerawat batu bata. Google punya suggest punyalah banyak, tapi google punya google aku tertarik dengan satu pencuci muka ni, nama dia nano white, aku pun belilah sebab dia punya function untuk wajah yang berjerawat pun kira okey juga. Seminggu pakai pencuci muka ni okey je, tak rasa gatal dekat muka, lepas seminggu pakai aku dah mula yakin dah jerawat tak tumbuh lagi, sebab makin lama jerawat batu bata aku dah makin kurang dah, yang tinggal hanyalah bekas jerawat. Masa jerawat tu dah mula hilang baru terasa keyakinanku datang kembali. Perghhh

korang boleh nampak muka aku zaman 2012 jerawat masa tu banyak gila berkampung dekat pipi dan dahi 😭😭
Memang berkesan juga pencuci muka tu, dekat setahun aku pakai muka dah jadi okey dah, tak seteruk yang dulu dah, tapi lepas hilang jerawat batu dekat muka aku stop pakai pencuci muka tu, bukan sebab jerawat aku naik balik tapi sebab takde budjet nak beli hahahah yelah, pencuci muka tu mahal gile kot, aku bertahan beli dalam 5 kali je, lepastu aku dah tak mampu dah. Zaman sekolah kot, aku dapat duit dari mak ayah 3 bulan sekali je. Tapi tahun 2015 aku start pakai satu lagi pencuci muka (nanti aku cerita), dan pencuci muka tu la yang aku pakai sampai sekarang, still setia dengan product tu.



Alhamdulillah muka aku dah makin membaik dari yang sebelumnya. Keyakinan diri pun terserlah. wow gitu hehe  

Friday, July 7, 2017

KAD RAYA!

Assalammualaikum..

siapa ada dapat kad raya ? angkat tangan sikit ☺ setelah sekian lama rasanya saya tak dapat kad raya, bila dapat kad raya ni rasa macam, wow sikit raya tahun ni, biarpun dapat lambat sikit tapi feeling tu masih, woww #RAYAKANSEBULAN

Kalau nak di ingatkan balik, dulu masa zaman whatsapp belum berapa nak terkenal selalu jugalah dapat kad raya tiap tahun nak dekat raya. feeling bila dapat kad raya tu macam, tak sabar nak buka, nak baca apa isi kad raya. kan ? lepas itu lekat kad raya dekat dinding rumah sebab saja nak tunjuk dengan orang kita dapat kad raya hehe 

Lagi-lagi bab gambar depan kad raya. haih tengok gambar depan kad raya pun dah boleh senyum lebar☺hee belum masuk ayat masa zaman budak-budak dulu. zaman teknologi belum nak naik la katakan. Bila ingat balik masa zaman muda dulu, alahai rindunya nak jadi budak-budak, gaduh sehari lepastu esok nak minta maaf takut tak kena kawan nanti hahaha lepastu bab kena cakap jujur, kalau tipu berdosa besar. alahaii.. cepatnya masa berlalu. 

jadi bila dapat kad raya dari Sabah Tourism Board rasa macam zaman muda kembali lagi. moganya jadi memori indah. Btw, Terima Kasih Sabah Tourism Board sebab kembalikan rasa zaman muda dulu kala ❤ 






Wednesday, July 5, 2017

Soalan cepumas raya!

Assalammualaikum.

Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN, ampun maaf dipinta menyusun sepuluh jari minta duit raya ehh salah, minta maaf kosong-kosong tau!

So raya tahun ni apa habaq ? rasa meriah taak ? sambut raya dengan siapa tu ? ke sedang nangis sebab beraya di perantauan ? ke raya dengan pakwe/makwe ? hmm raya dengan member ? oh ohh I know mesti raya dengan husband/wife tercinta kan ? kalau saya tak lain tak bukan sambut raya dengan family tercita lagi yang disayang.

Macam biasalah, raya adalah dimanaa kita akan bertemu dengan sanak saudara yang duduk nun jauh di sana. Kan ? bila dah jumpa dengan keluarga gossip tu takkan lari la kan ? lagi-lagi gossip tentang cerita baru fattzura *tutup mata* tapi bab soalan cepumas ni takkan lari punyalah.

Antara soalan cepumas yang saya kena :-

1.  “Ella makin besar ye ?”
Like whaaaaaat ? soalan apa ni ? mestilah makin besar *walaupun tak besar sangat*

2. “ella study dekat mana sekarang”
Well, saya kerja, tak sambung study lagi, duit tak cukup lagi ni, kalau rasa-rasa nak sponsor saya, saya sambung studylah. Hehe

3.  “ni adik ke kakak ni” (sambil tunjuk saya dengan adik saya)
Saya sedar diri saya pendek, sayalah kakak! Hahahah tak nampak ke muka matang ni dari adik saya.

4. “takde pakwe?”
Hmmm pakwe takde, crush ada. tapi kalau rasa-rasa nak jodohkan saya dengan anak makcik saya oke je 

5.  “bila nak kawin ? dah ramai dah makcik tengok member kamu dah kawin”
Takde duit lagi makcik nak kawin awal, beside ilmu di dada tak cukup lagi ni. Member yang kawin tu lain citer ah.

6.  “bila nak sambung study”
Tunggu durian runtuh baru saya sambung study.

7.  “kenapa makin putih ? tahun lalu nampak macam gelap sikit”
Hehe sindir saya ke tu ? taulah muka makin hitam, tak payah nak bunga-bunga sangatlah.tapi terima kasih, i know i putih (mata ke atas tangan ke bahu) 

8.  “kenapa muka makin bulat ?”
Hmm tak tahulah, memang muka bulat, lagi-lagi pakai shawl ambik kau seketul double chin boleh Nampak. 

9. “tak tinggi lagi ye ?”
Ini adalah soalan paling menyampah di abad ini, saya tahulah saya pendek, nak buat macam mana kalau tak tinggi dah. Kan ? takpa biar pendek asal ilmu di dada tinggi. Perghh!

Last but not least, “jangan lupa jemput kawin nanti” saya sedar diri saya masih muda dan banyak benda lagi saya kena lalui, duit dekat poket pun tak cukup untuk diri sendiri inikan pula bila dah kawin nanti, sebab bab kawin ni bukan bab memain ye, kena alas tanggungjawab yang besar. Tapi jangan risau nanti saya kawin makciklah orang pertama yang saya jemput, siap bagi VIP seat lagi tau.

So, korang punya soalan cepumas raya macam mana pula ? harapnya tak Tanya pasal KAWIN. Hehe

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN, KOSONG-KOSONG TAU!


 
Tempelate Decorated by theadddchiii|