Wednesday, March 29, 2017

Kenapa anda harus memiliki Aloe Vera Gel ?


Assalammualaikum

Aloe Vera Gel adalah sejenis gel minuman yang diperbuat daripada lidah buaya, tahu tak lidah buaya tu apa ? tu hah kat atas tu lidah buaya,

Usus kotor menjadi punca badan berpenyakit.

Ramai yang tak ambik kesah dengan usus kita ni, tak ramai yang tahu penyakit kita kadang-kadang datang dari pemakanan kita sendiri, biarpun makanan itu yang dimasak di rumah. Sebenarnya makanan yang kita makan selalunya mengandungi banyak pengawet, pewarna, bahan kimia, perasa tirual, kolesterol, lemak dan banyak lagi. Tapi sebabkan kita ni pantang nampak makanan, kita makan je tanpa fikir apa yang jadi kepada usus kita sendiri, sampai cuai dengan kesihatan diri sendiri. Jangan jadi macamni.

Macam saya, dulu tak ambik kesah pun dengan pemakanan seharian, tapi bila saya jumpa ALOE VERA GEL saya sedar yang selama ni pemakanan tu la yang buat saya sakit *dah serik asyik masuk hospital*

korang kena tengok dulu video ni, tengok tau.


Ramai yang kata, “alaa minum air mineral je pun dah boleh bersihkan usus kita” yes, memang air mineral membersihkan usus kita, tapi tak membersihkan 100% kotoran yang ada di dinding usus kita, banyak mana pun kita minum tak akan mampu tandingi AVG yang kita minum walaupun dengan nilai yang sedikit.

Kenapa kena ambik Aloe Vera Gel ?

Sebab pati Aloe Vera Gel adalah pati yang di tanam secara semulajadi, AVG ni boleh menembusi lapisan usus kita serta membersihkan longgokan toksin dan kerak usus yang masih melekat di dinding usus kita walaupun sebenarnya kita dah buang air besar setiap hari.

Selain daripada itu, orang yang bermasalah dengan sembelit, saya syorkan minumlah AVG ni, sebab AVG boleh melancarkan pembuangan, so jangan risau kalau ada masalah sembelit, dah boleh berbahagia lepas anda memiliki AVG ni.

AVG juga mampu mencantikkan dan menyihatkan kulit serta boleh merawat masalah jerawat, luka kecil, gigitan serangga, melecur dan memudarkan parut yang masih baru. AVG juga secara tidak langsung boleh mempercepatkan proses penyembuhan.

Khasiat AVG juga mampu melembutkan rambut, melebatkan dan mencantikkan. So lepasni, tiada lagi masalah rambut yeay. Selain itu, AVG juga mempunyai banyak khasiat antaranya ;

·         Membantu mengawal kolestrol dalam darah.
·         Membantu mengurangkan masalah akibat gout
·         Memperbaiki sel darah
·         Membantu menghalang penyakit batu karang
·         Melancarkan system penghadaman adan penyakit ulser
·         Menyingkirkan toksin dalam usus dan melindungi usus
·         Membantu meyingkirkan kafein yang terhasil daripada kopi atau the
·         Melegakan sakit buasir / sembelit
·         Membekalkan mineral, vitamin dan enzim yang tidak mampu di hasilkan oleh badan.
·         Memelihara kesan buah pinggang
·         Mengawal dan memelihara gastrik
·         Membantu mengawal kadar gula dalam darah

So you guys nak sehat ke taknak ? kalau nak sehat boleh terus berhubung dengan saya *senyum lebar* boleh comment dekat bawah ni *tunjuk bawah* dan boleh terus Tanya dekat page / facebook saya, terima kasih.

Jom sama-sama kita jaga kesihatan. Jangan lupa juga family kita tau, tak kan nak sehat sensorang je hehe




Wednesday, March 22, 2017

Oh my Brownies


Assalammualaikum

Memandangkan it’s holiday time, so marilah kita habiskan masa dekat dapur. I’m kind of kalau dah masuk dapur rajin masak kek, tapi nak masak lauk untuk makan kena fikir banyak benda lagi hehe padahal same je kot. So haritu tengah best scroll facebook Nampak pula orang post brownies, so saya dengan semangatnya nak juga try buat brownies, so here we go;

