Giliran kita belum, tapi pasti ! - kaellaaaa's

Advertisement

Giliran kita belum, tapi pasti !



Assalammualaikum *muka senyum*

So ? Apa khabar iman harini, dah masuk bulan terakhir dah ni, iman ada naik tak ? Ke turun ke ? Atau hmmm tak naik tak turun. Let say, hati tu sifatnya berbolak balik, begitu juga dengan iman, ada naik ada turun ada pasang surutnya. So harapnya, naik laa biarpun sedikit 😊 jangan turun pulak 😊 yang 50/50 tu bawak² laa ubah diri sikit. Kalau rasa sayang dekat diri tak nak kena jilat dengan api neraka kelak hmm get ready, kena banyak buat amal sementara masih bernyawa. Sebab kenapa, ramai orang yang hidup nak mati sebab rasa amal dah cukup di dada padahal . .  Hanya Allah yang tahu, dan banyak yang sudah meninggal berebut-rebut minta dihidupkan semula, sebab apa, sebab nak hidup nak buat amal balik, sakit disiksa di kubur. ALLAHU. Pedihnya siksaan Allah tu tak boleh digambarkan dengan pedihnya bara api di dunia ni.
P/s, buat peringatan diri sendiri juga.

Hmmm. In this week, banyak sangat dapat berita orang tu meninggal, orang ni meninggal, orang sana, orang sini, orang situ. Sebenarnya setiap hari pasti ada yang meninggal cuma kita tak tahu dimana, dan kita tak kenal, lainlah yang ternama di persada 😊 setiap hari pasti ada manusia yang pergi menghadap ilahi, persoalannya, bersediakah kita bila tiba masanya kita yang pergi nanti ? Cukup ke amal kita ? Cukup baik kah kita di dunia ni ? Cukup bersedekahkah ? Macam mana kita didunia ? Macam mana sikap kita dengan ibu bapa kita ? Macam mana kita masa sekolah rendah ? Apa yabg kita lakukan selama ni didunia ?  Pasti banyak persoalan yang bermain di fikiran bila kita ingat tentang kematian. Sekali sekala tenangkan fikiran, bayangkan esok giliran kita pergi menghadap ilahi, macam mana kita nak berhadapan dengan Allah nanti kalau amal kita pun ala kadar ? Macam mana ? Ya Allah, sedih :(
kalau setakat sedih tu sekejap tapi niat nak betulkan diri tu lari ntah kemana baik ketuk kepala sikit baru sedar..


  "كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلا مَتَاعُ الْغُرُورِ "                 

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya"
[Al-Imran. Ayat 185]

Dalam Al-Quran pun Allah dah bagitahu kita, setiap apa yang hidup di atas muka bumi Allah ni pasti akan merasakan kematian. Larilah sejauh mana, bersembunyilah dimana sahaja, dimana pun kau berada, apa pun rupa bentuk kamu masa tu kalau dah sampai ajal pasti akan merasakan yang namanya KEMATIAN. Pasti ! Biarpun kau anak raja sekalipun, anak PM, anak yang terdaulat, anak orang kaya, anak orang miskin, anak yatim, anak yatim piatu, punya ilmu tinggi, ilmu apa sekalipun, siapa pun anda, PASTI AKAN MERASAKAN KEMATIAN. 

Baiklah, siapa yang boleh janjikan diri dia pasti hidup di esok harinya ? Siapa boleh jangka hayat dia sampai bila ? Siapa boleh yakinkan diri dia tu akan dapat lari dari kematian ? Siapa ? Hah biarpun nabi sekalipun, dia tak tahu, tak boleh janjikan yang besoknya dia hidup atau sebaliknya. Inikan pula kita manusia biasa yang tak pernah lari dari berbuat dosa ni. Allahu :(

Hah, kalau dah rasa² amal tuk tak cukup bawak² laa ubah diri tu sikit. Kita ni umat akhir zaman. Bila-bila Allah boleh suruh malaikat Israfil tiup sangkakala. Bila-bila masa Allah boleh suruh malaikat Izrael cabut nyawa kita, harini orang tu, esok orang ni, manatau tulat kita pulak. Siapa tahu kan ? Ajal menyapa dahulu. Kita tak tahu. kena banyak muhasaba diri, kena banyak beringat tentang kematian supaya makin bertambah iman dihati tu sikit, jangan asyik ingat tentang dunia yang tak kekal mana ni. Jangan asyik ingat populariti kita, kebahagiaan kita, kekayaan kita, kecantikan kita, kekacakan kita, hensem bagai, comel bagai, sebab semua tu kita tak akan bawa masuk kubur pun nanti..

Al-Fatihah buat,
NABI MUHAMMAD S.A.W DAN KELUARGA BAGINDA, SAHABAT BAGINDA, PEJUANG ISLAM SEKALIAN.
Buat arwah pakyus, arwah mariani, arwah Tunku abd Jalil, buat arwah datok saya :(  Dan buat sekalian unat manusia di muka bumi ni. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. AMIN.

Ambik masa 5minit baca Al-Fatihah, tak lama mana pun.

Assif. Assalammualaikum.

Post a Comment

0 Comments