#RoadToRAMADHAN



assalammualaikum 🌺

lagi 6 hari kita nak jumpa kekasih kita yang sebulan setahun je datang. Ya Alla h, rasa tak sabar 😍 moga-moga panjang umur untuk jumpa dengan kekasih kita semua tu 😍

Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )

"Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa".

puasa ni, bukan setakat kita kena tahan diri dari makan minum tapi kena tahan nafsu kita yang paling utama, sebab apa, sebab masa ramadhan tu la kita nampak siapa diri kita yang sebenarnya, sebab masa ramadhan nanti encik syaitan semua kan kena kurung, so kita sendiri boleh nilai diri kita sendiri masa tu, kita ni yang macam mana ?  bahagian mana kita selalu alpa, apa yang kita lupa, apa yang kita selalu tinggalkan, apa benda yang kita selalu amalkan and etc haha 😬😬

yang penting masa tu, hanya kau, diri kau, jasad kau, roh kau. so behave sikit, tak payah nak jadi encik syai suka sangat hasut-hasut orang nanti. ke nak ganti tempat encik syai ni ?

Allah, moga dijauhkan.

Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.

 KEUTAMAAN RAMADHAN

Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia di dunia ini.

 ANTARA FADHILAT DAN KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN.

1. Pintu langit dibuka

2. Pintu-pintu syurga di buka

 FADHILAT YANG LAIN

1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga

2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT

3. Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak

4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt

5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga

6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.


moga-moga ini dapat membantu.

assif, assalammualaikum 😍