Sunday, June 18, 2017

Almond London Raya


Bahan-bahan :-
·         240gm tepung gandum
·         250gm mentega
·         120gm tepung jagung
·         120gm badam (dikisar)
·         40gm gula aising
·         2 biji kuning telur
·         1 sudu teh esen vanilla
·         Kacang badam secukupnya (dipanggang)

Bahan lain :-
·         Coklat masakan secukupnya
·         Lemak sayuran

Cara memasak :-
1.       Putar mentega dan gula aising sehingga kembang
2.       Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Pukul lagi sehingga sebati.
3.       Masukkan badam kisar dan tepung jagung sedikit demi sedikit. Pukul rata-rata tau
4.       Kemudian, masukkan pula tepung gandum dan adun sehingga doh tidak melekat di jari.
5.       Ambil sedikit adunan dan letakkan badam panggang di tengahnya, dan  bentukkan mendaji bujur. Tapi depends on creativity masing-masing kalau nak buat bentuk bulat atau bujur.
6.       Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30 hingga 45 minit.
7.       Apabila biskut telah masak, keluarkan dan sejukkan seketika.
8.       Akhir sekali, letakkan biskut ke dalam cawan kertas dan tuangkan coklat masakan (yang telah di cairkan dengan lemak sayuran ikut kaedah boiling)


And last, taraaaaa. siaplah biskut Almond London Raya! (dah boleh makan dah lepas masak hehe yang penting tak makan masa puasa) 


selamat mencuba 😃

 
Tempelate Decorated by theadddchiii|