HPV vaccination for women





Assalammualaikum. So last week, adalah hari last saya kena jarum untuk kali ketiganya selepas jarum pertama dan yang kedua tu. Bahagia dalam hati tu fuhh Allah je yang tahu, terus cakap dengan diri sendiri “at last, lepasni aku dah tak kene jarum dah, yeay!”


APA ITU HPV VACCINATION PROGRAM ?

program ini merupakan satu usaha untuk mencegah kanser pangkal rahim di kalangan sekumpulan wanita yang berumur 18 tahun. Dia tidak mengandung, tidak menerima  apa-apa kesan sampingan yang teruk selepas suntikan pertama atau kedua dan tidak mengalami alahan yang teruk sampai memerlukan rawatan di hospital.

Saya rasa semua dah tahu apa itu kanser pangkal rahim kan ? di Malaysia, kanser pangkal Rahim adalah kanser yang ketiga paling berbahaya untuk perempuan selepas kaser payudara dan kanser colorectal . jangan nak ambik mudah ye dengan kanser pangkal rahim ni. 

PAPILLOMAVIRUS MANUSIA (HPV)

HPV adalah penyebab utama kanser serviks, yang disebarkan melalui hubungan seksual. ⁠⁠⁠Setiap wanita yang terlibat dalam hubungan seksual, berisiko untuk dijangkiti HPV. Kanser serviks berlaku sekurang-kurangnya 10 tahun selepas jangkitan HPV tetapi tidak semua jangkitan HPV akan menyebabkan kanser pangkal rahim.

HPV VACCINATION

Seperti yang anda tahu, vaksin yang diberikan boleh mencegah kanser pangkal rahim disebabkan oleh jangkitan HPV.  HPV VACCINATION  akan di berikan injection sebanyak tiga kali, ikut jadual yang doctor bagilah.

So for those yang takutkan jarum macam saya, kena kuatan hati, sebab saya seminggu sebelum injection saya dah mula meroyan dekat rumah, sejuk kakilah, begegarlah, rasa seram semacamlah. Banyak benda yang saya fikir sedangkan injection tu ada seminggu lagi kot *kahkah gelak untuk diri yang penakut ni*


3 KALI DOSE

FISRT, masa memula jarum
SECOND, sebulan lepas jarum yang pertama
THIRD, enam bulan lepas jarum yang pertama

HOW MUCH FOR ONE DOSE ?

180 RINGGIT MALAYSIA untuk satu dose ye, so kalau tiga dose it’s means kena bayar 540 RINGGIT MALAYSIA. Tapi kalau student public university, vaksin ni ada kene bagi dekat UNIVERSITY Health Centre, and yang paling best, THE VAKSIN IN FREE. So takdelah nak bagi alasan takde duit nanti. Beside, ini untuk kesihatan diri sendiri juga, kalau sayangkan diri tu hah ambik kalau rasa tak saying hah tak payah, saya tak paksa, dokter pun tak paksa. 

EFFECT SAMPINGAN

seperti dengan imunisasi yang lain, anda mungkin mengalami sakit, bengkak atau kerengsaan pada tempat suntikan. Sebab memang betul *mengimbas kenangan masa first kena jarum* masa memula saya test jarum vaksin ni, lepas kena jarum cakap dalam hati “alaaaa, tak sakit rupanya, tak rasa apa-apa pun, KAHKAH” sampai sempat gelak besar lagi lepas kene jarum, lepas 30 minit macam tu hah dah tak gelak dah, reaksi muka dah macam orang nak pengsan dah, lepastu mulalah mengadu dekat member “weh, tangan aku sakit” “weh, tangan aku macam bengkak je” “weh, sakit weh”. Hah padan muka sebab tadi bukan main aku gelak besar cakap tak sakitlah apalah.

Second side effect , demam, sakit kepala, loya, muntah. K benda ni aku tak rasa masa jarum yang pertama, tapi untuk jarum yang kedua, YES!. Kalau korang rasa benda ni fuhhh kompom ambik mc seminggu terus. Masa sebulan lepas saya kene jarum yang pertama tu, kene ambik jarum kali yang kedua lagi pulak, haihh kene jarum kedua ni saya dah diam dah, taknak cakap dah dalam hati tak sakit kang nanti jadi lain pulak kan ? so lepas kene jarum yang kedua, sempat lagi saya jejalan dekat mall sekejap, ala cuci mata la katakana, masa jejalan dekat mall dah mula dah sakit kepala, cakap dalam hati “ohh migraine kot” tak fikir sangat sebab side effect injek tu, sebab kekadang selalu juga migraine datang jenguk saya hahahaha . lepas tu dah tak tahan sangat dengan sakit kepala, saya balik rumah, sampai je dekat rumah fuhhh belari 100meter speed masuk dalam toilet, “nak muntah!” lepas je muntah bersih badan semua terus cari KATIL *ah heavennya bila jumpa katil masa tu* lepas mandi tetiba rasa sejuk, nak cakap sejuk aircond dekat bilik bukannya ada aircond, nak cakap hujan, jenguk luar tingkap bukannya hujan. Masa tu dah fikir dah dalam hati “ni kompom nak demam ni”. Orang cakap kata-kata tu satu doa kan, hah memang betul esoknya saya demam. Kesian.

IMPORTANT!!

Pastikan wanita wanita di luar sana yang nak ambik HPV VACCINATION  ni, pastikan kene lengkapkan 3 kali dose ye, sebab masa dekat klinik doctor tu ada bagi tahu yang jarum ni kalau tak ambik sampai dose yang ke-3 kira macam ubat dia tak ‘mujarab’, so nak taknak kene juga ambik sampai dose yang ketiga. Okey ?. jangan risaulah, buat apa nak takut dekat jarum tu, engko lagi besar weh dari jarum tu. *ulang ayat mama*

DIMANA BOLEH DAPATKAN HPV VACCINATION ?


Boleh dapatkan dekat klinik yang di list kan oleh LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA ( LPPKN'S ) , so sebarang pertanyaan boleh terus hubungi klinik tersebut. okey ? 

SAYA SUDAH, ANDA BILA LAGI ?