Monday, October 26, 2015

Detik Waktu



Assalammualaikum semua.

So apa khabar hari ini ? Sihat ? Apa khabar iman dihati harini ? Dah semakin meningkat ke dah semakin down. Kalau dah semakin meningkat Alhamdulillah teruskan. Yang tengah down tu bawak bawak la diri tu up kan sikit iman didada. Bukan apa, kita manusia bersifat pelupa, mana yang lupa kita ingatkan. Tak salah kalau saling ingat mengingati sebab memang sifat manusia lupa. 😊

Waktu solat bagi sabah dan sarawak

Subuh  4;44AM
Zohor  12;02PM
Asar  3;21PM
Maghrib  5;59PM
Isya  7;10PM 

Kenapa saya tunjuk waktu solat sabah sarawak ?

Sebab saya asal sabah 😊 bukan setakat tu saya tunjuk sebab nak bagi tengok dekat semua orang, tengok la sekarang masuk waktu jam berapa ? Allahu saya terkejut besar tadi, bukan apa. Sebelum ni maghrib sini masuk waktu dalam jam 6 petang tak pernah lagi dalam jam 5 petang,  mungkin pernah tapi mungkin waktu tu saya tak berapa ambik kesah sangat. Tapi bila umur dah meningkat ni dah tau selok belok semua dah tahu mana yang wajib, mana yang haram, mana yang halal. Saya semakin ambik berat tentang semua tu malah saya makin fikir saya kaji dengan teliti kenapa boleh macam tu ? Kenapa ? Dan kenapa ?

Dan sekarang saya sedar, kita ni umat akhir zaman. Memang semua orang perasan benda yang sama tapi TAK SEMUA ambik kesah tentang apa yang berlaku, TAK SEMUA kesah kenapa macam tu.  TAK SEMUA. Saya ulang TAK SEMUA !

Bila saya sedar makin hari makin cepat waktu berlalu, saya jadi takut, bukan saya takut sebab masa meninggalkan saya tapi saya takut kalau kalau tak sempat nak taubat dekat Allah tengok tengok bangun esok pagi matahari dah terbit sebelah barat. ALLAH. Sungguh saya takut.

Dengan dunia zaman moden ni sekarang banyak benda boleh melalaikan seseorang, bukan setakat melalaikan tapi membuatkan kita sampai lupa untuk lakukan perkara wajib terlebi dahulu sebab apa ? Sebab terlalu lalai dengan gadjet gadjet yang ada dalam zaman moden ni. ALLAHU. Masa semakin hari semakin meninggalkan kita tapi kita ? Ada kita gunakan masa tu dengan sebaik baiknya ? Ada kita guna masa tu untuk kebaikan ataupun sebaliknya ? Adakah setiap detik waktu kita ada bersyukur kepada Allah ? bertasbih kepada-NYA ? Memohon ampun kepadanya ? ADA ! ? Tepuk dada tanya iman kita. Cukup ke bekal iman kita hari ini untuk akhirat kelak ? CUKUP !? Saya sampai semakin hari semakin geram dengan diri sendiri sebab apa ? Sebab kadang terlalu leka, terlalu leka dengan apa yang sepatutnya saya lakukan dengan apa yang sepatutnya SAYA TIDAK LAKUKAN.

Tapi bila semakin hari semakin terasa bahawa akhir zaman sudah semakin mendekat saya terpaku sendiri, teringat dosa dosa lalu, Allahu. Sungguh, kalau boleh putarkan masa saya nak perbaiki apa yang saya lakukan saya nak perbetulkan apa yang salah, semuanya. Tapi apakan daya, sebab tu orang kata,"masa itu emas, kakau kita tidak memotongnya ia akan memotong kita" dan saya sendiri leka sampai tidak pernah perasan bahawa masa itu betul betul emas. Betul betul emas yang sangat berharga, yang mana setiap detiknya, setiap saatnya, setiap minitnya itu SANGAT BERHARGA. SANGAT BERHARGA !

sama-sama muhasabah diri, sama-sama ingatkan diri. Mana yang buruk kita jauhi mana yang baik kita jadikan teladan. Ambik yang jernih, buang yang keruh. Ingat, pintu taubat Allah masih terbuka, jangan sia siakan peluang yang ada, tepuk dada tanya iman kita, sama ada kita nak kejar peluang kita atau kita biarkan peluang tu pergi begitu sahaja.

Assif ;) assalammualaikum.



 
Tempelate Decorated by theadddchiii|