BAHAN A
·         75 GM BUTTER
·         160 GM COKLAT MASAKAN

BAHAN B
·         2 BIJI TELUR
·         120 / 100 GM GULA KASTOR
·         1 SK ESEN VANILA
·         ¼ SK GARAM

BAHAN C
·         100 GM TEPUNG GANDUM
·         ¼ SK BAKING POWDER
·         ¼ CAWAN SERBUK KOKO

CARA-CARA
-          AYAK BAHAN C DAN ASINGKAN
-          CAIRKAN BUTTER DAN COKLAT MASAKAN DENGAN KAEDAH DOUBLE BOILER
-          DALAM BEKAS LAIN, MASUKKAN BAHAN B
-          KACAU BAHAN B SEHINGGA SEBATI
-          KEMUDIAN MASUKKAN BUTTER DAN COKLAT MASAKAN YANG TELAH DI CAIRKAN
-          KACAU PERLAHAN SEHINGGA SEBATI
-          KEMUDIAN MASUKKAN BAHAN C YANG TELAH DI AYAK TADI SEDIKIT DEMI SEDIKIT
-          KACAU SEHINGGA ADUNAN SEBATI
-          SEDIAKAN LOYANG DAN GRISKAN SEDIKIT BUTTER DI SEKELILING LOYANG *UNTUK ELAK BROWNIES MELEKAT DEKAT LOYANG* DAN LETAKKAN BAKING PAPER, KEMUDIAN MASUKKAN BAHAN ADUNAN YANG TELAH KITA AYAK TADI
-          RATAKAN ADUNAN AND SIAP, DAH BOLEH BAKAR *KALAU NAK TABUR ATAS BROWNIES PUN BOLEH, IKUT SUKA HATI NAK TABUR APA*
-          PANASKAN OVEN YE SEBELUM BAKAR,
-          BAKAR DALAM 150 DARJAH CELCIUS SELAMA 30 MINIT
-          LEPAS SIAP BAKAR, BIARKAN BROWNIES DALAM OVEN SEKEJAP SELAMA 10 MINIT DENGAN PINTU OVEN TERBUKA SEDIKIT, SO JADILAH BROWNIES KEDUT HEHE
-          LAST, KALAU NAK DECO, BOLEH DECO IKUT SUKA NAK DECO MACAM MANA YE

A big thanks to hani rosli sebab dah bagi tunjuk ajar sikit cara-cara nak buat brownies, saya ada ubah sedikit dekat GM gula kastor ye, sebab taknak terlalu manis, well see sebab kita kena jaga kesihatan ye, jangan suka sangat nak makan benda manis, nanti kena kencing manis kan bahaya hehe,

So dah boleh makan dengan minum secawan kopi hmmmm yummy!

*tabur sedikit kacang hazel*



tak sempat nak deco sebab 5 minit keluar oven dah orang rumah serbu makan hehe 



Tuesday, March 14, 2017

5 ways how I deal with my “stress”


Assalammualaikum

Let say hi, semua orang mesti ada masalah, tiada orang yang tiada masalahnya, mesti ada even pun sikit masalahnya tu, kan ? kalau yang banyak tu fuhh hanya Allah yang tahu betapa sabarnya dia dengan masalah yang dia hadapi tu. Tapi jangan risau, semua masalah yang kita hadapi tu mesti ada jalan penyelesaiannya, kan ? tiada masalah yang tiada jalan keluarnya, mesti ada. Cumanya, bergantung dengan kita sajalah, sama ada nak selesaikan masalah itu atau sebaliknya. Depends. First off all memanglah kena berbalik kan diri kepada yang satu, one and only my love of heart Allah s.w.t tapi mesti ada benda yang lain korang akan buat selain daripada tu kan ?

First, I eat a lot of food

Haa saya kalau stress memang akan cari makanan, tak kesahlah makanan berat, ringan atau sederhana, yang penting saya dapat makan. Kalau boleh makan sampai perut nak pecah pun ada. Bila dah kenyang tu ok berhenti sekejap, 5 minit lepas tu hah mulalah saya cari lagi makanan apa yang boleh di makan. Asal ada, oke saya makan. Beside, who cares if I getting fat ? hehehehe . well, orang kata perempuan dengan makanan berpisah tiada, orang kata la.

