pray I




بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum. Lama rasanya tak menaip sakan ni, almaklumlah, menikmati masa cuti yang ada. Alhamdulillah. Cuti sakan yang penting JANGAN TINGGAL SOLAT.

Awak, tau tak solat tu bukan bebanan sebenarnya untuk kita, banyak orang tinggalkan solat sebab merasa solat tu bebanan buat diri mereka, yelah, bangun seawal pagi lepastu kena rajinkan diri masuk tandas, lepastu pegang air yang sejuk, last-last tak jadi nak ambik wudhu sebab tak tahan dengan air sejuk.

Awak, takkan awal pagi bangun nak pergi kerja, pergi kelas sanggup mandi air sejuk, tapi nak direct ambik wudhu pula tak sanggup, ibaratnya macam nak kan kekayaan tapi lupa dengan pemberi rezeki yang lagi maha kaya, miliki segalanya. Jangan macam tu tau!

Awak, jangan jadikan solat tu bebanan buat diri kita, jangan! Cuba jadikan solat tu satu benda yang kita mesti buat, kalau tak buat takda maknalah hidup, alahh macam contoh mak kita suruh kita buat kerja dekat rumah, kalau tak buat kena rotan kang, jadi dengan terpaksa kita kena siapkan juga kerja dekat rumah sebab taknak mak rotan kan, kalau hari-hari kita buat benda yang sama, lama-lama benda yang tepaksa kita buat tu akan jadi benda yang dengan rela hati kita akan buat. sebab apa ? sebab kita dah biasa dengan kerja tu, jadi perasaan terpaksa tu akan jadi perasaan rela, ikhlas. 
Awak, solat tu ibarat nyawa, kalau kita tak solat sia-sia kita hidup untuk 24jam yang Allah beri,  satu benda yang Allah perintah pun kita tak buat. Jangan! “solat itu tiang agama”

Awak, dulu saya pernah lalui zaman “malas” kalau boleh semua kerja saya tangguh, sebab apa ? sebab MALAS. Tapi end up saya dapat apa, tak dapat apa-apa pun awak, semua benda jadi huru hara, semua benda boleh buat kepala serabut. Allah, teruknya rasa masa zaman tu. Tapi saya fikir balik, macam mana nak Berjaya kalau malas kan ? sampai bila saya kena jadi macamni, takde satu pun yang saya dapat, sia-sia la macamni, jadi lepastu saya mula buat semua kerja sebab TERPAKSA, tapi lama kelamaan saya jadi rajin pula *puji diri sendiri* alaaa macam saya cakap tadi, mula-mula terpaksa, lama-lama jadi kebiasaan diri.  Alhamdulillah awak, sekarang makin rajin nampaknya *tutup mata*

Awak, seringkali kita lupa akan solat yang lima, solat yang wajib kita lakukan atas perintah Allah, bahkan orang yang sakit, yang buta, yang pekak, yang bisu, yang tidak punya tangan, tidak punya kaki pun lakukan solat yang lima, inikan pula kita yang serba cukup ni, Allah, malunya dengan mereka yang serba kekurangan. Awak,  sebab kita manusia, cepat sungguh lupa, dunia ini tempat persinggahan kita. Kadang-kadang kita lupa, kita kejar dunia sehingga lupa akan akhirat. Tanamkan dekat hati tujuan utama kita di dunia ini, apakah mencari redho manusia atau sebenarnya mencari redho Allah ?
“ Tepuk dada tanya sang hati ”

…….Continue in Part II