Tuesday, October 13, 2015

Salam Maal Hijrah 1437H



Assalammualaikum semua (: 

Cepat kan masa berlalu ? pejam celik pejam celik dah masuk 1 Muharram.
Memandangkan harini 1 Muharram, so nak share sikitlah pasal perubahan di tahun baru ni. Hmm hmm jangan sangka tahun baru tu sekali je, tahun baru tu ada dua kali, satu dalam kelender biasa yang kite tengok tu and satu lagi dalam kelender islam lah seharusnya. For those people in this earth in religion of ISLAM mesti tahu awal tahun dalam kelender islam kan ? Kalau tak tahu tu tepuk dada tanya iman sikit (:

SALAM MAAL HIJRAH semua. Once again.

Dah masuk tahun baru ni azam kene baru, jangan asyik azam nak lulus tapi usaha takdo, jangan asyik nak hidup mewah tapi usaha nak cari rezeki takdo, jangan kata azam tahun ni nak jadi budak baik tapi tetap buat jahat sana sini. *tepuk dada tanya diri sendiri*... tahun baru ni kene ubah diri sikit, sampai bila kita nak hidup dalam zaman jahil kita kan ? Sampai bila nak tanggung dosa lambak sana sini ? Sampai bila nak tambah dosa mak ayah, tak sayang mak ayah ke ? kalau sayang mak ayah, please make a move on. Jangan sampai nanti pintu taubat dah tutup baru sedar timbangan dosa lagi berat dari pahala. Allahu. Moga dijauhkan dari sifat ni *sob sob lap air mata*

For those yang selalu kata "ala bro, hidayah belum penyapa la bro", "alaa sis, belum sedia la sis nak pakai tu ni, tak sedia lagilah".. sampai bila nak jadi macam ni bro ? Sis ? Sampai bila kita nak elak "HIDAYAH" yang sebenarnya dah lama menyapa kita,  cuma kita yang tak sedar , tak ambik tahu. But actually bukannya kita tak sedar, cuma kita buat buat tak sedar sebab mungkin dalam kepala hotak dia "umur masih panjang la wei, buat apa nak taubat awal, nanti dah tua barulah, masa muda masa enjoy" k, for those yang ingat macam ni please take a note sikit.

Pintu taubat pun tak tunggu korang nak taubat tau. Ajal muda tua dia tak kira tau. Muda tua kalau dah ajal memang ajal. 

Peringatan buat diri sendiri juga. Sebab manusia memang takkan lepas dari dosa tapi bilamana dia still try taubat mintak ampun dengan Allah, insya Allah diampunkan (:
makcik pakcik auntie auncle Abang kakak adik adik sayang semua, masa mudalah bagus kalau nak berubah sebab otak masih fresh, badan masih sihat kuat dan bertenaga. Jyeahh. Takkan menyesal punyelah kalau nak berubah awal ni. Memanglah kalau nak berubah tu ada "BENDA"  hilang sikit dari diri kita tapi ingat yang hilang Allah pasti akan ganti dengan yang lebih baik sebab Allah takkan ambik yang kita sayang melainkan dia akan ganti dengan benda yang lagi baik. Percaya janji Allah. Insya Allah bahagia. In sya Allah  *senyum sikit (:* apa yang saya bagitahu ni betul sebab saya sendiri merasa benda yang sama *chill*

And For those yang otw dalam perubahan, teruskan sayang. Jangan toleh belakang, biasalah kalau dalam perubahan tu ada naik ada turunnya, yang penting kita kena terus kehadapan jangan asyik nak pandang belakang je kan ? Sampai bila ? *tepuk dada tanya diri sendiri* kalau rasa banyak beban yang datang dalam tempoh "PERUBAHAN" jangan mengalah, sebab Allah takkan uji seseorang tu diluar kemampuannya. Yang penting kena kuatkan semangat 💪 kena pegang niat tu kuat kuat nak berubah sebab apa. Jangan berubah sambil lewa. Memang lewa jugalah usaha kalau macam tu kan ? Hmm hmm


So, di kesempatan ini, admin nak minta maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Kalau ada terkasar bahasa, termakan terminum tercakap atau terambil mohon dihalalkan mohon dimaafkan. Siapa tau dalam diam ada yang menyimpan perasaan. Siapa tahu kan hati manusia. Saya pun manusia biasa tak lepas dari dosa. Kalau nak kata baik tu tak juga cuma saya sedang berusaha ingin menjadi yang terbaik untuk yang terbaik di mata Allah nanti. saya pun masih banyak lagi kekurangan, masih banyak lagi benda yang perlu saya pelajari. tapi saya takkan mengalah, kena kuat untuk jadi kuat.  Saya minta maaf semuanya (:

🌸 Xoxo Assalammualaikum. Laila saedah 🌸

 
Tempelate Decorated by theadddchiii|