Second, dengar lagu sekuat yang boleh

Benda ni tak sah kalau tak buat, mesti akan buat punya, kalau stress tu datang hah mulalah cari headphones, pasang dekat telinga, okey, dah boleh full volume. Lepastu layan perasaan yang ntah apa-apa. Kalau boleh orang sebelah pun boleh dengar sekali lagu yang saya layan, kalau layan lagu slow-slow takpe bolehlah dia senyum manis dengan saya, ni tak dengar lagu yang melalak sana sini ntah apa tengok orang sebelah pun macam nak taknak je senyum hehehe *sorry aunt / uncle stress la katakana*

Third, marah orang tak tentu pasal

Okey ni saya memang tak boleh tahan, kalau dah stress sangat semua orang yang dekat dengan saya, saya marah. Kesian. So kalau dah Nampak muka saya dah ketat semacam macam harimau tengah lapar,  dipersilakan duduk jauh-jauh kang kene marah kang kecik hati pula, dah la saya tak pandai nak pujuk orang *tangan ke bahu mata ke atas* phew  I admit marah saya bila stress sangat lain dari marah dengan mood yang biasa, mungkin boleh kalahkan harimau kot hehe

Keep talking the same things sampai mulut penat

Funny right ? pernah tak jumpa orang macam saya ? kalau stress saya akan cakap topik yang sama sampai saya rasa “okey, dah boleh diam sebab dah tak stress dah”. Sampai orang dah boleh hafal kot apa saya nak cakap hahahaha sebab asyik ulang benda yang sama, dari mula stress sampailah tak stress, sebab well you know, mulut saya akan mula bergabung dengan perasaan, so tu yang tak boleh nak diam tu, asyik nak membebel je *kesian dekat bakal suami nanti kalau saya stress, habis pedih telinga kene bebel* sampai once saya pernah stress dekat tempat awam, so adalah sorang ni duk tepi, masa tu tengah stress, boleh pula saya cerita dengan dia, dahtu cerita yang sama dari awal sampai habis, dah habis cerita saya ulang lagi cerita balik dekat dia, sampai last-last tersedar dekat diri, “alamak, malu pula nak release stress dekat orang yang tak kena kenal”. Tapi dia dengan selamba layan juga stress saya masa tu, hehe

Duduk meja makan main game sambil nangis

Kalau tengah stress dekat rumah kadang tak tahu nak buat apa, saya on laptop okey bolehlah main game apa yang ada pastu sambil nangis, sampai member pernah tegur “weh, game masak pizza je kot, apesal sedih sangat sampai nangis ni?”. See ? saya pun tak tahu kenapa, bila main game nak release stress tu saya suka nangis, dah la nangis pastu main game pula tu, so korang jangan hairanlah kalau Nampak saya main game sambil nangis padahal game masak pizza je, heheh
Well se, semua orang ada cara tersendiri macam mana dia nak release stress dia, kan ? lain orang lain gayanya, kita tak tahu, kot2 ada yang lagi teruk dari saya ni kan ? kita tak tahu, dalam diam. Hehehe

 so kalau korang nak release stress macam mana pula ?



Sunday, March 5, 2017

Saya berpihak kepada siapa ?


Assalammualaikum.

Jadi pendengar kadang buat aku rasa “wehh, kau yang ada masalah, aku yang kena fikir sekali”. Tapi sebenarnya jadi pendengar je kot. Yes! Betul, I admit semua orang ada masalah yang dia tak boleh nak tanggung sendiri, nak tak nak dia kene luah juga dekat seseorang supaya beban yang dia tanggung tu bolehlah tenangkan sikit hati dia, and a few people kekadang lebih memilih untuk berdiam, pendam dalam hati lepastu nangis sendiri sebab dah tak mampu nak tahan dalam hati. Kau rasa ? Tapi kadang-kadang ada juga jenis orang yang suka tokok tambah dalam cerita sebenar. Cerita sebenar pendek je, dia punya cerita panjang lebar kot.

SEBAB KENAPA SESEORANG TU SUKA TOKOK TAMBAH CERITA

First off all, yes! Tak lain tak bukan dia mesti nak jadi yang nombor satu tahu tentang cerita tu, biarpun sebenarnya benda tu dia tak tahu pun jalan cerita yang sebenar, tapi alang-alang dia dah cerita dekat orang dia tambah la cerita tu dengan adengan cerita dongeng yang dia reka sendiri
.
Second, sebab dia bencikan orang tu. Ya mungkin orang yang dia “gossip” tu adalah orang yang paling dia benci, huhu sampai sanggup nak burukkan orang tu dengan dongeng dia yang ntah apa-apa ntah. Well kita tak tahu manusia ni macam mana, depan baik belakang kita macam harem. Orang kata rambut sama hitam hati tiada siapa yang tahu.

