Awas! Scam semakin menyebar. - kaellaaaa's

Advertisement

Awas! Scam semakin menyebar.


Assalammualaikum.

 Scam adalah hal atau perbuatan manipulasi atau tipuan, yang dilakukan oleh suatu badan usaha atau perorangan, dengan cara manipulasi suatu hal untuk mendapatkan kepercayaan dari orang lain. yang dilakukan hanya untuk mendapatkan keuntungan. Jadi setelah mendapatkan yang diinginkan(keuntungan), sipelaku(scammer) kabur meningalkan korbannya.

“Game” scam ni banyak je, ada dekat instagram, facebook, by email, twitter, message, and almost semua media social yang ada. Sekarang kan dah zaman moden, semua orang boleh buat apa sahaja hanya di hujung jari. Kalau orang yang memang serius nak kan kejayaan dia akan mula dari bawah tanpa mengambil kesempatan di atas kesempitan orang lain, tapi bagi scammer ni pula dia akan terus mula dari atas dengan mengambil kesempatan terhadap seseorang (macam takde perasaan) lepas dah dapat apa yang dia nak, dia lari tanpa tinggalkan jejak.

Instagram

Saya rasa kebanyakan orang mesti atau akan ada account instagram ni kan ? yelah sape je yang taknak kongsi gambar cecantik yang kita snap dengan tangan sendiri, kan ? untuk mereka yang dah ramai follower memang pernah rasa kot account kena hack, most of yang kena mesti antaranya account yang famous, sebab apa ? sebab sekarang ni biasa dah main system jual beli account dengan harga yang agak berbaloi juga untuk account yang banyak follower.


Facebook 

Dimana laman yang meluas dan sangat aktif untuk scammer berjalan dengan lancar. Contoh, si scammer akan cari someone yang macam kurang tahu dengan dalam Negara dan luar Negara, lepastu dia akan chat, memula dia chat dia nak bawa kenal, scammer biasanya akan gunakan nama yang orang kata agak “macho” “cantik” untuk di sebut, dan scammer akan gunakan gambar yang memang cantik dan hensem,  lepas beberapa hari kemudian dia akan mulakan operasi dengan melafazkan kata-kata manis di bibir dia kemudian dia mulakan operasi dengan minta tolong nak pinjam duit nanti bayar balik, kirim barang konon hadiah lepastu suruh bayar macamni-macamtu, nak buat bisnes bersama lepastu nak minta modal and banyak lagi. Lepas si scammer dapat apa yang dia nak, pelan-pelan dia akan lari, lepastu dia akan block si pemangsa, dan terus menghilang tanpa jejak. Dan untuk mereka yang memang berhati lembut dan mudah cair dengan kata-kata manis si scammer pasti akan percaya dan ada kalanya sanggup untuk lakukan apa sahaja yang dia nak walhal dia tak tahu pun sebenarnya dia kena tipu. Kesian.

Message 

“ANDA TELAH BERJAYA MEMENANGI CABUTAN BERTUAH YANG BERNILAI RM10,000, SILA BERIKAN NOMBOR AKAUN ANDA UNTUK KAMI MASUKKAN RM10,000!”

Ini adalah sejenis pesanan ringkas scammer, katakana kita tak pernah join cabutan bertuah lepastu tiba-tiba datang message yang mengatakan kita menang duit, cuba fikir balik siapa je yang sanggup nak bagi duit bebanyak dekat kita ? kalau nak dikatakan bantuan tak pernah sebanyak macamtu, kalau nak menang sesuatu pun takkan mungkin sebanyak macamtu.

Begitu jugalah untuk media sosial yang lainnya. So sebelum nak memberi sesuatu kena fikir dahulu benda tu, kena kenal dulu dengan siapa kita kenal, kena tahu siapa sebenarnya yang kita kenal tu, sebab penipuan memang akan ada dimana sahaja.  Kena hati-hati di setiap apa yang kita lakukan jangan kelak dah kena baru nak perasan yang kita ni bahan “Game” scammer je. Lagi-lagi bab nombor akaun ni, jangan mudah nak bagi nombor akaun kita begitu je.

Alhamdulillah setakat ni belum pernah terkena lagi semua tu, tapi bab message tu memang pernah kena tapi selalu ignore. Sebab kalau ella benda macamtu biasanya memang tipu hehe (belum tahu lagi dah kompomkan benda tu tipu) . kalau korang pula ? pernah kena tak ?

Post a Comment

0 Comments