Sunday, March 5, 2017

Saya berpihak kepada siapa ?


Assalammualaikum.

Jadi pendengar kadang buat aku rasa “wehh, kau yang ada masalah, aku yang kena fikir sekali”. Tapi sebenarnya jadi pendengar je kot. Yes! Betul, I admit semua orang ada masalah yang dia tak boleh nak tanggung sendiri, nak tak nak dia kene luah juga dekat seseorang supaya beban yang dia tanggung tu bolehlah tenangkan sikit hati dia, and a few people kekadang lebih memilih untuk berdiam, pendam dalam hati lepastu nangis sendiri sebab dah tak mampu nak tahan dalam hati. Kau rasa ? Tapi kadang-kadang ada juga jenis orang yang suka tokok tambah dalam cerita sebenar. Cerita sebenar pendek je, dia punya cerita panjang lebar kot.

SEBAB KENAPA SESEORANG TU SUKA TOKOK TAMBAH CERITA

First off all, yes! Tak lain tak bukan dia mesti nak jadi yang nombor satu tahu tentang cerita tu, biarpun sebenarnya benda tu dia tak tahu pun jalan cerita yang sebenar, tapi alang-alang dia dah cerita dekat orang dia tambah la cerita tu dengan adengan cerita dongeng yang dia reka sendiri
.
Second, sebab dia bencikan orang tu. Ya mungkin orang yang dia “gossip” tu adalah orang yang paling dia benci, huhu sampai sanggup nak burukkan orang tu dengan dongeng dia yang ntah apa-apa ntah. Well kita tak tahu manusia ni macam mana, depan baik belakang kita macam harem. Orang kata rambut sama hitam hati tiada siapa yang tahu.

Third, aku rasa dia memang kaki “gossip” no satu, sampaikan based on picture pun dia boleh tahu apa jalan cerita orang tu, kenapa dia jadi macamtu, apa yang jadi dengan dia, siapa yang salah, siapa yang betul. Well, she/he have a big imagination.

SO KITA SEBAGAI PENDENGAR NAK KENE BUAT APA ?

Big mistake most of people zaman sekarang, judge tanpa tahu cerita sebenar. Lepastu mengata sana sini. Lepastu tak dapat apa pun, yang kau dapat hanya “dosa”

Jadi si “pendengar” cerita jangan suka judge orang tu tanpa sebab, dia cerita “weh, dia la tu yang semalam jalan dengan c dia, pastu bla bla bla bla” lepastu si pendengar pun “heishhh, Nampak je alim dalam diam bla bla bla bla” so kita sebenarnya tak tahu jalan carita sebenar kan ? sebab kita tak boleh nak percaya si tukang cerita, manalah tahu yang dia nampak tu salah orang, mungkin kembar dia, atau orang yang serupa wajah dengan dia, atau mungkin dia rabun hehehe. Lainlah kalau dia ada bukti kukuh yang menyatakan cerita dia itu betul. Kan ?

And then, kita pula jangan mudah diperbodohkan dengan cerita si pencerita, sebab kita baru dengar dari sebelah pihak, sebelah pihak lagi kita tak dengar, jadi jangan nak 100% terus percaya dekat si pencerita, kalau kita pun percaya dengan apa yang dia cerita lepas itu kita pun ikut sekaki gossip dengan dia tak kah tambah dua kali dosa dekat kita tu ? fikir! Ada baiknya kita dengar cerita dua belah pihak, lepastu kita fikirlah mana satu jalan cerita yang betul mana satu jalan cerita yang salah. Kalau nak, lebih baik diamkan je, tak payah nak sibuk hal orang lain. Sebab kita sendiri ada hal kita yang belum selesai, nak mengada pula busy body dengan hal orang lain.

Bila kita berada di tengah antara masalah orang kita jangan pula cepat menghukum, “okey, aku dah dengar cerita dua-dua so aku rasa salah dekat dia” no, jangan! Kita bila salah langkah, hukum orang yang sebenarnya tak bersalah ni lagi kena tiga kali dosa tau. Macam saya cakap tadi, jangan cepat percaya melainkan dia ada bukti yang kukuh untuk buat kita percaya. Kalau rasa masalah tu takde kene mengena dengan kita, better way kita tak payah nak masuk campur, sebab lagi tambah kusutkan kepala kita, lagi buat kita sakit jiwa sebab yang masalahnya orang lain, tapi kita pun terpaksa ikut sekali dengan masalah dorang yang sebenarnya kita tak tahu pun apa yang jadi sebenanrnya.
  
Apa kata bagi nasihat, jangan nak tambahkan kepanasan api yang dah sedia panas *wow sikit dekat ayat aku* jangan biarkan kerana satu kata boleh hancurkan silaturrahim yang dah lama kita bina, jangan jadi si penghancur. Jangan! Jangan pula cakap “alaa, aku bukannya ustaz atau ustazah atau penceramah atau penasihat nak bagi nasihat bagai” ehh, kau fikir orang yang layak je ke nak bagi nasihat ? takkan nak tunggu jumpa ahli penasihat dulu baru nak minta nasihat ? kan ? hek elehh, *nak marah ni* kita bagi nasihat sebab kita ni sayangkan sahabat kita, kita ingatkan dia mana yang betul mana yang salah, kita bagi dia pendapat apa yang baik sepatutnya dia lakukan, bukannya nak tambah panasnya api yang membara. Api kalau jumpa dengan api takkan elok sampai ke sudah. Kita sepatutnya tunjuk dekat dia jalan yang baik atau tidak ajar dia macam mana nak baikkan semula hubungan tu, macam mana nak selesaikan masalah itu, bukannya nak tambahkan lagi masalah ye. Kita beri dia dorongan, kuatkan semangat dia.
  

And last but not least, memaafkan itu lebih baik.
 
Tempelate Decorated by theadddchiii|