Third, aku rasa dia memang kaki “gossip” no satu, sampaikan based on picture pun dia boleh tahu apa jalan cerita orang tu, kenapa dia jadi macamtu, apa yang jadi dengan dia, siapa yang salah, siapa yang betul. Well, she/he have a big imagination.

SO KITA SEBAGAI PENDENGAR NAK KENE BUAT APA ?

Big mistake most of people zaman sekarang, judge tanpa tahu cerita sebenar. Lepastu mengata sana sini. Lepastu tak dapat apa pun, yang kau dapat hanya “dosa”

Jadi si “pendengar” cerita jangan suka judge orang tu tanpa sebab, dia cerita “weh, dia la tu yang semalam jalan dengan c dia, pastu bla bla bla bla” lepastu si pendengar pun “heishhh, Nampak je alim dalam diam bla bla bla bla” so kita sebenarnya tak tahu jalan carita sebenar kan ? sebab kita tak boleh nak percaya si tukang cerita, manalah tahu yang dia nampak tu salah orang, mungkin kembar dia, atau orang yang serupa wajah dengan dia, atau mungkin dia rabun hehehe. Lainlah kalau dia ada bukti kukuh yang menyatakan cerita dia itu betul. Kan ?

And then, kita pula jangan mudah diperbodohkan dengan cerita si pencerita, sebab kita baru dengar dari sebelah pihak, sebelah pihak lagi kita tak dengar, jadi jangan nak 100% terus percaya dekat si pencerita, kalau kita pun percaya dengan apa yang dia cerita lepas itu kita pun ikut sekaki gossip dengan dia tak kah tambah dua kali dosa dekat kita tu ? fikir! Ada baiknya kita dengar cerita dua belah pihak, lepastu kita fikirlah mana satu jalan cerita yang betul mana satu jalan cerita yang salah. Kalau nak, lebih baik diamkan je, tak payah nak sibuk hal orang lain. Sebab kita sendiri ada hal kita yang belum selesai, nak mengada pula busy body dengan hal orang lain.

Bila kita berada di tengah antara masalah orang kita jangan pula cepat menghukum, “okey, aku dah dengar cerita dua-dua so aku rasa salah dekat dia” no, jangan! Kita bila salah langkah, hukum orang yang sebenarnya tak bersalah ni lagi kena tiga kali dosa tau. Macam saya cakap tadi, jangan cepat percaya melainkan dia ada bukti yang kukuh untuk buat kita percaya. Kalau rasa masalah tu takde kene mengena dengan kita, better way kita tak payah nak masuk campur, sebab lagi tambah kusutkan kepala kita, lagi buat kita sakit jiwa sebab yang masalahnya orang lain, tapi kita pun terpaksa ikut sekali dengan masalah dorang yang sebenarnya kita tak tahu pun apa yang jadi sebenanrnya.
  
Apa kata bagi nasihat, jangan nak tambahkan kepanasan api yang dah sedia panas *wow sikit dekat ayat aku* jangan biarkan kerana satu kata boleh hancurkan silaturrahim yang dah lama kita bina, jangan jadi si penghancur. Jangan! Jangan pula cakap “alaa, aku bukannya ustaz atau ustazah atau penceramah atau penasihat nak bagi nasihat bagai” ehh, kau fikir orang yang layak je ke nak bagi nasihat ? takkan nak tunggu jumpa ahli penasihat dulu baru nak minta nasihat ? kan ? hek elehh, *nak marah ni* kita bagi nasihat sebab kita ni sayangkan sahabat kita, kita ingatkan dia mana yang betul mana yang salah, kita bagi dia pendapat apa yang baik sepatutnya dia lakukan, bukannya nak tambah panasnya api yang membara. Api kalau jumpa dengan api takkan elok sampai ke sudah. Kita sepatutnya tunjuk dekat dia jalan yang baik atau tidak ajar dia macam mana nak baikkan semula hubungan tu, macam mana nak selesaikan masalah itu, bukannya nak tambahkan lagi masalah ye. Kita beri dia dorongan, kuatkan semangat dia.
  

And last but not least, memaafkan itu lebih baik.
 
Tempelate Decorated by theadddchiii|